Abu `Ukasyah

Abu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Abang, Happy Anniversary

Abang, Happy Anniversary

Kedai Mawaddah & Hafiz

Ummi ayah sentiasa merinduimu sayang..
Powered by Blogger.

May 31, 2009

Target Cinta


Kesian ayah tengok blog anak ayah ni. Lama sungguh ayah tak menghiasi blog baby dengan tulisan kasih ayah. Minta maaf ayah pohon pada baby yang semakin kuat menendang perut ummi. Sehingga berombak jadinya perut ummi bila anak ayah ni hendak bermain. Aktif seluruh kaki dan tangan baby bergerak sebagai tanda hendak bermain dengan ayah. Kesian ummi menanggung segala tendangan, pusingan, tumbuka dan geli anak ayah ni. Bersungguh betul anak ayah nak main. Alhamdulillah, itu tanda baby sihat walafiat.

Entri ini ayah tulis untuk memenuhi hajat kawan ayah yang meminta ayah berkongsi pengalaman tentang persiapan ayah sebelum berumah tangga. Bukanlah ummi dan ayah orang yang banyak ilmu untuk dicurahkan pada orang lain, tetapi pengalamanlah yang banyak mengajar kami erti kehidupan yang sebenar. Realiti sebenar percintaan dan bukan fantasi rekaan.

Detik awal perhubungan kami bermula sejak dari tingkatan 4 lagi dan sejak tu jugalah kami telah menetapkan matlamat untuk berkahwin pada umur 20 tahun. Dan boleh dikatakan kami telah bertunang pada waktu tersebut unofficially kerana paklong dan opah telah merestui hubungan kami. Dan bermulalah segala kisah suka duka kami bersama sepanjang sebelum perkahwinan.

Untuk mencapai target perkahwinan sewaktu umur 20 tahun bukan sesuatu yang senang untuk digapai. Bukanlah sesenang memetik jari dan semuanya termakbul di depan mata. Banyak dugaan yang terpaksa ditempuhi sehinggakan terasa tiada lagi harapan untuk kami melangkah setapak lagi dalam hubungan kami iaitu berumah tangga. Tetapi alhamdulillah, berkat kuasa Allah yang tidak diduga, impian kami termakbul dan berdirilah sebuah lagi baitul muslim semasa kami berumur 21 tahun. Hanya Allah sahaja yang mampu mengubah segalanya buat kami berdua.

Bukanlah niat ayah ingin menceritakan tentang percintaan kami dalam entri kali ini tetapi berhajat untuk berkongsi matlamat hubungan ayah dan ummi suatu ketika dahulu. Dan seperti yang kita tahu matlamat tidak menghalalkan cara. Walaupun matlamat kita betul dan baik, tetapi cara kita mengharungi percintaan itu mestilah mengikut segala lunas syarak yang ditetapkan. Itu yang paling penting.

Matlamat ayah berkawan dengan ummi hanyalah satu, ingin berkahwin dengan ummi kelak. Dan niat itulah yang selalu ayah pegang sebelum memulakan langkah untuk mendekati ummi. Mengikut perancangan ayah sendiri, ingin saja mendekati ummi hanya selepas SPM selesai, tetapi perancangan Allah mengatasi segala-galanya. Takdir menentukan ayah memulakan langkah seawal kami masih di tingkatan 4. Takdir yang terjadi secara tidak sengaja dan mengubah segala-galanya.

Sebenarnya matlamatlah yang memandu ummi ayah untuk berdiri teguh menempuhi segala ujian yang datang dari yang Maha Pemberi Ujian. Sekiranya kami tidak bermatlamatkan untuk mengakhiri berhubungan kami dengan perkahwinan, mungkin tidak sampai setahun pun malah sebulan pun hubungan kami ini. Dan mungkin juga kami akan selalu keluar berdua-duaan kerana tidak memikirkan akibatnya kepada kami nanti.

