Salam sayang ummi ucapkan buat semua...Sejak akhir-akhir ini, terasa agak malas sekali untuk menulis di blog ini…Tetapi hati agak ralat kerana ummi tidak mahu tertinggal untuk merakamkan saat-saat manis mengandungkan putera kedua ummi ayah…Alhamdulillah, syukur tidak terhingga kerana dipilih oleh Allah untuk memikul tanggungjawab menjadi seorang ibu buat kali kedua…Dua tahun berturut-turut ummi mengandung…InsyaAllah, dua kali Ramadhan ummi bersalin dan dua kali raya puasa ummi masih dalam pantang…Seperti yang ummi kata kan pada ayah, selepas bersalinkan `mujahid kecil jr` ini, ummi pasti akan rindu lagi untuk mengandung…Pelik kan , tapi ia memang benar walaupun ummi memang akan mengalami morning sickness yang teruk…Itulah nikmat menjadi ibu yang mengandung…Perit mana sekali pun alahan dan kesakitan, tapi jangan sekali mengeluh (itu pesan ayah buat ummi sebagai peringatan)…
Sekarang, ummi sudah mula merasai Braxton Hicks contraction…Memandangkan ini adalah pengalaman kedua, jadi ummi sudah dapat kawal diri menghadapi kesakitan ketika menghadapinya…It should be painless right? But mine was very painful…Waktu mengandungkan abang `Ukasyah juga begitu…Sampai menangis-nangis ummi dibuatnya bila datang sakit itu…Nasi separuh pinggan pun ummi tak mampu habiskan…Ayah pun panik tidak terkata…4 minggu ummi sakit sebegitu, lepas itu ummi bersalin abang `Ukasyah pada 31 Ogos 2009…Jadi kalau hendak dikirakan sekarang, lagi empat minggu itu jatuh pada tarikh 31 Ogos lagi…Bak kata ayah, biar Allah tentukan yang terbaik…Kita tak pasti yang mana lagi baik kan…
Sakitnya mild contraction ini bila waktu petang menjelang ke awal pagi…Tengah malam, setiap sejam ummi akan ke tandas…Bila hendak baring, mata tidak boleh dipejamkan lagi…Jadi, ummi buat jelah apa yang patut bila sudah tidak boleh tidur malam kan…Pandai anak ummi ini didik ummi ye…kadang-kadang itu, ummi duduk je di hujung katil...Ayah pun teman ummi juga bila ummi berjaga…Sian ummi pada ayah…Sekarang ini ummi doa je pada Allah supaya berikan kesabaran dan ketabahan yang menggunung menghadapi kesakitan…Ayah pesan, setiap kesakitan itu adalah pahala buat ummi, jadi tidak boleh merungut…Ummi tak merungut tau, ummi meng `aduh` je….