Salam buat pembaca blog buatmu anakku…moga kalian semua berada di dalam keadaan yang sihat dan dirahmati Allah…
Minggu depan adalah minggu terakhir clinical posting ummi di psychiatric ward…Ini bermaksud dah sebulan lebih ummi posting…Ummi rasa sangat bersyukur kerana mampu mengharungi segala cabaran…erm macam besar sangat je cabarannya tu kan…Kadang-kadang tu terusik juga emosi ummi dengan soalan-soalan dan kata-kata yang langsung tak mendoakan kebaikan dan memberikan semangat…
- “Boleh ke kahwin waktu belajar?”
- “Boleh mengandung ke?”
- “Nanti mesti kamu hantar anak balik kampung kan…bagi mak ayah kamu jaga”
- “Sekejapnya maternity leave yang kamu dapat…nanti bleeding…sekarang kamu muda, dah tua nanti kamu rasalah sakit-sakit badan”
- “Kamu tak rasa penat ke posting waktu pregnant”
- “Nanti kamu kena extend lah ye”
- “Boleh ke belajar kalo dah kahwin dan ada anak?”
Soalan-soalan di atas sering diajukan kepada ummi sewaktu ummi posting di Emergency department, OT dan Psychiatric Ward…boleh kata setiap staff nurse akan mengajukan soalan yang sama kepada ummi…hampir semua…setiap hari…bayangkanlah, bagaimana ummi terpaksa menjawab setiap soalan setiap hari…siap ada yang kutuk-kutuk, argue lagi…
Ummi tak faham mengapa, kenapa orang-orang di luar sana berfikiran negatif terhadap `early marriage`…Ummi tak mengatakan bahawa `early marriage` itu yang terbaik kerana pada umur apa sekalipun jodoh kita ditakdirkan, itulah yang terbaik buat diri kita…Allah Maha Mengetahui…
Ummi dianggap macam seorang alien kerana berkahwin awal dan pregnant…keputusan untuk berkahwin ini bukan satu gesaan tapi atas kesedaran memenuhi tuntutan deen…andai perkahwinan itu mampu memberi manfaat kepada Islam, WHY NOT???
Alhamdulillah `early marriage` bukanlah sesuatu yang asing di UIA…UIA amat menggalakkan perkahwinan…lecturer-lecturer ummi sangat memberikan semangat dan motivasi kepada ummi…free consultation untuk baby ummi ini…lecturer2 dan clinical instructor ummi sangat bahagia mendapat perkhabaran bahawa ummi akan dapat baby…Mengapa mereka masih mahu mempersoalkan, sedangkan pregnant bukan something yang illegal di UIA…
Maternity leave yang ummi dapat hanyalah 2 minggu…Due date ummi 09/09/2009…14/09/2009 adalah tarikh bermulanya cuti raya…kalo ummi bersalin awal, ada cuti lebih kurang sebulan…kalo bersalin on time, ummi masih ada cuti raya selama 2 minggu…Semuanya telah ummi plan dengan baik agar ummi tak banyak tinggal kelas nanti…segala assignment akan disiapkan sebelum ummi bersalin…untuk group assignment akan ummi usahakan sebaik mungkin untuk memberikan sumbangan….untuk kelas2 yang ummi tak dapat hadir, ummi akan minta sahabat-sahabat ummi send lecture notes via email…sekurang2nya sewaktu ummi dalam pantang, ummi juga dapat study…research proposal akan disiapkan lebih awal…ummi dah mula buat sekarang walaupun masih blur lagi…
Ummi doakan Allah permudahkan proses bersalin nanti, agar ummi cepat sembuh untuk kembali berjuang di medan ilmu…ummi tak mahu fikirkan segala yang negative walaupun ada yang tak setuju berpantang hanya sekejap…pokoknya, kita hanya mampu berusaha, Allah yang akan menentukannya…masih banyak tanggungjawab yang hendak dilunaskan nanti…Ummi juga seorang student nurse….insyaAllah ummi juga tahu tentang post-partum care…akan ummi manfaatkan segala ilmu yang ummi belajar dalam Obstetric…
Tentang menghantar baby ke kampung tak pernah langsung terlintas di hati ummi…Ummi dan ayah dah berfikir bahawa seandainya kami tak mampu menjaga sendiri baby kami, maka kami tidak akan mengambil keputusan untuk mempunyai baby di waktu ini…Ummi dan ayah akan menjaga dan mentarbiyah sendiri baby kami ini…ummi akan breastfeed baby sepenuhnya…
InsyaAllah ummi dan ayah dapat membahagikan masa dengan baik…segalanya perlukan persediaan bukan…ummi dan ayah telah membuat persediaan selama setahun selepas berkahwin untuk mempunyai baby…bukan kewangan menjadi persolan, tapi mampukah kami mendidik zuriat kami menjadi anak yang soleh dan musleh??? Persediaan selama setahun tak bermakna kami akan perfect, tapi akan kami sentiasa memperbaiki kelemahan dalam usaha menjadi ummi dan ayah yang terbaik…
Buat pembaca di luar sana…kami mohon, andai kalian bertemu dengan kenalan seperti kami, lontarkanlah kata-kata yang baik…ajukanlah soalan secara berhikmah…doakan yang terbaik buat keluarga kami…berikan semangat yang tak berbelah bahagi…kami ibu bapa muda…bertungkus-lumus memberikan yang terbaik buat zuriat kami…bantulah kami…jangan lemahkan semangat kami…andai tidak bersetuju dengan `early marriage`, bukalah minda, tanyalah iman…jodoh pertemuan bukan di tangan kami…kami tak bersalah…takdir ini telah Allah catatkan buat kami…
p/s: Mawaddah minta maaf jika entry ini sangat sarat dengan catatan yang beremosi…sekadar mengurangkan bebanan perasaan yang menggunung…berkongsi pengalaman dan mengambil pengajaran…
Salam kak mawaddah dan abang hafiz.. bersabar la banyak2 atas segala tohmahan dan kata2 orang terhadap kite.. itu semua dugaan untuk seorang hamba ALLAH hidup di atas muka bumi ni.. dan dugaan itu andai dilalui dengan sabar akan mendapat suatu ganjaran yang cukup cukup indah.. anim bukan orang yang pandai bermadah kata, atau penuh dengan nasihat berbentuk agama sedangkan diri ini pun hina di sisiNYA..
