Abu `Ukasyah

Abu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Abang, Happy Anniversary

Abang, Happy Anniversary


Kedai Mawaddah & Hafiz

Ummi ayah sentiasa merinduimu sayang..

Powered by Blogger.

January 5, 2010

Rahmat Allah...

Buat permata hati ummi tersayang, ummi telah menyelesaikan `presentation research proposal` ummi…Akhirnya, selesai juga dengan jayanya…Sepatutnya Ummi `present` pada 15 Disember 2009, sehari selepas pemergian kamu…Pada hari `Ukasyah kembali kepada Allah, Ummi sedang sibuk dengan persiapan untuk `presentation` ini…Pening kepala juga…Tetapi, selepas diuji oleh Allah, seolah-olah, mudah sungguh untuk ummi bersedia…InsyaAllah `Ukasyah, walaupun Ummi diuji sebegini, tetapi Ummi masih banyak menerima hikmah-hikmah dan nikmat di sebalik ujian ini…Ummi juga tidak sangka dapat buat dengan baik sekali sedangkan ummi hanya `touch up slides` pukul 5 pagi tadi sebab semalam ummi hantar khaulah, adik Mus`ab, opah dan aki ke KLIA…Sampai di Kuantan, pukul 2 pagi…Jadi, ummi tidur dulu sebab kepenatan…

Gementar juga, kerana hanya Ummi yang `present` sebab semua kawan-kawan Ummi telah selesai….Menerima respon yang baik dari Dekan, pensyarah-pensyarah dan juga `supervisor` Ummi terhadap `research` ini, membuatkan semangat Ummi bangkit kembali…Apatah lagi pabila mereka mengatakan bahawa research ummi ini patut di `publish`…Ye sayang, ummi tidak akan putus asa…Ummi juga tahu `Ukasyah sentiasa mahukan Ummi yang dahulu, muncul kembali bangkit dari kesedihan…InsyaAllah, ummi akan berusaha `Ukasyah…Sedangkan `Ukasyah mempunyai jiwa yang kuat, inikan lagi Ummi yang melahirkan kamu….Ummi seharusnya punya jiwa yang kuat kerana telah melahirkan seorang ahli syurga seperti `Ukasyah… Ummi ayah sentiasa menantikan detik-detik dimana Ummi, ayah dan `little mujahid and Mujahidah` bertemu kembali dengan `Ukasyah di Jannah… Berbahagialah `Ukasyah di sana…Ummi redha sayang…

~Ummu `Ukasyah~

4 comments:

  1. slm Ummi 'Ukasyah, tahniah atas kekuatan anda..insyallah pasti hikmah & nikmat ALLAH xpernah putus...'Ukasyah pasti bangga punya ummi yg tabah...

    ReplyDelete
  2. salam..tahniah kak mawaddah..=)..teruskan berjuang k..kami mendoakan kejayaan akak..alfatihah untukmu 'ukasyah..

    ReplyDelete
  3. Salam,
    I do understand your pain. Sabarlah...
    Dia dah pergi ke tempat yang much-much better now. Kita yang tinggal hidup kena terus...

    Moga Allah bagi kekuatan untuk tempuh hari-hari mendatang... amin~

    ReplyDelete
  4. Sedangkan `Ukasyah mempunyai jiwa yang kuat, inikan lagi Ummi yang melahirkan kamu….Ummi seharusnya punya jiwa yang kuat kerana telah melahirkan seorang ahli syurga seperti `Ukasyah…

    hebat kata2 seorg ibu mujahidah yang redha.
    miga adik mawaddah dan hafiz tabah, Allah maha melihat kesabaran kalian.

    ummu aisha
    kajang

    ReplyDelete