Abu `Ukasyah

Abu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Abang, Happy Anniversary

Abang, Happy Anniversary


Kedai Mawaddah & Hafiz

Ummi ayah sentiasa merinduimu sayang..

Powered by Blogger.

May 1, 2009

Tahniah Ummi!!


Tahniah ummi!!

Tahniah kerana berjaya mendapat anugerah 'dean's list' semasa AGD nursing di Hotel Vistana, Kuantan.

Tahniah jua kerana berjaya di kala sibuk menguruskan masa sebagai isteri, anak, menantu, pelajar dan insyaAllah bakal ibu kelak.

Alhamdulillah syukur kerana Allah kurniakan nikmatnya pada ummi yang banyak berkorban demi rumah tangga kami. Terima kasih jua pada sahabat-sahabat yang banyak memberikan bantuan dan sokongan di sebalik kejayaan ummi ini. Jazakumullah.

Lama benar ayah tidak menulis di blog anak ayah yang tercinta ini. Banyak sungguh peristiwa yang berlaku dalam hidup ayah dan ummi sama ada suka mahupun duka. Suka kerana banyak nikmat yang Allah kurniakan pada ayah dan ummi termasuklah perkembangan baby yang memberi warna pada kehidupan kami. Duka kerana terpaksa berpisah dengan keluarga angkat yang menjaga ayah dan ummi dengan sebaiknya. Jasa dan kebaikan mereka yang akan sentiasa kami kenang sepanjang hidup kami. InsyaAllah sedikit masa lagi ummi akan ceritakan pengalaman berharga kami di Sik, Kedah.

Bertuah sungguh anak ayah ni ye. Sudah pandai memberikan respon jika ayah atau ummi bercakap-cakap dengan dia. Dan sudah semestinya kata-kata ayahlah yang paling menyeronokkan baby. Kicking hingga terkadang ummi terasa geli di perut. Hehe. Ummi jangan jeles. Baby duduk dalam perut ummi. Selalu jumpa ummi. Sebab tu kalau jumpa ayah dia excited. (ke ayah yang perasan. huhu)

"Baby, tendang ummi",arah ayah kalau ummi kenakan ayah.

"Abang ni!! Janganlah ajar baby tendang ummi", simpati ummi. Hehe.

Walaupun baby tidaklah mendengar arahan ayah untuk menendang ummi di kala ayah bergurau dengan ummi tetapi kadang-kadang baby 'ikut' juga arahan ayah. Anak ayahlah katakan. Baby pun nak tumpang bergurau-senda dengan ummi ayah. Betul tak baby?

Alhamdulillah baby sihat sangat semasa discan oleh doktor pakar di ekspo pendidikan sekolah pakcu Baihaqi, Mahrajan Thaqafi 09. Semoga baby menjadi seorang anak yang soleh, musleh dan berjiwa mujahid kelak. InsyaAllah.

p/s: entry ni Hafiz yang tulis. Jantina baby nanti akan diumumkan oleh Mawaddah. Harap semua bersabar. :-)

4 comments:

  1. Salam..tahniah kak mawaddah..=)
    teruskan perjuangan..
    baby jgn nakal2x ek..hehe

    ReplyDelete
  2. salam....
    terima kasih...malu kak mawaddah...
    entry tu suami kak Mawaddah yang tulis...hehe...
    baby semakin nakal sekarang...kalau menendang tu tak henti2....hihihi....

    ReplyDelete
  3. hehe..yeke..mg baby d beri kesihatan yg baik..chaiyok kak mawaddah..=)

    ReplyDelete
  4. terima kasih banyak2....bertuah baby ramai yang doakan...:-)

    ReplyDelete