Matlamatlah yang sebenarnya mampu menjadikan kami komited dan bersungguh dalam mengharungi segala dugaan yang datang. Dan insyaAllah dengan niat juga kita mampu meraih pahala dari Allah walaupun sebelum kita menunaikannya.

Kepada anakku pabila dewasa kelak, perbetulkan niatmu dalam melakukan segala sesuatu dan insyaAllah perbuatan kita tidak akan disia-siakan oleh yang Maha Teliti.

May 30, 2009

Catatan Seorang Bakal Ummi..

Salam buat pembaca blog buatmu anakku…moga kalian semua berada di dalam keadaan yang sihat dan dirahmati Allah…

Minggu depan adalah minggu terakhir clinical posting ummi di psychiatric ward…Ini bermaksud dah sebulan lebih ummi posting…Ummi rasa sangat bersyukur kerana mampu mengharungi segala cabaran…erm macam besar sangat je cabarannya tu kan…Kadang-kadang tu terusik juga emosi ummi dengan soalan-soalan dan kata-kata yang langsung tak mendoakan kebaikan dan memberikan semangat…

  • “Boleh ke kahwin waktu belajar?”
  • “Boleh mengandung ke?”
  • “Nanti mesti kamu hantar anak balik kampung kan…bagi mak ayah kamu jaga”
  • “Sekejapnya maternity leave yang kamu dapat…nanti bleeding…sekarang kamu muda, dah tua nanti kamu rasalah sakit-sakit badan”
  • “Kamu tak rasa penat ke posting waktu pregnant”
  • “Nanti kamu kena extend lah ye”
  • “Boleh ke belajar kalo dah kahwin dan ada anak?”

Soalan-soalan di atas sering diajukan kepada ummi sewaktu ummi posting di Emergency department, OT dan Psychiatric Ward…boleh kata setiap staff nurse akan mengajukan soalan yang sama kepada ummi…hampir semua…setiap hari…bayangkanlah, bagaimana ummi terpaksa menjawab setiap soalan setiap hari…siap ada yang kutuk-kutuk, argue lagi…

Ummi tak faham mengapa, kenapa orang-orang di luar sana berfikiran negatif terhadap `early marriage`…Ummi tak mengatakan bahawa `early marriage` itu yang terbaik kerana pada umur apa sekalipun jodoh kita ditakdirkan, itulah yang terbaik buat diri kita…Allah Maha Mengetahui…

Ummi dianggap macam seorang alien kerana berkahwin awal dan pregnant…keputusan untuk berkahwin ini bukan satu gesaan tapi atas kesedaran memenuhi tuntutan deen…andai perkahwinan itu mampu memberi manfaat kepada Islam, WHY NOT???

Alhamdulillah `early marriage` bukanlah sesuatu yang asing di UIA…UIA amat menggalakkan perkahwinan…lecturer-lecturer ummi sangat memberikan semangat dan motivasi kepada ummi…free consultation untuk baby ummi ini…lecturer2 dan clinical instructor ummi sangat bahagia mendapat perkhabaran bahawa ummi akan dapat baby…Mengapa mereka masih mahu mempersoalkan, sedangkan pregnant bukan something yang illegal di UIA…

Maternity leave yang ummi dapat hanyalah 2 minggu…Due date ummi 09/09/2009…14/09/2009 adalah tarikh bermulanya cuti raya…kalo ummi bersalin awal, ada cuti lebih kurang sebulan…kalo bersalin on time, ummi masih ada cuti raya selama 2 minggu…Semuanya telah ummi plan dengan baik agar ummi tak banyak tinggal kelas nanti…segala assignment akan disiapkan sebelum ummi bersalin…untuk group assignment akan ummi usahakan sebaik mungkin untuk memberikan sumbangan….untuk kelas2 yang ummi tak dapat hadir, ummi akan minta sahabat-sahabat ummi send lecture notes via email…sekurang2nya sewaktu ummi dalam pantang, ummi juga dapat study…research proposal akan disiapkan lebih awal…ummi dah mula buat sekarang walaupun masih blur lagi…

