Abu `Ukasyah

Abu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Abang, Happy Anniversary

Abang, Happy Anniversary

Kedai Mawaddah & Hafiz

Ummi ayah sentiasa merinduimu sayang..
Powered by Blogger.

November 27, 2010

Uwais al-Qarni: Check-up @ 2 bulan


Uwais al-Qarni, mujahid kecil ummi dan ayah...
Alhamdulillah, pejam celik, pejam celik, ummi ayah tak sedar bahawa Uwais al-Qarni telah berusia 2 bulan setengah…Seperti baru semalam melahirkanmu sayang…Entri ini juga ditulis agak lewat kerna ummi sibuk dengan U Kids Mart…Maafkan ummi ye sayang…

Poliklinik Barakah
Seperti biasa, ummi dan ayah membawa Uwais ke Poliklinik Barakah untuk check-up 2 bulan…Appointment yang dihadiri adalah pada 15 November 2010…Berat Uwais waktu itu sudah 5.1 kg…Tapi sekarang ni sudah bertambah rasanya…Uwais kena injection untuk immunization…Pada mulanya, Uwais menangis, tapi sekejap je…Lepas ummi ayah pujuk, terus Uwais diam…

Perkembangan Uwais
Sekarang ini, Uwais dah pandai macam-macam…Kalau waktu pagi, moodnya sangat baik…Lepas Subuh, asyik nak bersembang…bergelak ketawa lagi dengan semua orang…Mandi pagi tidak boleh lambat, kalau lambat Uwais hilang mood…Uwais juga sudah boleh ditinggalkan, jadi ummi dah boleh siapkan banyak kerja rumah…Tapi bila Uwais perasan ummi tiada di sisi, mulalah Uwais buat pelbagai bunyi untuk memanggil ummi…Uwais ini anak soleh kan…Meragam sikit bila mengantuk di waktu siang sahaja…Bila malam,alhamdulillah, Uwais tidur lena sampai ke pagi…Sehari dua ni ummi perasan, Uwais tidur makin awal, iaitu pukul 9 malam atau lebih…Tapi waktu bangun pagi tetap sama…

Uwais dan Air-cond
Hehe..Ini ummi ada sedikit cerita tentang Uwais ni…Minggu lepas, hari sabtu, Uwais asyik menangis dan meragam je…Ummi, ayah, aki, opah dan yang lain semua tidak dapat mengenal pasti masalahnya…Ummi dok check badan dia…Semuanya ok, tiada masalah…Kembung tidak…Demam pun  tidak…Menyusu pula kurang…Kalut ummi ayah dibuatnya waktu itu…Ummi pula tengah banyak kerja…Dengan order dari customer, nak jumpa customer, stok pula baru sampai dan hantaran pak long yang harus disiapkan…Ayah pula tak study lagi untuk Forensic Exam…Bayangkan, pak long nak bertunang hari Ahad, tapi satu dulang pun tidak siap lagi…Bab hantaran ini, memang kerja ummi dari dulu lagi…Sian pak long, kena turun padang sekali…
Puas sudah semua orang memujuk dan membaca Quran, tapi Uwais tidak reda kecuali bila aki mendukungnya, nampak dia tenang sedikit…Oleh yang demikian, ummi, ayah dan pak long terus bersiap untuk membawanya ke klinik…Yelah, nak puaskan hati…Masuk je kereta, Ummi susukan Uwais…Eh, nak pula dia menyusu…Lepas itu, terus dia lena…Sedikit pun tidak menangis…Rupa-rupanya Uwais panas…Itu je masalahnya…Sebab Uwais nampak Ok, jadi pak long parking depan klinik…Katanya nak potong rambut kejap, kalau Uwais nangis balik, baru ummi ayah masuk dalam klinik…
Sebelah klinik ada kedai elektrik Seng Heng…Dari plan asal nak ke klinik, tukar plan terus beli air-cond…Ayah ambil opah dan aki di rumah, terus order air-cond kat Seng Heng…Drastik sungguh keputusan yang ummi ayah buat kali ini…Boleh kata tak fikir panjang juga lah…Semuanya demi keselesaan Uwais..Itu je dalam fikiran ummi dan ayah…

Manja vs Mendidik
Ummi ayah rasa seperti terlalu manjakan Uwais bila buat keputusan sebegini…Tapi bila fikirkan balik, apa salahnya ummi ayah merai Uwais kan…Yelah, Uwais banyak guna barang-barang dan baju abang `Ukasyah…Sikit je yang ummi ayah belikan untuknya…Waktu abang `Ukasyah, ummi ayah sanggup habis beribu untuknya walaupun ummi ayah masih study lagi waktu tu…Tapi bila dah kerja dan sudah ada duit sendiri, patutnya dapat beri lebih lagi untuk anak…Kiranya, inilah benda paling mahal ummi ayah berikan untuk Uwais…Sebagai ummi ayah, kami cuba buat yang terbaik untuk setiap anak…Supaya kalian tidak merasa perbezaannya…
Walaupun sudah ada air-cond, tapi ummi mengawal penggunaanya…Ummi tidak pasang kalau waktu siang tidak panas….Ummi nampak Uwais ok je….Ummi bukannya apa, mahu juga Uwais merasakan kesusahan…Kalau sudah biasa duduk dalam air-cond je, manjalah anak ummi nanti…Anak-anak ini perlu diajar bersusah juga walaupun dia kecil lagi…Ummi ayah kan mahu Uwais menjadi mujahid…

