Abu `Ukasyah

Abu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Blog Archive

Abang, Happy Anniversary

Abang, Happy Anniversary


Kedai Mawaddah & Hafiz

Ummi ayah sentiasa merinduimu sayang..

Powered by Blogger.

September 22, 2011

Babywearing: Merak Buckle Tai from NeezaNeedles

Assalamualaikum,

Ummi sedang menunggu tibanya Merak Buckle Tai yang ummi order dari NeezaNeedles .  Tak sabarnya sampai ummi dok asyik jenguk Fan Page NeezaNeedles . hihi.. Fabrik yang menjadi pilihan ummi dan ayah untuk Uwais adalah Fabric Chirps by Robert Kauffman with cappuccino brown straps.  Alhamdulillah, ummi puas hati sangat dengan hasil kerjanya. Ummi request untuk buat poket dan Neeza sangat baik hati menambahnya untuk ummi.  

Jika ada sesiapa yang berminat, ummi sangat recommend untuk tempah dari  NeezaNeedles . Harga seperti di bawah ye:

MERAK Buckle Tai:

RM180 – Local fabric


RM195 – Imported fabric


RM150 – Own fabric



kredit gambar pada NeezaNeedles

kredit gambar pada NeezaNeedles

September 20, 2011

Sanah Helwah ya Uwais al-Qarni


(entri yang lambat diterbitkan atas faktor kekangan masa)

Sanah Helwa ya Uwais al-Qarni…

Ummi ayah sentiasa dan tak akan pernah jemu mendoakan agar  Uwais al-Qarni menjadi anak ummi ayah yang soleh lagi musleh.  Punya akhlak dan budi pekerti yang baik. Hatta, ummi ayah telah menjadikannya sebahagian dari percakapan seharian.  Setiap hari, setiap kali bercakap dengan Uwais al-Qarni, pasti saja perkataan ‘soleh’ meniti dibibir ini, biar ia menjadi do`a buat anakanda kedua ini.

Setiap kali memanggil, “Uwais al-Qarni anak yang soleh”.

Bila memujuk, “Uwais al-Qarni kan anak ummi ayah yang soleh”

Bila geram manja pun, ““Uwais al-Qarni ni solehhhh sangat”

Bila mainan bersepah, “Anak yang soleh, mari sama-sama tolong ummi kemaskan ye”.

Apa lagi harta yang paling berharga untuk dimiliki,  melainkan memiliki anak yang soleh.

Alhamdulillah, syukur atas rahmat dan nikmat Allah yang infiniti.  Dikurniakan Uwais al-Qarni sebagai pengubat hati. hadirnya mengubat duka, tawanya penghilang lara Hadirnya selepas 8 bulan 28 hari pemergian `Ukasyah.  Jarak kelahirannya, setahun 2 minggu dari mujahid sulung. Kehadirannya suatu keajaiban , tanpa ummi ayah sedari.  Kewujudannya membuatkan ummi ayah melihat dengan mata hati betapa besarnya keagungan dan kekuasaan Allah.  Sungguhpun perit melalui hari-hari tanpa `Ukasyah, namun tak sampai sebulan pemergiannya, Allah hadirkan Uwais al-Qarni dalam rahim ummi. Saat ketahuan, ummi menggigil dan menangis kegembiraan.  Ummi ayah bersyukur, Allah beri nikmat yang tidak terhingga.  Beri peluang untuk ummi ayah menjadi ibu bapa sekali lagi.  Alhamdulillah.

Anak-anak ummi ayah harus punya jiwa yang kuat, sekuat yang mungkin supaya dapat berjihad di jalan Allah. Supaya betah untuk hidup susah.  

Selamat Hari Lahir yang pertama anakanda Uwais al-Qarni.  Semoga membesar menjadi seorang dai`e ilallah. Tak lupa juga, semoga Uwais al-Qarni thabat dan qawi di atas jalan ini...


Ummi ayah sayang Uwais al-Qarni kerana Allah…^__^

Love you…

p/s: ada banyak gambar waktu sambutan hari kelahirannya.insyaAllah, nnti ummi upload ye...

September 15, 2011

Potret Raya: Ummi & Uwais al-Qarni


Pada perkiraan ummi, ini adalah satu-satunya gambar raya yang okay.  Gambar ini kena pada sudut pandang mata ummi, pandai sungguh cousin ummi ayah, makngah siti farhanah yang menangkapnya.  Gambar-gambar yang lain menampakkan ummi yang comot dan selekeh dengan tudung yang senget benget..adusss tak comelnye... hehe. Sebab mengejar Uwais yang aktif kesana sini.

Tema baju warna coklat gelap.  Ummi tak beli baju raya. Ummi tak pakai baju kurung mahupun jubah.  Pakai baju yang ummi selalu bawa berjalan (mini dress+skirt labuh). Ummi cakap dengan ayah, tak sesuai ummi pakai macam ini bila beraya di kampung (alasan je sebenarnya dalam hati nak beli baju kurung).  Tapi ayah cakap, "apa salahnya sayang, yang penting tutup aurat".  Terbantut niat ummi. hehe.

p/s: ummi baru je hantar kain-kain baju raya untuk dijahit oleh tukang jahit.  5 pasang kesemuanya.  Ini semua gara-gara beli kain baju untuk jahit sendiri, tapi tak sangka tak sempat nak menjahit atas komitmen kerja di U Kids Mart.  Menghampiri raya, makin sibuk.