Ummi doakan Allah permudahkan proses bersalin nanti, agar ummi cepat sembuh untuk kembali berjuang di medan ilmu…ummi tak mahu fikirkan segala yang negative walaupun ada yang tak setuju berpantang hanya sekejap…pokoknya, kita hanya mampu berusaha, Allah yang akan menentukannya…masih banyak tanggungjawab yang hendak dilunaskan nanti…Ummi juga seorang student nurse….insyaAllah ummi juga tahu tentang post-partum care…akan ummi manfaatkan segala ilmu yang ummi belajar dalam Obstetric…

Tentang menghantar baby ke kampung tak pernah langsung terlintas di hati ummi…Ummi dan ayah dah berfikir bahawa seandainya kami tak mampu menjaga sendiri baby kami, maka kami tidak akan mengambil keputusan untuk mempunyai baby di waktu ini…Ummi dan ayah akan menjaga dan mentarbiyah sendiri baby kami ini…ummi akan breastfeed baby sepenuhnya…

InsyaAllah ummi dan ayah dapat membahagikan masa dengan baik…segalanya perlukan persediaan bukan…ummi dan ayah telah membuat persediaan selama setahun selepas berkahwin untuk mempunyai baby…bukan kewangan menjadi persolan, tapi mampukah kami mendidik zuriat kami menjadi anak yang soleh dan musleh??? Persediaan selama setahun tak bermakna kami akan perfect, tapi akan kami sentiasa memperbaiki kelemahan dalam usaha menjadi ummi dan ayah yang terbaik…

Buat pembaca di luar sana…kami mohon, andai kalian bertemu dengan kenalan seperti kami, lontarkanlah kata-kata yang baik…ajukanlah soalan secara berhikmah…doakan yang terbaik buat keluarga kami…berikan semangat yang tak berbelah bahagi…kami ibu bapa muda…bertungkus-lumus memberikan yang terbaik buat zuriat kami…bantulah kami…jangan lemahkan semangat kami…andai tidak bersetuju dengan `early marriage`, bukalah minda, tanyalah iman…jodoh pertemuan bukan di tangan kami…kami tak bersalah…takdir ini telah Allah catatkan buat kami…

p/s: Mawaddah minta maaf jika entry ini sangat sarat dengan catatan yang beremosi…sekadar mengurangkan bebanan perasaan yang menggunung…berkongsi pengalaman dan mengambil pengajaran…

May 16, 2009

Tag from Ibu Darwisy

Rules: Here’s a chance to see how well you really know your husband. The real challenge is to send it to your husband to see how right you really are.


1. He’s sitting in front of the TV, what is on the screen?
CSI bila ada ASTRO lah... kat umah kami takde ASTRO.hehe.sebenarnya, abang lebih suka membaca dari menonton TV...

2. You’re out to eat; what kind of dressing does he get on his salad?
Abang tak perlu letak dressing atas salad...dia makan je...suamiku ini simple orangnya...

3. What’s one food he doesn’t like?
Jering, petai dan yang seangkatan dengannya...tapi semenjak kawin dengan mawaddah ni, dah favourite sambal jering yang mawaddah masak...sampai breakfast pun makan jering...hehe...

4. You go out to eat and have a drink. What does he order?
Ais kosong atau tea "o" ais limau...

5. Where did he go to high school?
Mestilah Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar, Kuala Pilah, N9...

6. What size shoes does he wear?
Satu saiz lebih besar dari mawaddah...abang pakai saiz 7 atau 8...

7. If he was to collect anything, what would it be?
Buku-buku berkaitan dengan bussiness atau buku-buku yang ilmiah...

8. What is his favorite type of sandwich?
Abang suka ke makan sandwich???abang lagi suka makan nasi...

9. What would this person eat every day if he could?
Makanan yang ada cili atau pedas-pedas, sangat menaikkan selera abang untuk makan...

10. What is his favorite cereal?
Cereal???abang suka makan madu je...tak pernah plak abang sukakan cereal...

11. What would he never wear?
Baju yang terlalu vogue atau bergaya...abang suka baju yang kemas dan simple je...abang takkan pakai baju warna pink...waktu kawin pun terpaksa pakai...tapi cute ape abang pakai pink..hehe..

