Abu `Ukasyah

Abu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Abang, Happy Anniversary

Abang, Happy Anniversary


Kedai Mawaddah & Hafiz

Ummi ayah sentiasa merinduimu sayang..

Powered by Blogger.

February 16, 2011

Uwais al-Qarni @ 5 bulan


Abaikan gambar Uwais yang seksi itu ye.  Uwais sedang gigih berlatih mengangkat bontot. tengok tu, kuat betul kaki dia.


Assalamualaikum Uwais,

Uwais sihat? Alhamdulillah Uwais tak demam kan sayang sebab Uwais kena cucuk triple antigen (Diphtheria, Tetanus, Pertussis) semalam kat klinik Muhibah, dekat je dengan rumah aki ni.  Balik rumah, ummi pun marathon susukan Uwais dengan susu ibu supaya Uwais tak demam. Hehe.  Alhamdulillah, dengan izin Allah berkesan juga.  Tahniah ye anak ummi sebab tak nangis sikit pun semalam. Waktu doctor cucuk Uwais, Uwais hisap jari.  Bila sudah siap ummi angkat dan Uwais menjerit keriangan.  Ummi ayah pun berpandangan.  Betul ke ni?

Uwais sekarang sudah besar.  Banyak sungguh perkembangan Uwais.

1)      Uwais sudah angkat-angkat bontot sekarang.  Tengah menguja nak merangkak.  Kadang-kadang tu, siap dengan kaki tu lurus sekali.  Tapi, tangan Uwais masih dalam posisi di atas lantai. Takpe, Uwais cuba lagi ye.
2)      Uwais dah laju ke depan bila meniarap. Ummi memang kena susun bantal keliling Uwais supaya Uwais tak pergi jauh bila ummi tengah dalam bilik air atau solat.  Letih juga nak kejar-kejar Uwais (hehe.. macam lah laju sangat kan).
3)      Uwais, sangat suka bergolek.  Setakat ini, tak pernah lagi Uwais  terjatuh.  Minta dijauhkan.  Ummi pelik tau Uwais, Ummi dah bentangkan tilam selebar-lebarnya untuk Uwais, tapi anak ummi ni tetap suka golek atas karpet atau lantai.
4)      Uwais suka duduk persis orang dewasa. Kalau letak dalam stroller, Uwais akan berpaut supaya dia tak jatuh ke belakang.  Puas sudah melarang, tapi Uwais suka juga.  Ummi ayah layan jelah.
5)      Kalau panggil nama Uwais al-Qarni, Uwais akan berpaling. 
6)      Sudah pandai sebut akheee (aki), ayyyyyyah (ayah) dan miiiiii (ummi). Bila Uwais nak pandai sebut addddddddikk..hehe..
7)      Uwais suka mandi dan main air. Habis semua botol shampoo, shower foam semua Uwais campak atas lantai toilet.  Kaki tangan tak boleh duk diam bila jumpa air.
8)      Uwais sudah ada `stranger anxiety`.  Sudah kenal orang. Kalau tak serasi, Uwais akan menangis tersedu-sedu dengan nada yang sayu minta ummi ambil dia balik.  Yang ummi ayah tak tahan tengok tu, siap nangis dengan juraian air mata lagi.  Uwais, Uwais.
9)      Uwais sangat rapat dengan opah dan aki. Bila waktu petang je, Uwais meragam sikit dengan ummi . Bila opah aki atau ayah sampai rumah, seronok sangat Uwais.  Yelah, ramai yang melayan. Aki plak suka bawa Uwais ronda luar rumah. Bila letih meronda, Uwais akan ditidurkan opah plak.  Bila nangis, nak ayah. Ummi? Memang tak laku di mata Uwais bila semua orang ada kat rumah..uwaaaa. kecil hati ummi tau.
10)   Uwais suka Quran ummi . Kalau ummi baca, dia pun nak pegang macam ummi pegang. Ummi ayah ada belikan Uwais soft book alif ba ta, tapi Uwais tak minat. Tetap nak Quran ummi juga. InsyaAllah, moga ummi dapat bentuk Uwais menjadi generasi al-Quran ye.
11)   Uwais sekarang hampir 100% pakai cloth diaper. Alhamdulillah. Rasa macam dah sebulan juga ummi tak beli pampers. Uwais pun dah serasi. Tiada lagi ruam atau merah celah peha bam bam.
12)   Uwais kalau menyusu dengan ummi, mesti pandang mata ummi. Alahai, sayangnye dia. Nikmat betul menyusukan anak.  Tangan Uwais mesti genggam tangan ummi.  Comel sangat.
13)   Uwais sekarang mengigit bila menyusu, siap tarik lagi.  Bila ummi buat –buat nangis atau cakap `aduh`, Uwais akan gelak.
14)   Alhamdulillah, sudah 5 bulan Uwais minum susu ibu secara eksklusif. Lagi sebulan saja lagi sebelum introduce solid food. Uwais juga tak pernah minum air masak. Uwais tak pandai minum susu ummi dari botol.  Syringe pandai.
15)   Uwais sangat kuat bersembang.  Bila semua orang bercakap, Uwais pun akan join sekali. Alhamdulillah, Uwais ini peramah orangnya. 

