“Abang, abang. Rasalah perut sayang ni. Baby tendang kuat sangat”, pujuk ummi.
“Kejap, kejap. Tak rasa pun”, keluh ayah.
“Tunggulah lama skit. Baby ni tak nak tendang plak”, pinta ayah bersabar.
“Aah. Dia dah tendang kuat tu. Abang rasa tak?”, tanya ummi.
“Haah. Rasalah. Kuat betul anak ayah ni menendang ye”, senyum ayah.
Semalam merupakan first kick baby untuk ayah tercintanya. Terasa bahagia menyelinap ke seluruh jiwa merasai tendangan dari darah daging sendiri. Tendangan manja anak buat si ayah yang sentiasa berbual-bual mesra dengan anak kesayangannya. Anak sulung ummi ayah begitu juga cucu sulung buat nenek, atuk, opah dan akinya. Mungkin juga cicit sulung dalam keluarga ummi dan cicit kedua dalam keluarga ayah. Besarnya tanggungjawab baby selaku yang sulung dalam keluarga kedua-dua belah pihak. Tetapi lebih besar lagi tanggungjawab ummi ayah untuk mendidik baby menjadi seorang pemimpin kelak.
Siapalah agaknya yang mengajar baby kuat sangat menendang ni?
Kadang-kadang bila sudah ditrigger supaya menendang oleh ayahnya, tak henti-henti menendang. Semalamlah kemuncaknya bila ummi merasakan tendangan bertubi-tubi selama berjam-jam hingga penat ummi dibuatnya. Penat tetapi penuh kegembiraan kerana anak sulung yang sangat responsive pada perbualan ummi ayahnya. Jejak langkah siapalah agaknya yang diikuti.
Sudah semestinya jejak langkah umminya (jawapan babylah agaknya).
Kenapa pula?
Sepatutnya ikut ayahlah baby boy ni. Bapa borek, anak rintik. Bapa kencing berdiri, anak kencing berlari-lari. Ish. Tak naklah anak ayah ni ikut kelakuan tak baik ayah. Biar yang baik-baik sahaja yang baby ikut ye. Janganlah ikut benda tak baik yang ayah buat. Contohnya malas (malas sungguh diri ayah ni. hehe).
Opah semasa mengandungkan ummi, rasa apa yang ummi rasa sekarang. Ummi merupakan anak opah yang sangat aktif semasa di dalam kandungan. Paling aktif berbanding adik-beradik ummi yang lain. Sehingga orang lain mengatakan yang ummi merupakan anak lelaki. Aktif sungguh ummi ni ye. Mungkin sebab itulah ummi jadi atlet berjaya semasa di sekolah rendah dan menengah dulu.
Kalau nak dibanding dengan ayah yang tak pernah naik podium ni, memang jauhlah bezanya. Selalunya ayah tengok dari bawah sahaja ummi menerima pingat semasa di sekolah. Pertandingan jarak jauh mahupun jarak dekat. Semuanya pernah ummi menangi. Ish ish. Sedih betul ayah yang tak pernah menang berlari di mana-mana pun. Dapat satu mata semasa merentas desa pernahlah. Itu pun tak tahulah kedudukan ke berapa. Huhu.
“Sekarang, kakngah dah rasa balik apa yang kakngah buat masa ummi mengandungkan kakngah dulu”, kata paklong pada ummi.
“Haah lah along. Mesti ni balasan kat kakngah balikkan”, balas ummi diiringi ketawa kami semua.
Benarlah semua yang kita buat pada ibu bapa kita dahulu akan kita rasai kemudiannya. Walaupun semasa kita masih dalam kandungan dan baru hendak mengenal dunia. Semasa ummi dalam perut opah dahulu, aki pernah cuba memegang siku ummi yang jelas kelihatan pada perut opah. Ummi dengan aktifnya menyiku balik tangan aki yang cuba memegangnya.
Ish ish. Ganasnya ummi ni ye(ummi jangan marah. hehe). Tak mustahil nanti baby pulak yang menyiku tangan ayah bila dah besar dalam kandungan nanti. Kenalah ayah bersedia. Hai…..
em nati leh la baby masuk taekwondo..dalam perut lg dah pandai kick..hehe..lepas tu asas..=)
ReplyDeletenampaknya cadangan tu bleh diterima...hehe...hero kak mawaddah mst lah kn jd tough...
ReplyDelete