Abu `Ukasyah

Abu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Abang, Happy Anniversary

Abang, Happy Anniversary


Kedai Mawaddah & Hafiz

Ummi ayah sentiasa merinduimu sayang..

Powered by Blogger.

January 5, 2010

Itukah Haruman Syurga?

Jenazah `Ukasyah (31 Ogos-14 Disember 2009)

`Ukasyah tidur

Jenazah `Ukasyah selamat sampai di Cheras pada jam 2 pagi. Sepanjang perjalanan dari Kuantan ke Kuala Lumpur, ayah memangku jenazahmu yang suci. Terasa sungguh panjang perjalanan untuk sampai ke Kuala Lumpur dengan perasaan yang sedih. Ada ketikanya umpama masa ini terhenti dan dunia ini kosong membayangkan hidup tanpa anak tersayang disisi. Anak yang dinanti-nantikan sejak sekian lama.

Air mata sesekali mengalir.

Sebaik tibanya ke rumah opah dan aki, jenazahmu diletakkan di ruang tamu buat tatapan kali terakhir ahli keluarga. Raut wajahmu terlihat seperti dirimu tidur dengan nyenyaknya. Tiada bezanya antara tidur dengan berpisahnya nyawa dari tubuhmu. Sungguh suci wajahmu wahai `Ukasyah.

“Wanginya jenazah `Ukasyah”, itulah kata-kata yang terucap oleh sahabat ummi ayah yang mengiringi kami dari Kuantan ke KL. Makcik Wan yang kami anggap seperti ibu kami sendiri. Katanya pada aki sebelum pulang ke Kuantan semula bersama sahabat-sahabat yang lain.

Benar apa yang dikatakan olehnya. Ummi ayah mencium dahimu dan terbau haruman yang sangat wangi. Harumnya seperti haruman kasturi dan seluruh tubuhmu terbau kasturi apabila dicium.

MasyaAllah.

Itukah haruman syurga yang kekal abadi?

Tiada siapa yang mengetahuinya melainkan Dia.

Mungkin inilah salah satu tanda cahaya mata ayah ini menjadi penghuni syurga walaupun belum lagi disemadikan. Walaupun hanya haruman di dunia tetapi aromanya sangat mengasyikkan apabila dihidu dan ahli keluarga tidak henti-henti menciummu tanda kasihnya mereka padamu. Kasih yang tidak terhingga kepada salah seorang penghuni syurga.

Malam itu ummi ayah dan ahli keluarga yang lain tidur bersamamu buat kali terakhir. Atuk tidak dapat melelapkan mata mungkin kerana ingin menatap wajahmu sepuas-puasnya buat kali yang terakhir. Kasih seorang datuk kepada cucu sulungnya tanpa batasan.

Pagi itu `Ukasyah dimandikan di pangkuan ayah. Masih mengalir sedikit darah dari hidungmu dan terasa hangat umpama masih hidup. Sungguh lembut tubuhmu dan mudah untuk dimandikan serta dikafankan. Bersedia untuk dipersembahkan kepada Ilahi dalam keadaan bersih dan suci.

15 Disember 2009. 11.30 pagi. Telah selesai perjuangan seorang mujahid kecil di dunia ini. Jenazah `Ukasyah selamat disemadikan di perkuburan Alam Damai, Cheras diringi doa buat yang masih hidup. Pertemuan agung di alam sana yang bakal terjadi. Bertemu Allah yang Maha Agung dan Maha Pemberi Nikmat.

Terima kasih buat sahabat-sahabat seperjuangan, teman-teman, rakan-rakan dan blogger yang mendoakan kami di sini. Terima kasih juga buat mereka yang bersimpati dan memberi sokongan di saat kami amat memerlukan. Berkat doa dan bantuan kalian, alhamdulillah kami mampu berdiri semula setelah diuji dengan dugaaan yang sangat berat. Allah jualah tempat kita bergantung harap dan berserah diri.

Terima kasih yang tidak terhingga buat semua.

~ Abu `Ukasyah ~

19 comments:

  1. assalamualaikum

    saya doakan supaya anda berdua tabah mengahadapi dugaan Allah. Hanya insan yang terpilih saja diuju sebegini hebat. semoga roh anakanda Ukasyah aman disamping penciptanya. Insyaallah.

    ReplyDelete
  2. Salam.. kak mawaddah dan abg hafiz, jika diteliti gambar jenazah 'ukasyah, nampak bibirnya mengukir senyuman.. ya ALLAH, sememangnya kalian berdua tabah.. insya ALLAH, 'ukasyah akan sentiasa mendoakan ummi dan ayahnya masuk syurga bersama2 nya..

    ReplyDelete
  3. Dalam sujudku, aku berdoa moga adik berdua ini diberi kekuatan meneruskan liku kehidupan, lebih2 lagi membaca coretan sebelum ini, semangat menamatkan pengajian seakan luntur, tapi bila coretan seterusnya tentang kejayaan presentation itu, alhamdulillah Allah telah menjawab doaku diantara ribuan doa yang lain, moga kalian terus tabah. Biarpun kita tidak pernah bertemu, apa lagi mengenali, namun hati ku kuat untuk menyayangi kalian seperti darah daging ku, lantas ku sebut nama kalian dalam sujud ku.. Tabahlah adik2 ku..