Ok Uwais, sebenarnya banyak lagi kalau ummi hendak senaraikan, tapi cukup sekadar ini sahaja ye sayang.  Nanti, pasti Uwais tersenyum bila membacanya suatu hari nanti. Apa yang penting Uwais? Macam biasa, tiada lagi benda lain yang ummi ayah harap kan dari Uwais selain menjadi anak yang soleh, musleh, dai`e dan murabbi.

Ummi dan ayah sayang Uwais al-Qarni.

^__^

Pesan Ummi: Tunggu 6 bulan ye sayang. Ayah kata, tiada toleransi. Hehe.  Dengar cakap ayah tau.

February 11, 2011

Prinsip Ummi & Ayah

Assalamualaikum,

Nanti Uwais jangan jemu membaca coretan ummi ayah di sini tau. Seperti ummi yang tak jemu mendengar kisah Opah dan aki membesarkan ummi.  Boleh kata kalau Uwais  Tanya ummi tentang bagaimana ummi membesar, pandai berjalan umur berapa, mesti ummi boleh jawab…Sebenarnya ummi nak cerita benda lain ni kat Uwais, tapi termasuk bab lain.

Ummi cuba sampaikan dengan cara terbaik ye Uwais tentang perkara ini. Uwais tahu kan ummi ini anak perempuan sulung opah dan aki? Eh, mestilah tahu..hehe.  Jadi cara ummi membesarkan, menjaga dan mendidik Uwais mestilah sepertimana Opah dan aki membesarkan ummi.  Sebab itu lah penting dalam pemilihan seorang isteri kerana kehidupannya banyak dipengaruhi keluarganya. Lagipun, dia yang akan mendidik anak-anak nanti. Dalam bab ini, pasti ada perbezaan antara ummi dan orang lain.  Penyelesaiannya amat mudah iaitu, harus saling hormat menghormati selagi tidak melanggar batas syarak.  Betul tak Ustaz Uwais al-Qarni? Betul kan?

Dalam menangani perbezaan ini, ummi ayah sangat bersepakat dan sekepala dengan apa yang kami inginkan untuk anak-anak.   Walaupun background ummi ayah sangat berbeza.  Ayah juga sangat menghormati setiap keputusan ummi , kerana bagi ayah, ummi adalah ibu kepada anak-anaknya.  Lebih memahami keperluan mereka. Bertuah ummi dapat suami macam ayah.  Kami raikan perbezaan ini dengan bersepakat.

Ayah selalu ingatkan ummi, walau apa pun orang lain nak kata, ummi ayah kena berpegang teguh dengan prinsip yang telah kami sama-sama gariskan.  Buat pengetahuan Uwais, sebelum abang `Ukasyah lahir lagi, ummi ayah sentiasa berbincang, bagaimana kami mahu membesarkan kalian semua?  Kalau bab mentarbiyyah, lagi panjang berjela kami berbincang.  Jika anak-anak berbuat begini atau begitu, apa yang kita harus lakukan? Dan dalam perkara ini, sudah tentu opah dan aki menjadi rujukan ummi ayah.

Namun begitu, bukan semua boleh faham dan hormati prinsip ummi dan ayah ini.  Ada yang provoke ummi ayah, tapi kami bersabar dan bertahan.  Walaupun, ummi hampir tersungkur, namun ayah papah ummi kembali.  Ini semua rencah dalam kehidupan.  Pesan ayah pada ummi, usah memberi  ilmu pada yang tak mampu memahami.  Kalau tak silap ummi, ayah cakap dari Saidina Ali. Nanti ummi confirm kan balik ye Uwais.  Ummi pun tak ingat sangat. Harapan ummi ayah, ada yang membaca dan memahami.  Ummi ayah tak tahu lagi cara yang terbaik untuk menyampaikan padanya.

Alah, dah panjang berjela ummi cerita, Uwais faham tak ni? Buat-buat faham jelah ye sayang. Benda ni applicable  untuk anak-anak ummi je tau.

Menyusukan Uwais dengan susu ibu secara eksklusif selama 6 bulan. Meneruskan penyusuan susu ibu sepenuhnya sehingga umur Uwais 2 tahun tanpa susu formula. No solid food sebelum umur Uwais 6 bulan. Tidak perlu buai untuk Uwais tidur ye. No pacifier for Uwais.  

Ok Uwais, ummi ayah tak nak tulis lagi ni. Cukuplah mengerti perasaan ini. Hihi.Sayang sangat abang `Ukasyah dan Uwais tau.