12. What is his favorite sports team?
Abang cam tak minat sports je...dulu minat Pasukan Hoki Malaysia...zaman Mirnawan Nawawi sebab abang pemain hoki sekolah waktu kat STJ.

13. Who did he vote for?
I guess you all will know...bulan yang terang...

14. Who is his best friend?
Tak tahu yang mana satu...abang banyak kawan sangat...

15. What is something you do that he wishes you wouldn’t do?
Merajuk dan menangis...

16. What is his heritage?
Cina dan Indonesia....nenek sebelah ayahnya cina dan keluarga sebelah ibunya masih ramai di Bukit Tinggi, Indonesia...

17. What is his favourite colour?
For sure, it is green...kini warna coklat menjadi pilihan kami berdua memandangkan ianya bukan warna pink atau hijau...adil la kan..

18. What is his habit?
Menyakat mawaddah dan baby boy kami...slalo kaco baby...

19. What is he proud of?
His wife, his baby and our family, i guess it is right..

20. Lastly, do you think he will read this?
Definitely...because he loves our blog soooo much...

p/s: Abang, sila komen ye kalo sayang tersalah...hehe..

May 9, 2009

Baby Balik Umah Atuk Nenek

Salam buat pembaca semua...

Kini ummi berada di rumah mak mentua ummi di Tampin, N9...dah lama ummi ayah tak balik cni...Sepanjang berada di sini, baby banyak sangat makan ye...atuk belikan satay...cam tau2 je ummi dan baby mengidamkan satay...malam semalam ummi makan 2 pinggan nasi dan 10 cucuk satay...dahsyat betul sebab sepanjang pregnant ni, nak makan nasi 2 suap pun bukan main payah...walaupun ayah berulangkali memujuk ummi...nenek pun masak sedap...baby, mari kita sama-sama berusaha naikkan berat badan kita...hehe...baru-baru ni ummi timbang berat ummi, tp baru naik 1kg, tu pun tak reach lagi pre-pregnancy weight...

Baby sangat excited berada di umah atuk dan nenek ye...ummi kan hafal sangat rutin baby ummi ni...baby tido kejap je waktu malam...pastu, rehat kejap-kejap je...baby ummi tak penat-penat bergerak...beberapa kali baby ummi telah menendang dengan kuat sampai ummi senak perut...cam nak nangis ummi dibuatnya tau...apalah yang anak ummi buat kat dlm perut ummi ni...ummi rasa baby rindu sangat kat atuk dan nenek...mungkinkah baby ummi ni melompat excited? mungkin juga kan...takpe...nnti bila dah abis posting, kita balik umah atuk nenek lagi ye...

Jazakumullah kepada atuk nenek yang merai ummi...gembira melihat perut ummi yang memboyot ni...hehe..ummi pasti atuk dan nenek tak sabar nak jumpa dengan cucu sulung mereka ini...baby kena jadi cucu yang soleh lagi musleh tau...doakan atuk nenek dan makcik-makcik baby supaya mereka dirahmati Allah sentiasa...Mak Lang nak mendaftar kat KUIS ari isnin ni...baby doakan urusan Mak Lang dipermudahkan Allah ye...tahniah Mak Lang...baby tak dapat nak hantar Mak Lang mendaftar...kalo ada masa, baby akan ziarah Mak Lang di Bangi...Mak Lang jangan sedih tau...baby cayang sangat kat Mak Lang...Ummi, ayah dan baby pun sayang kat semua...

p/s: Esok pagi baby nak balik KL plak jumpa Aki dan Opah...pagi Isnin balik Temerloh balik...ayah start posting kat Farmasi Berkat, ummi plak start clinical posting kat Operation Theatre, Hospital Temerloh...Jauh lagi perjalanan baby, ummi dan ayah...moga Allah beri kekuatan pada kami...

