Abu `Ukasyah

Abu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Abang, Happy Anniversary

Abang, Happy Anniversary


Kedai Mawaddah & Hafiz

Ummi ayah sentiasa merinduimu sayang..

Powered by Blogger.

June 30, 2009

Anakku Sayang

Anakku Sayang…

Pada 24hb Jun 2009, adalah check-up pertama setelah kandungan ummi memasuki trimester ke-3. Dalam kedukaan kematian satu-satunya atuk ummi yang masih hidup, kami gagahkan jua untuk memeriksa kesihatan kandungan ummi ini. Kelahiranmu anakku sememangnya dinantikan oleh arwah moyang, namun Allah lebih menyayanginya. (Maaf, terlari dari tajuk asal pula…emosi yang tak terbendung lagi).

Pemeriksaan kali ini dilakukan di Barakah Maternity Centre (Hospital Barakah). Insya-Allah, disinilah baby ummi ayah bakal dilahirkan. Aki (abah Mawaddah), Opah (ummi Mawaddah), Pak Long (Abang sulung Mawaddah) dan semestinya ayah baby tercinta turut menemani ummi. Dr. Khairiah, Pakar O&G bukanlah orang asing lagi sebab beliau merupakan sahabat opah. Layanan di sini sememangnya 1st class mungkin kerana ketenangan sewaktu berkunjung di sini dan tak kurang kerana doktor pakarnya yang lemah lembut lagi mesra. Nurses kat sini juga sangat berbudi bahasa dan berakhlaq. Sempat juga ummi merenung baju uniform mereka yang berwarna pink dan menutup aurat itu. Terubat juga duka di hati kami sekeluarga. Sewaktu sesi scan, opah request kat Dr. Khairiah untuk benarkan Aki dan Pak Long masuk sekali melihat anak ummi. Bagus betul Dr. tu sebab dia tutup perut ummi dengan towel kecil waktu nak scan. Ummi malu juga nak bagi Aki dengan Pak Long tengok.

Sepanjang sesi scan, baby ummi asyik menghisap jari je. Gayanya macam lapar je, sedangkan baru je ummi makan. Alhamdulillah, secara keseluruhannya baby ummi ni sihat. Dr. Khairiah memang buat thorough scan 3D and 4D, body parts dan internal organs skali (siap kira sama2 jari baby, baby plak duk hisap jari dia). Placenta pun anterior, enough amniotic fluid. Tapi yang ummi agak sedih pasal berat baby. Dari fundal heights yang 30cm (wkt ni 29 weeks), kira baby oklah tumbesarannya. Ummi dok expect baby ummi ni agak beratlah orangnya memandangkan ummi dulu pun lahir 3kg lebih. Dr. cakap estimated weight baby buat masa ni 1.25 kg je. Dr. kata normal je, cuma baby ummi ni kategori small la. Kalau ikut graph yang ada percentile tu, 54% je. Ummi pun tanya, estimated weight waktu delivery nanti (ummi risau plak kalo LBW-Low Birth Weight). Dr. kata mungkin around 2.5-2.8 kg. Ummi pun tak tau nape ummi risau sangat pasal berat baby. Ummi rasa bersalah kat baby sebab ummi kurang makan ke? Atau sebab ummi tak reti duk diam? Atau baby ummi ni terlalu aktif?Atau sebab ummi expect baby ummi ikut macam berat ummi lahir dulu? Ummi rasa baby ikut ayah sebab ayah lahir 2.7 kg je. Peliknya ummi nikan, patutnya risau kalo baby besar, tapi ummi risau sebab baby kecik.

Sebenarnya Allah tahu kemampuan ummi dan sepatutnya ummi bersyukur kerna inilah yang terbaik yang telah Allah kurniakan buat ummi dan baby. Memandangkan ummi akan masuk kelas balik waktu dalam pantang, insyaAllah tak banyak luka bersalin nanti kalo betul gaya dan cara meneran nanti. Pak Long pun ada comfort ummi, pak long kata bayangkan kalo anak sulung besar, nanti banyak luka ummi, lambat sembuh, camne nak masuk kelas balik nanti. Betul juga kan. Yang penting ummi kena bersyukur dengan kesempurnaan baby ummi dan kesihatannya yang baik. Ummi juga akan berusaha menaikkan berat badan ummi ni. Kuantiti dan kualiti pemakanan harus ditambah. Ayah kata ummi makan skit. Ok, berikut adalah gambar zuriat kami yang tercinta. Specialnya kat hospital ni, video-video dan gambar-gambar baby sewaktu scan di `burn` dalam CD dan diberikan kepada kami. Di antara aksi-aksi baby boy kami ni sepanjang sesi scan adalah:

  • Menghisap ibu jari kanan je…nak kira bilangan jari pun agak sukar…cam tak mau lepas je…hehe..comelnye baby…
  • Minum amniotic fluid…Nampak jelas sgt…kami semua pun gelak-gelak…buat pengetahuan pembaca, baby memang akan minum air tu, then urinate balik…it`s a normal process…
  • Baby keluarkan lidah dia…dia tunjuk sucking movement…ummi rs nak pegang je lidah dia…
  • Kaki baby tak berhenti menendang perut ummi…gerakannya seluruh badan dengan kepala skali tu…
  • Kaki baby siap terkangkang lagi bila dia luruskan ke atas…tak malu betul baby ummi…
  • Tangannya suka usik-usik muka…

p/s: Charge untuk check-up kali ni RM 80…opah yang nak sponsor…murah jika nak dibandingkan hospital swasta lain yang memberikan khidmat doktor pakar beserta ultrasound 3D & 4D yang canggih…ummi juga sempat register untuk jadi ahli kelab Anmum…nurse suruh isi, ummi pun isi jelah…dapatlah banyak sampel susu coklat dan original…terpaksa lah minum…dah dapat free…yang kat umah pun tak abis lagi…hehe…

Nanti ummi upload video dan gambar baby boy kat next entry ye...



2 comments:

  1. salam akak.. ohoh.. hepi betul dia dapat 'jumpe' baby boy.. seronok bace cerita baby akak ni.. rupenye memang baby hisap jari dalam perut ek? anim ingatkan gambar2 dalam buku/internet tuh orang sengaja edit kasi baby hisap jari dia.. hehe..

    ReplyDelete
  2. aah anim...cuba anim tengok pic yg pertama tu...kehidupannya dlm perut juga seperti kita..ada waktu tido, main, mamai bgn tido, terkejut...hebat sungguh allah jadikan baby ni...

    ReplyDelete