Pesan Ummi: Uwais nak tahu tak, pak long, ummi, khaulah dan pak cu semua fully breastfeed dengan opah tau.Opah yang beri semangat, motivasi dan menghulurkan bantuan kepada ummi dan khaulah di dalam misi menjayakan penyusuan susu ibu secara eksklusif  buat cucu-cucunya.  Semua cousin ummi pun menyusukan anak hanya dengan susu ibu.  Alhamdulillah, family ummi semua support BF.  Bila berkumpul, semua buka kilang susu asli. hehe..Nanti ummi nak menantu-menatu dan anak-anak perempuan ummi juga begitu.  Ayah juga pemberi semangat pada ummi.  Bak kata ayah, menyusukan anak ini juga jihad.  

NEW ARRIVAL @ U KIDS MART

Jom membeli belah di U KIDS MART..

Bon Bebe 3-piece Set (RM 35)


Carter`s 2-piece Set (RM35)




February 10, 2011

Nikmatnya Menjadi Ummi



Assalamualaikum

Uwais, ummi gembira sangat menikmati setiap detik sebagai seorang ibu..Melihat setiap development Uwais..Perubahan yang berlaku pada Uwais…Alhamdulillah, ummi bersyukur sangat pada Allah kerna memberi ummi peluang kali kedua menjadi seorang ibu..Bukan saja untuk kedua kalinya, tapi ummi harapkan yang ketiga, keempat, kelima, keenam dan seterusnya…

Suatu hari nanti, bila Uwais jadi ayah, pasti Uwais akan mengerti perasaan ummi dan ayah…Bilamana abang `Ukasyah tiada, ummi ayah sungguh rindu untuk mentarbiyyah seorang anak…Sunyi sangat hidup kami berdua…Seperti tiada lagi warna dalam kehidupan ini…Hidup ummi ayah bertemankan air mata…Sungguhpun hati ini redha, namun kenangan-kenangan bersama abang `Ukasyah itu sukar untuk ummi ayah lupakan…

Semalam, ummi terbaca beberapa blog ummu ahlul jannah…Itu yang ummi terkenang kembali kisah abang `Ukasyah..Bila ummi baca kisah ibu-ibu yang diuji Allah ini, terbit rasa kagum di hati ummi…Sungguh, kadang-kadang ujian yang mereka lalui lebih hebat..Sampai ummi tak sanggup membayangkan jika ummi di tempat mereka…Banyak pengajaran dan tauladan yang ummi dapat kutip dari kisah mereka…

Ada ummi terbaca kat mana entah..Ummi tak pasti…Penulis menulis, kalau tak buat begini, pasti tak jadi begitu…Ummi rasa, jika kita `ber KALAU ` selalu,ianya hanya akan lebih melukakan hati…Akan menunding jari pada orang lain atau menyalahkan diri sendiri..Seperti juga tidak redha dengan ketentuan Allah…Apa lagi yang lebih baik selain menjadikan ujian itu sebagai titik tolak kepada perubahan diri…Jua melakukan anjakan paradigm dalam kehidupan ini…Sekadar pendapat ummi je…

Ok Uwais, sudah terbayar hutang ummi untuk mencatat kisah perjalanan ummi ayah bersama anak-anak..hihi…Kalau begini nikmatnya menjadi seorang ibu, ummi cancel lah perancangan untuk sambung Master dan kembali bekerja…Cadangan dipertimbangkan lepas Uwais dapat adik ye…Ok, cadangan ditutup…hehe..

Pesan Ummi:
Uwais anak yang soleh lagi musleh serta berdaya guna ye..Jaga akhlak dan peribadi…Bakal dai`e, murabbi…

February 2, 2011

New Arrival, New Order System @ U Kids Mart


Assalamualaikum,
Mulai hari ini, U Kids Mart akan beroperasi dengan sistem baru yang lebih sistematik.  Alhamdulillah, setelah Mawaddah dan Hafiz bertungkus-lumus tak tidur malam, akhirnya siap juga. InsyaAllah, lebih banyak masa Mawaddah selepas ini sebagai hamba Allah, isteri kepada En Hafiz yang selalu oncall (abang kata tak, tapi macam setiap minggu je rasanya), work-at-home mom, ibu yang menyusukan anak secara esklusif.

Sistem terbaru ini juga memudahkan customer untuk shopping di U Kids Mart (nanti Mawaddah buat entri khas ye tentang ini)...
1) GAP Pyjamas




(12-18M, 18-24M, 2Y, 3Y, 4Y, 5Y, 6Y)

2) CARTER`s 5-in-1 Romper


(3M, 6M, 9M, 12M)

3) CALVIN KLEIN 3-in-1 Romper


(3M, 6M, 9M)

4) HUG ME Adjustable Infant Wrap


(Free Size)

5) GAP Baby Tights 

(0-3M, 3-6M, 6-9M, 9-12M)


p/s: Ada dress untuk baby girl, tapi masih belum upload lagi...