ReplyDeleteAnim tertarik dengan kata2 kak mawaddah, 'bukan kewangan menjadi persoalan..' untuk kami, membina masjid ALLAH ini adalah satu anugerah yang amat bernilai untuk kami yang sentiasa berlinangan air mata memohon supaya mak ayah memberi keizinan.. betul kata abg hafiz, nak kawen bukan petik jari terus dapat.. dan doa adalah salah satu usaha kita kan..
Tapi untuk kami, kewangan memang betul2 terhad untuk kami nak ada anak.. kadang2 sdih hidup kita di'atur'kan oleh mak ayah.. tapi mak ayah kita makan garam dulu kan dari kita, so maybe dorang tau segala2nya..mengapa anim kata kewangan terhad, kami tidak 'disponsorkan' untuk hidup berdua lepas kawen..
So, untuk nak ada anak, kami memang perlu menabung secukup2nya untuk anak kami membesar dengan sempurna kelak.. ramai kawan2 anim cakap, "ala, kawen pun mak ayah tanggung.." perit rasa nak telan sebb kita memang tak ditanggung..
Anim anggap itu semua dugaan la.. kadang2 ianya melemahkan kita kan? apa yang melemahkan lagi, kawan cakap camni, "suami anim je yang tak kerja lagi, orang lain kawen suami dah kerja.."
terus rase down.. tapi sbar je la..
Sorry wat karangan kat sini.. semoga hidup ceria selalu yea..
p/s: hari tu tengok ada link anim kt blog ni.. ni dah tak der =)
salam aniemz.....
ReplyDeletesebenarnya 'bukan kewangan menjadi masalah tu' maksudnya bukan kami ni pasangan yang banyak duit atau kaya tetapi mendapat restu dari mak ayah kami...
sebelum ini pun kami bertahan untuk tidak mempunyai anak kerana syarat yang ditetapkan keluarga kami iaitu tidak beranak sebelum grad...
tetapi segalanya berubah bila syarat yang ditetapkan mak abang hafiz dilanggar olehnya sendiri.InsyaAllah abang akan ceritakan dalam blog ni dalam masa terdekat....
apa-apa pun anniemz bersabar dan insyaAllah kesabaran kita akan dibalas oleh Allah tanpa kita sedari....
p/s:kak mawaddah tukar template ari tu, dia lupa nak letak balik...hehe...sori...
~hafiz
Ooooo.. anim dah selamat dah semalam =) .. nanti anim citekan kisah kami yea.. hari tu kan anim cakap lebih kurang same kisah abg hafiz & kak mawaddah.. hehe.. tak caye pun ade.. nk suh caye, tgk video byk kali, baru caye cikit.. hehe..
ReplyDeleteSalam alaik utk Akh Hafiz&Ukht Mawaddah.
ReplyDeleteMoga Allah permudahkan segalanya..=)
Sebenarnya dah lama jadi silent reader. Cuma tak tinggal jejak je. Bila baca post Mawaddah ni, agak menyentuh hati. Seketika hati meluap, bila mengenangkan ramai mereka diluar sana suka menilai tanpa berusaha untuk memahami. Melihat hanya pada luaran. Saja nak sedapkan hati akh&ukht, InsyaAllah anak kita adalah tanggungjawab kita, bukan mereka yang tentukan samada anak itu yahudi,nasrani atau majusi. Mulut orang mmg tak boleh nak tutup.
Ada satu kes kisah benar diceritakan semula, si ayah org kaya, kerja petronas, duit berkepuk-kepuk, selalu travel oversea, bila si ayah balik rumah, si anak boleh tanya pada si emak..'kenapa pakcik ni selalu datang rumah kita?..bila dia nak balik?..'..bayangkan realiti masyarakat sekarang, mentaliti masyarakat sekarang. Haru biru.
Tahniah kerana berani melangkah menjadi satu dalam seribu bila bernikah muda!~
Pendek kata, pekakkan telinga selagi terdaya. Educate masyarakat melalui Qudwah. InsyaAllah everything will be fine. Yakin dengan Allah.
Ana doakan yang terbaik buat bakal ibubapa muda macam akh&ukht ni..^_^..
Salam perkenalan dari India.