Abu `Ukasyah

Abu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Abang, Happy Anniversary

Abang, Happy Anniversary


Kedai Mawaddah & Hafiz

Ummi ayah sentiasa merinduimu sayang..

Powered by Blogger.

May 31, 2009

Target Cinta


Kesian ayah tengok blog anak ayah ni. Lama sungguh ayah tak menghiasi blog baby dengan tulisan kasih ayah. Minta maaf ayah pohon pada baby yang semakin kuat menendang perut ummi. Sehingga berombak jadinya perut ummi bila anak ayah ni hendak bermain. Aktif seluruh kaki dan tangan baby bergerak sebagai tanda hendak bermain dengan ayah. Kesian ummi menanggung segala tendangan, pusingan, tumbuka dan geli anak ayah ni. Bersungguh betul anak ayah nak main. Alhamdulillah, itu tanda baby sihat walafiat.

Entri ini ayah tulis untuk memenuhi hajat kawan ayah yang meminta ayah berkongsi pengalaman tentang persiapan ayah sebelum berumah tangga. Bukanlah ummi dan ayah orang yang banyak ilmu untuk dicurahkan pada orang lain, tetapi pengalamanlah yang banyak mengajar kami erti kehidupan yang sebenar. Realiti sebenar percintaan dan bukan fantasi rekaan.

Detik awal perhubungan kami bermula sejak dari tingkatan 4 lagi dan sejak tu jugalah kami telah menetapkan matlamat untuk berkahwin pada umur 20 tahun. Dan boleh dikatakan kami telah bertunang pada waktu tersebut unofficially kerana paklong dan opah telah merestui hubungan kami. Dan bermulalah segala kisah suka duka kami bersama sepanjang sebelum perkahwinan.

Untuk mencapai target perkahwinan sewaktu umur 20 tahun bukan sesuatu yang senang untuk digapai. Bukanlah sesenang memetik jari dan semuanya termakbul di depan mata. Banyak dugaan yang terpaksa ditempuhi sehinggakan terasa tiada lagi harapan untuk kami melangkah setapak lagi dalam hubungan kami iaitu berumah tangga. Tetapi alhamdulillah, berkat kuasa Allah yang tidak diduga, impian kami termakbul dan berdirilah sebuah lagi baitul muslim semasa kami berumur 21 tahun. Hanya Allah sahaja yang mampu mengubah segalanya buat kami berdua.

Bukanlah niat ayah ingin menceritakan tentang percintaan kami dalam entri kali ini tetapi berhajat untuk berkongsi matlamat hubungan ayah dan ummi suatu ketika dahulu. Dan seperti yang kita tahu matlamat tidak menghalalkan cara. Walaupun matlamat kita betul dan baik, tetapi cara kita mengharungi percintaan itu mestilah mengikut segala lunas syarak yang ditetapkan. Itu yang paling penting.

Matlamat ayah berkawan dengan ummi hanyalah satu, ingin berkahwin dengan ummi kelak. Dan niat itulah yang selalu ayah pegang sebelum memulakan langkah untuk mendekati ummi. Mengikut perancangan ayah sendiri, ingin saja mendekati ummi hanya selepas SPM selesai, tetapi perancangan Allah mengatasi segala-galanya. Takdir menentukan ayah memulakan langkah seawal kami masih di tingkatan 4. Takdir yang terjadi secara tidak sengaja dan mengubah segala-galanya.

Sebenarnya matlamatlah yang memandu ummi ayah untuk berdiri teguh menempuhi segala ujian yang datang dari yang Maha Pemberi Ujian. Sekiranya kami tidak bermatlamatkan untuk mengakhiri berhubungan kami dengan perkahwinan, mungkin tidak sampai setahun pun malah sebulan pun hubungan kami ini. Dan mungkin juga kami akan selalu keluar berdua-duaan kerana tidak memikirkan akibatnya kepada kami nanti.

Matlamatlah yang sebenarnya mampu menjadikan kami komited dan bersungguh dalam mengharungi segala dugaan yang datang. Dan insyaAllah dengan niat juga kita mampu meraih pahala dari Allah walaupun sebelum kita menunaikannya.

Kepada anakku pabila dewasa kelak, perbetulkan niatmu dalam melakukan segala sesuatu dan insyaAllah perbuatan kita tidak akan disia-siakan oleh yang Maha Teliti.

3 comments:

  1. Alhamdulillah..target cinta Hafiz dan Mawaddah bagai mencari sepasang merak yg berada di tengah kelompok gagak hitam. Sesungguhnya nawaitu yg suci dan ikhlas, akan dibalas dengan sesuatu yg manis oleh Nya.

    ReplyDelete