Abu `Ukasyah

Abu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Abang, Happy Anniversary

Abang, Happy Anniversary


Kedai Mawaddah & Hafiz

Ummi ayah sentiasa merinduimu sayang..

Powered by Blogger.

June 3, 2009

Tekad


Kahwin!!!

“Mak, nak kawin”, rayu ayah.

“Tunggu abis belajar dulu, keje baru kawin”, jawab nenek.

Dialog ayah suatu ketika dahulu semasa ingin meminta kebenaran untuk berkahwin dengan ummi. Betapa tekadnya ayah sehingga setiap kali menelefon nenek, rayuan yang sama kedengaran untuk berkahwin. Rasanya dah naik muak nenek mendengarnya dari ayah. Dah gatal sangat anak bujang aku sorang ni agaknya.

Puas sungguh ayah memujuk nenek diiringi dengan doa dah usaha memperbaiki diri. Supaya menjadi suami terbaik buat ummi dan dalam masa yang sama menghormati kedua ibu bapa yang banyak berkorban membesarkan kita. Mungkin setelah puas didesak ayah, nenek pun memberikan satu syarat.

“Kalau nak kawin, sediakan RM 5000”, ujar nenek.

Ok. Jawab ayah dalam hati. Tekad bersungguh-sungguh untuk mengumpulkan duit sebanyak itu. Syarat yang diberi semasa menunggu result SPM memberikan sinar harapan untuk berumah tangga. Segala daya usaha digunakan untuk mengumpulkan wang sebanyak itu. Dan alhamdulilllah berjaya juga hasil dari simpanan dan berdikit-dikit berbelanja.

Macam manalah agaknya ayah mengumpulkan duit sebanyak itu ye?

Susah juga nak kumpul sebanyak itu sebenarnya. Hanya berbekalkan duit biasiswa semasa dari sekolah menengah hingga matrik dan duit poket yang diberikan atuk pada ayah. Tidaklah ayah bekerja semasa sedang belajar ataupun part-time semasa di matrik.

Semasa di tingkatan empat dan lima, ayah mendapat menajaan dari Yayasan Telekom Malaysia yang memberikan wang poket RM840 setahun. Penajaan untuk anak-anak pekerja Telekom yang memenuhi syarat-syarat tertentu. Dan duit biasiswa itulah yang ayah simpan sedikit sebanyak untuk memenuhi syarat nenek. Ditambah pula dengan wang RM1000 per semester di matrik untuk semua pelajar, berjaya mencukupkan baki syarat yang diberikan. Mission accomplished. Hehe.

Sewaktu ayah memberitahu nenek yang ayah berjaya mengumpulkan RM5000, nenek terkejut dengan pencapaian ayah. Terkejut dengan tekad ayah untuk mengahwini ummi. Tidak menyangka yang ayah serius dengan permintaan ayah. Barulah nenek tahu tekad ayah yang kuat untuk berkahwin. Wang sebanyak itu tidaklah mencukupi untuk kos perkahwinan tetapi adalah syarat yang dianggap nenek tidak mampu ayah tunaikan. Dan terbukti, ia adalah sesuatu yang tidak mustahil.

Duit tersebut ayah berikan pada atuk dan nenek untuk membantu mereka semasa perkahwinan ayah. Walaupun tidak banyak dan hanya mencakupi sedikit sahaja dari kos keseluruhan perkahwinan, tetapi RM5000 itu adalah bukti keinginan, keazaman dan tekad ayah untuk mengahwini ummi. Dan mungkin dengan wang yang tidak seberapa itu berjaya meyakinkan atuk dan nenek untuk membenarkan kami berkahwin.

Tekad berkahwin.

Tekad yang tidak sia-sia.

1 comment:

  1. wow.. menarek nye
    menyimpan je pon da bule kumpul 5k
    lepas ni da kje byk ar agi bule menyimpan
    thniah2
    nti alo kwen mari la
    ramai agi kwn2 kte stj nk dtg

    ReplyDelete