Abu `Ukasyah

Abu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Abang, Happy Anniversary

Abang, Happy Anniversary


Kedai Mawaddah & Hafiz

Ummi ayah sentiasa merinduimu sayang..

Powered by Blogger.

April 6, 2012

^__^

Alhamdulillah, kami sekeluarga selamat tiba di Malaysia pada pukul 5.30 pagi, 4 April.  Sepanjang 4 jam berada dalam flight, Uwais tak mahu dipangku Ayah.  Uwais nak Ummi juga yang pangku dia.  Walaupun Ummi tak larat, tapi Ummi gagahkan juga sebab Ummi rasa badan Uwais sudah mula nak demam.  Bila nak demam, dia asyik nak menyusu je dengan Ummi.  Sakit badan Ummi dibuatnya, dengan perut Ummi yang semakin memboyot dan keadaan cuaca yang kurang baik sepanjang berada di atas.  Banyak betul air pocket.

Sekarang ini Uwais masih lagi demam, ada sore throat sekali.  Bila demam, asyik nak berdukung, melekat 24 jam dengan Ummi.  Tapi bila Ayah ada, Ummi rehatlah sikit sebab dia nak Ayah je.

Ummi doakan agar Uwais cepat sembuh ye.  Allah nak bagi pahala pada Uwais dengan ujian kesakitan.  Uwais kena banyak sabar.  Ayah dah assign Ummi jadi staff nurse peribadi Uwais ni.  Sayang Uwais.

April 2, 2012

Bercuti dan Outstation bersama keluarga

Assalamualaikum,
Alhamdulillah, kami di bumi China sihat. Ummi sudah mula merindui masakan pedas dan teh tarik. Erm sedapnya. Maklumlah, ibu mengandung, tak semua kena kat tekak Ummi ni. Uwais juga yang mudah, asalkan ada nasi kosong, dia dah gembira dah.

Kerja Ummi hampir selesai, dah 90% siap. Barang-barang juga telah dihantar ke warehouse malam semalam untuk dihantar ke Malaysia melalui kapal. Cuma ada lagi beberapa kotak untuk diselesaikan hari ini.

Kali ini perancangan CEO dan Manager menjadi. Opah dan Aki serta Pak Cu bantu jadi babysitter Uwais. Ummi Ayah tak tinggal lama pun dia di hotel, dalam 3 jam je setiap hari. Opah Aki kata dia elok je tak nangis. Opah Aki bawa dia jalan, beli bantal comel la. Tapi, balik Ummi dia mengempeng. Hehe. Semalam, giliran ayah jaga Uwais, ayah siap bawa dia jalan-jalan Yuexiu Park lagi. Ayah cerita dia dok main bubbles dengan seorg budak Cina. Akhirnya , ayah terpaksa beli benda tu untuk dia. Kemain gembira dia main bubbles sampai kat bilik hotel. Sampai waktu dinner pun tidur lagi.

Ok, itu sahaja khabar kami di sini. Doakan kami sihat dan dipermudahkan urusan ye. Salam sayang dari kami sekeluarga.




- Posted using BlogPress from my iPad (www.ukidsmart.com)

Location:China

March 26, 2012

Sahabat Dunia Akhirat, Mus`ab & Tholhah

Assalamualaikum,

Uwais ada 2 orang sahabat karib, namanya Mus`ab dan Tholhah.  Mus`ab & Tholhah bukan sahaja sahabat Uwais, tapi juga sepupu serta abang dan adik susuan Uwais.  Adik Tholhah, sampai sekarang pun minta kat Ummi lagi.  Uwais sayang Mus`ab & Tholhah.  Walaupun kadang-kadang tu berperang, tapi sekejap je.  Selepas itu pasti berbaik semula.  Kami kan sahabat baik dunia dan akhirat, berkasih sayang kerana Allah.   Doakan kami bertiga jadi hamba Allah yang taat ye.   Kami murabbi kecil. ^__^


March 23, 2012

Kerjaya, Ummi dan Ayah

Assalamualaikum,

Uwais dan adik, ini kisah Ummi dan Ayah tau.  Ummi catatkan untuk kenangan kita anak-beranak.