Tag from Ummu Huraiyah

Salam, ni tag dari ummu huraiyah...

1)Anda perlu printscreen wallpaper anda tengah guna skrg
2)Bagitau nape anda suka wallpaper tersebut
3)Tag 10 org...

Sebelum ini Mawaddah letak gambar kahwin kami...since kami gi ziarah muzakkir amnan, kami fanatik pula dengan dia...waktu tu tak tau lagi baby kami ni pun baby boy...setakat ini gambar bersama muzakkir amnan menjadi pilihan...mungkin selepas ini, mawaddah akan letak gambar baby boy kami...hehe...rasa tak sabar plak nak menunggu bulan 9 ini...

Mawaddah tak tau nak tag sape lagi...sori...malu nak tag orang...hehe...

May 3, 2009

First Kick for Ayah

“Abang, abang. Rasalah perut sayang ni. Baby tendang kuat sangat”, pujuk ummi.

“Kejap, kejap. Tak rasa pun”, keluh ayah.

“Tunggulah lama skit. Baby ni tak nak tendang plak”, pinta ayah bersabar.

“Aah. Dia dah tendang kuat tu. Abang rasa tak?”, tanya ummi.

“Haah. Rasalah. Kuat betul anak ayah ni menendang ye”, senyum ayah.

Semalam merupakan first kick baby untuk ayah tercintanya. Terasa bahagia menyelinap ke seluruh jiwa merasai tendangan dari darah daging sendiri. Tendangan manja anak buat si ayah yang sentiasa berbual-bual mesra dengan anak kesayangannya. Anak sulung ummi ayah begitu juga cucu sulung buat nenek, atuk, opah dan akinya. Mungkin juga cicit sulung dalam keluarga ummi dan cicit kedua dalam keluarga ayah. Besarnya tanggungjawab baby selaku yang sulung dalam keluarga kedua-dua belah pihak. Tetapi lebih besar lagi tanggungjawab ummi ayah untuk mendidik baby menjadi seorang pemimpin kelak.

Siapalah agaknya yang mengajar baby kuat sangat menendang ni?

Kadang-kadang bila sudah ditrigger supaya menendang oleh ayahnya, tak henti-henti menendang. Semalamlah kemuncaknya bila ummi merasakan tendangan bertubi-tubi selama berjam-jam hingga penat ummi dibuatnya. Penat tetapi penuh kegembiraan kerana anak sulung yang sangat responsive pada perbualan ummi ayahnya. Jejak langkah siapalah agaknya yang diikuti.

Sudah semestinya jejak langkah umminya (jawapan babylah agaknya).

Kenapa pula?

Sepatutnya ikut ayahlah baby boy ni. Bapa borek, anak rintik. Bapa kencing berdiri, anak kencing berlari-lari. Ish. Tak naklah anak ayah ni ikut kelakuan tak baik ayah. Biar yang baik-baik sahaja yang baby ikut ye. Janganlah ikut benda tak baik yang ayah buat. Contohnya malas (malas sungguh diri ayah ni. hehe).

Opah semasa mengandungkan ummi, rasa apa yang ummi rasa sekarang. Ummi merupakan anak opah yang sangat aktif semasa di dalam kandungan. Paling aktif berbanding adik-beradik ummi yang lain. Sehingga orang lain mengatakan yang ummi merupakan anak lelaki. Aktif sungguh ummi ni ye. Mungkin sebab itulah ummi jadi atlet berjaya semasa di sekolah rendah dan menengah dulu.

Kalau nak dibanding dengan ayah yang tak pernah naik podium ni, memang jauhlah bezanya. Selalunya ayah tengok dari bawah sahaja ummi menerima pingat semasa di sekolah. Pertandingan jarak jauh mahupun jarak dekat. Semuanya pernah ummi menangi. Ish ish. Sedih betul ayah yang tak pernah menang berlari di mana-mana pun. Dapat satu mata semasa merentas desa pernahlah. Itu pun tak tahulah kedudukan ke berapa. Huhu.