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  5. salam Mawaddah..
    kak e-caR jmpe yr blog ms singgah kt blog Ummi Harris..betapa sedihnya m'baca coretan kalian yg kehilangan Putera tersayang..smoga kalian tabah.. arwah Ukasyah pasti akn menanti ummi & ayah nya di syurga..

    al fatihah..

    off topic: nk jadi follower tapi xde widget follower kt sini..

    ReplyDelete
  6. I just could say nothing.. T_T my tears are coming..

    ReplyDelete
  7. Salam.Mawaddah, dah lama tkah ikut ape yang mawaddah coretkan, tapi tak mampu untuk menulis komen.....

    kala mendapat berita tentang pemergian 'Ukasyah dari rakan asrama, memang terkejut tak terkata..truly, i was denying the fact that time....hinggalah bertalu2 msg confirmation dtg dr kwn2 yang lain...Memang tak boleh tidur malam tu..

    Jujur, hati ni sebak tak terkata,teringat moment jumpa Mawaddah + suami + 'Ukasyah kat I-Quest...sungguh terkesan..sebab dalam banyak2 kwn bloggers yg sama2 mengandung, 'Ukasyahla yang plg dekat trkh lahirnya dengan Damia'..Sebagaimana tkah gembira dengan kelahiran Damia', begitu jugalah rasanya bila membaca hal2 'Ukasyah di blog ni..Tambahan pula, bila kita berdua belajar dalam universiti yang sama, membuatkan tkah berasa dekat dan turut terasa bahagia membaca coretan Mawaddah..dan bilamana anda bersedih..sungguh hati ini amat terasa..i couldn't post a comment(not even one) dalam previous posts, coz i'm speechless.....rasa nak menangis.....

    Melihat wajah 'Ukasyah yang tenang dalam post ni, sayu sungguh rasanya, tapi memikirkan ummi + ayahnya yang tabah, sungguh terasa kehebatan anda berdua dalam menerima hal ini.Sungguh, 'Ukasyah pasti berbangga dengan kedua orang tuanya..inilah sebenar2 pasrah + redha...Insaf diri ni..

    Dari blog ni pun, nampak betapa anda berdua menyayangi 'Ukasyah..ALLAHla saksi untuk itu..InsyaALLAH, syurga menjadi saksi pertemuan kalian kelak..ameen..

    p/s: I REALLY8 admire ur strength,ukhti.....Barakallahulakuma!

    ReplyDelete
  8. semoga Allah terus memberikan kekuatan kpd kalian~ amin!

    ReplyDelete
  9. salam alaikuma...sayunye hati membaca post ni...salam takziah dari saya...my eyes cant stop tearing...syurga baginye insyaALLAh..

    ReplyDelete
  10. kita tidak saling mengenali,tp naluri keibuan menyatukan kita untuk merasai kesayuan yang sama...my eyes cant stop tearing reading your post..salam takziah dari kami sekeluarga...syurga baginya insyaAllah

    ReplyDelete
  11. Salam...

    Berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikulnya. Semakin kuat iman kita semakin berat ujian yg Allah berikan. Janganlah bersedih... dunia ini hanya persinggahan semata-mata. InsyaAllah berkat kesabaran...besar ganjaran yg diterima. Kehilangan org yg kita sayang mmg pedih...tp kita jugak akan pergi cuma cepat atau lambat. Semoga anda berdua tabah mengharungi dugaan ini. Salam ukhwah...

    ReplyDelete
  12. salam mawaddah...membaca entry ni membuatkan air mata elly mengalir dan membuatkan hati ibu ni menjadi rindu pada arwah anak2..tabahla ye..

    ReplyDelete
  13. Salam.. saat saya membaca entry ini air mata saya bercucuran tak berhenti.. memikirkan betapa Allah sayang kan kamu berdua sehingga diuji dgn dugaan besar seperti ini.. semoga kalian tabah.. percaya lah, anak mu itu sedang menanti kamu di'sana'.. semoga ummi dan ayahnya menjadi ahli syurga dan boleh hidup bersamanya.. amin..

    ReplyDelete
  14. salam..

    entri ini membuatkan saya menitiskan air mata..bukan sedikit tp bagaikan terasa yg anak sy sendiri di tempat ukasyah .. anak sedara sy pun ada yg meninggal setahun yg lepas tp kini diganti dgn adik kembar yg sihat alhmdllh

    redhalah atas pemergian Ukasyah..tiada tempat lain melainkan syurga buatnya..jika redha maka dia kan jadi penyelamat kita di akhirat nnti insyaAllah..amin..

    ReplyDelete
  15. ASKM.. sedih membaca kisah lil mujahid ukasyah.. akak baru terbaca blog adik through blogwalking. Sepanjang membaca kisah ukasyah..akak tak dapat menahan air mata..anak akak sebaya ukasya..lahir 30 august 2009.Semoga sis sekeluarga akan tabah menhadapi hari hari mendatang..Bergembiralah sis..kerana dia ahli syurga..

    ReplyDelete
  16. air mata saya menjadi peneman tatkala membaca post ini...

    ReplyDelete
  17. Salam...
    sepanjang baca entry ini, airmata saya laju turun... dan saya tak mampu komen apa2..

    ReplyDelete
  18. 14 disember... sama dengan tarikh pemergian bidadari kecil saya.
    cuma beza nye pada tahun 2012. Semoga bidadari2 kita bahagia dan gembira di sana

    ReplyDelete
  19. salam...akak jg pernah kehilangan anak..mmg sgt2 sedih tp yg pasti mereka adalah ahli syurga & moga kita jg dpt b'sama2 di sana, insyaAllah..

    ReplyDelete