Seperti yang Uwais maklum, Ummi seorang ibu yang bekerja dari rumah.  Ya, bukan mudah untuk Ummi, tapi sangat menggembirakan hati Ayah.  Dalam bisnes, Ayah la `big bos` Ummi sebab Ayah CEO. hehe.  Ummi manager.  Setiap hari, CEO mesti tanya, "Sayang, banyak tak sales ari ni" ataupun Ayah terus je check database.   Kadang-kadang, pening juga Manager bila kena soal dengan CEO pasal akaun.  Jadi manager pun bukan senang, nak cuti kena minta dengan CEO. hehe.

Al-kisahnya, kata-kata Ayah baru-baru ini membuatkan Ummi geli hati dan gelak besar.  Kelakar la Ayah.  Sekali tu Ayah kata nak tidur, Ummi pun keluar bilik sebab nak melayan Uwais.  Sekali bila Ummi masuk balik, rupanya Ayah tak tidur lagi, termenung je persisnya.  Ummi pun tanya, "Aik, abang kata nak tidur".  Ayah pun jawab, "Kaya ye sayang sekarang, gaji sama dengan abang yang Pharmacist ni".  Ummi speechless, terus tergelak besar.  Boleh pula fikir gitu. "Yelah, kalau sayang pergi kerja, lagi banyak kos yang keluar.  Sayang kan suka shopping. hehe.  Anak-anak lagi kena fikir siapa nak jaga. Abang kan suka sayang duduk rumah".  Ayah pun jawab, "aah, kalau macam ni, lagi elok sayang duduk rumah, tarbiyyah anak-anak sendiri, dapat gaji juga".

Semoga Allah redha dengan pengorbanan Ummi untuk bekerja dari rumah.  Ya, bukan mudah.  Ramai yang berkata-kata, rugi belajar tinggi tapi tak kerja.  Tapi Ummi tak mahu fikirkan kata-kata orang, sebab ini permintaan Ayah walaupun tanpa paksaan.  Opah dan Aki pun tak bagi Ummi kerja dan Opah juga yang suka anak-anak perempuannya mentarbiyyah sendiri cucu-cucu dia.  Sebab satu masa dahulu, Opah juga alami apa yang Ummi alami sekarang.  Yang paling utama, redha Allah.

Tapi tak salah pun kalau ingin bekerja, opah juga keluar bekerja bila ada tuntutan dan keperluan setelah anak-anak dah bersekolah.  Ummi pun mungkin begitu, setelah anak-anak besar nanti.   Bak kata Ayah, "Tak kisahlah kerja atau tidak, pokoknya wanita harus sedar tanggungjawab utama mereka sebagai Isteri dan Ibu."

March 21, 2012

4th ANC: 3rd Little Mujahid @ 20W

Assalamualaikum kesayangan Ummi,
Ummi jarang update kisah adik ye kat blog.  Maafkan Ummi ye sayang adik, nanti Ummi nak rajin tulis tentang adik.  Check-up yang ke-4 minggu lepas kurang menyeronokkan hati Ummi sebab Ummi baru lepas deal dengan encik kontraktor rumah kita yang banyak beralasan tu, sampai Ummi cakap dengan Ayah, naik darah tinggi Ummi rasanya.

Tapi tak naik pun tekanan darah Ummi.  Nurse check, 100/80mmHg.  hehe.  Drama je Ummi ni kan.  Berat Ummi seperti yang telah dijangka, memang tak naik.  Ummi cakap dengan Ayah, nak terus terang jelah dengan doktor.  Bila masuk jumpa Dr. Khairiah, pastilah kena investigate kan.  Ummi pun cakaplah, Along Uwais meragam, Ummi tak cukup tidur.  hehe. Tapi bila Dr. Khairiah check adik, elok je adik membesar, alhamdulillah.

Kali ni sepatutnya dapatlah tengok gender adik, tapi adik dalam posisi bersujud dan membelakangkan kami.  Adik tengah solat asar gamaknya.  Punah harapan Ummi Ayah nak tengok dia.  Muka adik pun tak jelas.  Ish, pemalu betul si adik ni ye.  Ayah cakap dengan Ummi, kita anggap jelah adik ni girl.  Bukannya apa, next week Ummi Ayah nak fly dah, kat sana nanti nak shopping baju dan kelengkapan si adik sebab baju Abang dan Along dah tak berapa nak elok.  Tak mengapa lah adik, Ummi tak kisah kalau adik nak bagi surprise ye. hehe.

Sayang puteri Ummi Ayah ini, moga membesar menjadi anak yang solehah, ibu yang mithali. ^__^