“Sekarang, kakngah dah rasa balik apa yang kakngah buat masa ummi mengandungkan kakngah dulu”, kata paklong pada ummi.

“Haah lah along. Mesti ni balasan kat kakngah balikkan”, balas ummi diiringi ketawa kami semua.

Benarlah semua yang kita buat pada ibu bapa kita dahulu akan kita rasai kemudiannya. Walaupun semasa kita masih dalam kandungan dan baru hendak mengenal dunia. Semasa ummi dalam perut opah dahulu, aki pernah cuba memegang siku ummi yang jelas kelihatan pada perut opah. Ummi dengan aktifnya menyiku balik tangan aki yang cuba memegangnya.

Ish ish. Ganasnya ummi ni ye(ummi jangan marah. hehe). Tak mustahil nanti baby pulak yang menyiku tangan ayah bila dah besar dalam kandungan nanti. Kenalah ayah bersedia. Hai…..

May 2, 2009

Our Baby is a BOY !!!

Assalamualaikum,

Beberapa hari yang lepas mawaddah berjanji akan mengumumkan jantina baby kami yang tercinta ini...Majoriti meneka mawaddah pregnant baby girl, cuma mamabalqis yang meneka baby boy...Alhamdulillah, he is a boy...Kami berdua tak kisah sangat sama ada mendapat baby girl or boy...Dua-dua pun kami sayang...Sepanjang pregnant ini, mawaddah dan hafiz slalo berbincang tentang baby sulung kami ini...Kami ingin berikan yang terbaik buat dirinya...Dengan keadaan di Malaysia ini cukup menggerunkan kami yang bakal menjadi Ummi dan Ayah...Banyak sungguh berita tentang bayi yang dicabul oleh ahli keluarga pengasuh...sungguh merisaukan kami...tambahan pula jika kami dapat baby girl...sudah tentulah mawaddah yang cerewet ini terpaksa bertungkus-lumus mencari pengasuh terbaik buat anak kami...Ada juga kami terfikir untuk hantar ke nursery sahaja sebab ianya lebih selamat buat baby kami...kami juga terfikir jika baby ini baby boy, maka urusan mencari pengasuh lebih mudah...erm apa yang kami mamapu buat hanyalah berdoa kepada Allah untuk menentukan yang terbaik buat kami...kami hanyalah manusia biasa...Allah yang tahu yang terbaik...Kami bertawakal...

Mawaddah mengetahui jantina baby kami sewaktu kami menghadiri majlis di mana adik bongsu ku, Baihaqi, menerima anugerah kerana cemerlang dalam PMR. Kebetulan ada Mahrajan Thaqafi (Pesta Ilmu)...ada juga pemeriksaan ultrasound dan medical check-up yang murah dan percuma disediakan di pesta ilmu itu...Apa lagi, mawaddah dan hafiz memang excited sangat nak tahu...Selepas kami melihat adikku menerima hadiah di atas pentas, Ummi Mawaddah (my mother) dan Hafiz menemaniku untuk pemeriksaan ultrasound...Alhamdulillah, rupa-rupanya ummi ada kawan yang sememangnya Pakar O&G di Shah Alam Specialist Hospital...Kebetulan juga dia turut menawarkan diri untuk scan baby kami...

Ingat nak tengok jantina baby je...tapi Dr. ni check semua skali...My mother dan Hafiz masuk skali...Mereka nampak excited sangat bila Dr. terangkan dan tunjukkan satu persatu tubuh badan baby...kepala, mata, hidung, mulut, tangan, badan, kaki, spinal cord...dan yang terakhir sekali Dr. fokus kat baby`s genital...Mawaddah nampak muka Ummi mawaddah dan Hafiz cam blur je...tapi mawaddah dah start tergelak dan mengucapkan `Alhamdulillah`...hehe...Mawaddah dah biasa tengok ultrasound, jadi tahu lah camne nak interprete...lagipun ada belajar gak...Ummi mawaddah dan Hafiz yang blur tadi tiba-tiba tersenyum bila Dr. kata..."Definitely and no doubt, he is a boy"...Makna taknya, jelas sangat nampak penis dan scrotum baby...Waktu tu baby tengah menghadap arah depan dan yang membuatkan kami tertawa apabila Ummi mawaddah bertanya pada Dr.