September 14, 2011

FB U Kids Mart: CLOTH DIAPERS GIVEAWAY (14-15th Sep 2011)




Assalamualaikum,
Kepada semua pembaca blog `Buatmu Anakku’, sekarang ini sedang berlangsung `CLOTH DIAPERS GIVEAWAY `  di FB U Kids Mart…Abu `Ukasyah, Ummu `Ukasyah dan Uwais sangat berbesar hati menjemput anda semua utk join…

Giveaway ini akan berlangsung selama 2 hari...

Dua pakej hadiah berupa dua keping CD Coolababy Printed Snap+Velcro akan diberikan kepada 2 orang pemenang ye..Kalau ramai peserta, hadiah akan ditambah... Pemenang akan dipilih oleh Uwais al-Qarni...Macam cabutan bertuah..

Syarat-syarat penyertaan:
2) Komen di bawah banner giveaway di FB U Kids Mart (klik disini), "SAYA NAK CLOTH DIAPERS COOLABABY…..".. Sila sambung ayat itu ye..

Slogan yang paling kreatif juga akan mendapat hadiah dari U Kids Mart..

Senang kan..^__^

Pemenang akan diumumkan pada malam ini / esok hari..

Jom join our 1st Giveaway..

HAPPY CLOTH DIAPERING.. ^__^

Anda nak sertai? Jom lawati FB U Kids Mart....

September 9, 2011

Uwais`s 1st Haircut

Model: Uwais al-Qarni
Tukang gunting rambut: Aki
Cameraman: Pak cu
Tukang pegang: Ummi
Tukang sorak: Opah dan Ayah

Pertama kali uwais menggunting rambut dan tukang guntingnya adalah aki. Waktu Uwais baru lahir, aki juga yang cukur rambut uwais. ummi ayah ingat, uwais akan meronta-ronta, tapi rupanya, uwais sgt baik dan memberikan kerjasama...Bila aki berhenti, dia nangis dan merengek minta aki sambung balik operasi menerangkan kepalanya...hehe.. Terpaksalah aki sambung balik...Ummi rasa kan, Uwais suka kerana getaran mesin pemotong rambut itu membuatkan uwais ngantuk.  Sampai kuyu dan layu je mata dia. Uwais syokkkkk  dan termenung je dia..hehe..
.






September 6, 2011

Hippopotamus vs Teeth

Ummi sekadar mencatatkan perkembangan Uwais, agar Uwais dapat membacanya pabila Uwais besar nanti.  Sekarang ni, ummi banyak download application dalam Ipad untuk education Uwais. Salah satunya, flashcard tentang binatang.  

Ummi suka anak ummi kenal banyak jenis haiwan, macam ummi waktu kecil dulu.  Sebab aki kerja PERHILITAN, jadi dari kecil lagi ummi dah baca magazine National Geography. Bila aki bawa ummi pergi pejabat aki, ummi dan pak long akan duduk di library sampai aki habis waktu kerja. Di library pejabat aki banyak sangat buku-buku tentang hidupan liar. Gambar-gambarnya juga sangat menarik tau. 

Aki pun tak pernah jemu bercerita dengan ummi dan adik-beradik yang lain tentang alam ini.  Dek kerana banyak membaca tentang haiwan-haiwan, ummi selalu berfikir.  Dan dari didikan itu, terbit satu kecintaan dengan haiwan-haiwan dan alam semulajadi ni.  Mengambil contoh dari cara didikan aki dan opah kepada ummi, pak long, khaulah dan pak cu, ummi aplikasikan pula pada Uwais. 

Semalam, ummi ayah mulakan sesi pembelajaran Uwais secara informal dan sangat santai.  Bila tunjuk gambar `cat` akan keluar bunyi meowww.  Ummi pun beritahu Uwais, "Meoww macam fifi kan Uwais". Fifi ni kucing peliharaan kami.hehe.  Bila tunjuk gambar `dog`, keluar bunyi `wok wok`. Uwais buat muka terkejut pula sambil cakap, `haaaa`.  Sebab Uwais memang sangat kenal dengan anjing yang banyak di kawasan rumah kami. Bila tunjuk gambar `hippopotamus`, rasa-rasanya Uwais cakap apa?

Uwais cakap, "TEETH"

Aduh anak ummi ayah ni, geli hati ummi ayah tau dibuatnya.  Inginkan kepastian, ummi ayah tunjuk lagi pada Uwais gambar binatang-binatang lain dan akhir sekali bagi Uwais tengok `hippopotamus`.

Dan lagi sekali Uwais sebut, "TEETH".

Jadi memang SAH, Uwais bukan tengok badak air, tapi gigi si badak air.  hehe.  Memang berbakat sungguh nak jadi doktor gigi ni.

Alhamdulillah, sampai juga maksudnya pada anak kecil ini.  Dapat melihat yang tersirat dari yang tersurat.  Hasanta ya Uwais...Ummi ayah sayang Uwais...