"Nape dengan kaki dia Dr."

"Erm baby ni tengah terkangkang. Nampaknya baby memang nak show off betul kat semua orang. Sebab tu nampak jelas penis dan scrotumnya.."

Tak malu betul baby mawaddah dan hafiz ni...Nasib baik lelaki...hehe..Waktu tengah scan tu, baby cam tengah tido...yelah waktu nak dekat Zohor, baby kami ni memang kurang aktif skit..Sepanjang hari mawaddah tersengih dan tersenyum sorang2 sampai hafiz tengok cam pelik je..Mawaddah cakap dengan hafiz, ini lah berita yang paling menggembirakan dalam hidup...Dapat keputusan cemerlang pun tak dapat menandingi kegembiraan mendapat berita yang baby membesar dengan sihat dan kejadiannya sungguh sempurna...Kami sekeluarga sangat bersyukur kerana Allah makbulkan doa kami...Allah tahu kemampuan kami...

May 1, 2009

Tahniah Ummi!!


Tahniah ummi!!

Tahniah kerana berjaya mendapat anugerah 'dean's list' semasa AGD nursing di Hotel Vistana, Kuantan.

Tahniah jua kerana berjaya di kala sibuk menguruskan masa sebagai isteri, anak, menantu, pelajar dan insyaAllah bakal ibu kelak.

Alhamdulillah syukur kerana Allah kurniakan nikmatnya pada ummi yang banyak berkorban demi rumah tangga kami. Terima kasih jua pada sahabat-sahabat yang banyak memberikan bantuan dan sokongan di sebalik kejayaan ummi ini. Jazakumullah.

Lama benar ayah tidak menulis di blog anak ayah yang tercinta ini. Banyak sungguh peristiwa yang berlaku dalam hidup ayah dan ummi sama ada suka mahupun duka. Suka kerana banyak nikmat yang Allah kurniakan pada ayah dan ummi termasuklah perkembangan baby yang memberi warna pada kehidupan kami. Duka kerana terpaksa berpisah dengan keluarga angkat yang menjaga ayah dan ummi dengan sebaiknya. Jasa dan kebaikan mereka yang akan sentiasa kami kenang sepanjang hidup kami. InsyaAllah sedikit masa lagi ummi akan ceritakan pengalaman berharga kami di Sik, Kedah.

Bertuah sungguh anak ayah ni ye. Sudah pandai memberikan respon jika ayah atau ummi bercakap-cakap dengan dia. Dan sudah semestinya kata-kata ayahlah yang paling menyeronokkan baby. Kicking hingga terkadang ummi terasa geli di perut. Hehe. Ummi jangan jeles. Baby duduk dalam perut ummi. Selalu jumpa ummi. Sebab tu kalau jumpa ayah dia excited. (ke ayah yang perasan. huhu)

"Baby, tendang ummi",arah ayah kalau ummi kenakan ayah.

"Abang ni!! Janganlah ajar baby tendang ummi", simpati ummi. Hehe.

Walaupun baby tidaklah mendengar arahan ayah untuk menendang ummi di kala ayah bergurau dengan ummi tetapi kadang-kadang baby 'ikut' juga arahan ayah. Anak ayahlah katakan. Baby pun nak tumpang bergurau-senda dengan ummi ayah. Betul tak baby?

Alhamdulillah baby sihat sangat semasa discan oleh doktor pakar di ekspo pendidikan sekolah pakcu Baihaqi, Mahrajan Thaqafi 09. Semoga baby menjadi seorang anak yang soleh, musleh dan berjiwa mujahid kelak. InsyaAllah.

p/s: entry ni Hafiz yang tulis. Jantina baby nanti akan diumumkan oleh Mawaddah. Harap semua bersabar. :-)