Meniarap
Uwais sudah boleh meniarap secara rasminya pada 21/11/2010…Waktu itu, ummi ayah singgah di rumah cousin ummi, aunty yaya…Ummi tinggalkan Uwais atas katil sebab ummi nak ambil wudhu`…Bila ummi masuk bilik, ummi nampak Uwais dah meniarap…Kepala pun dah tegak…Ummi terus beri kucupan tahniah padanya…Lepas itu, Uwais pun sibuk buat projek nak meniarap…Ummi ayah seronok menengoknya…Uwais dah pandai meniarap je, tapi nak terlentang balik tidak boleh lagi…TAHNIAH sekali lagi buat mujahid kecil kedua ummi ayah…Uwais memang follow abang `Ukasyah kan…Boleh meniarap bila umur sudah 2 bulan seminggu…Mirip sungguh…

Uwais dah letih..minta simpati untuk diterlentangkan kembali...

Doa & Harapan
Tiada apa yang ummi harapkan dari Uwais al-Qarni selain Uwais menjadi anak yang soleh lagi musleh…Bermanfaat untuk orang lain…Uwais kena tahan susah tau…Untuk menjadi da`ie dan murabbi, perlu banyak berkorban…Ummi ayah boleh beri Uwais kesenangan, tapi ia harus berpada-pada supaya anak ummi yang soleh ini bisa hidup dalam kesusahan dan kesempitan…Ummi ayah akan penuhi keperluan Uwais, tapi kalau bab kehendak, ummi ayah harus pertimbangkan dahulu…Walaupun Uwais masih kecil, tapi ummi ayah yakin Uwais memahami setiap butir bicara kami…Uwais, besar harapan ummi ayah terhadap Uwais tau…Ummi ayah saaaaaaaayang Uwais…

November 24, 2010

Selamat Hari Lahir yang Pertama, Mus`ab

Mus`ab, mumu mesti rindu pada senyumanmu itu...


Mumu dan Mus`ab..waktu ni Mus`ab baru sampai dari Yaman dan tak berapa sihat..dan mumu juga sedang sarat mengandung adik Uwais...

Buat anak kesayangan ummu,selamat hari lahir yang pertama …Semoga Mus`ab membesar menjadi anak yang soleh lagi musleh…Dai`e, murabbi dan pemimpin orang-orang yang bertakwa…Lusa Mus`ab dah nak balik Yaman dengan ummi abah ye…Nanti jangan lupakan Mumu, ayah dan adik Uwais…dan juga abang `Ukasyah yang Mus`ab lawati pusaranya petang tadi…Kalau abang `Ukasyah ada, mesti Mus`ab gembira dapat main bersama kan…Dulu Mumu pernah bercita-cita nak sambut birthday Mus`ab dengan abang `Ukasyah, tapi Allah telah berikan yang terbaik buat abang…

Mus`ab sayang, nanti bila adik dah lahir, Mus`ab kena berdikari …Tolong Ummi dan Abah bila perlu…Pokoknya, Mu`sab kena soleh…Kalau Mus`ab rindu kat ummu, nanti kita webcam …Ummu dan semua di sini pasti merindui keletah Mus`ab nanti…Senyuman menawan Mus`ab..Kalau ada rezeki, ummu jenguk Mus`ab di Yaman ye…Mus`ab doakan ummu murah rezeki tau…Mus`ab tidak akan pulang ke Malaysia selama 2 tahun…Lamanya…Tapi ummu tetap harap Mus`ab dapat pulang atau Ummu dapat ke sana nanti..

Ok sayang,

SELAMAT HARI LAHIR YANG PERTAMA BUAT MUS`AB KESAYANGAN MUMU…MUMU SAYANG MUS`AB…

November 16, 2010

Selamat Ulangtahun yang ke-3


Assalamualaikum,

Uwais al-Qarni, ummi mencuri  masa di tengah malam ini untuk mencoretkan sesuatu mengenai ulangtahun ummi ayah yang ke-3…Bagai mimpi, sudah 3 tahun ummi ayah mendirikan baitul muslim ini…Seperti baru semalam juga ayah menikahi ummi…Buat pengetahuan Uwais, ulangtahun kali ini bukanlah mengundang kegembiraan di hati ummi ayah…Bukan jua terlalu bersedih….Rasa ini sungguh sederhana…Tapi cukup bermakna buat kita semua kan…

Uwais jangan berkecil hati pula dengan ummi ayah tau…Bukan sebab ummi ayah tak gembira dengan kehadiran  Uwais, tapi ummi ayah teringat pada abang `Ukasyah…Tahun lepas, waktu anniversary yang ke-2, kami bertiga keluar ke East Coast Mall, Kuantan…Abang `Ukasyah memang behave sangat waktu tu…Tahun ini, kita bertiga lagi, dengan kehadiran Uwais al-Qarni, pengubat rindu ummi pada abang `Ukasyah…Ummi ayah sangat bersyukur dengan ujian dan nikmat yang Allah berikan kepada kami…Uwais, sebagai ibu yang melahirkan kamu, ummi sangat pasti,  75% sifat dan fizikal kamu  adalah seperti abang…Ummi ayah selalu saja perasan akan perkara ini…

Uwais, hebat sungguh susunan dan perancangan Allah untuk ummi ayah…Jika ummi ayah tidak diuji, masakan mungkin kami menghargai segala nikmat yang telah Allah kurniakan…Allah memilih kita untuk diuji kerna kasihNya yang infiniti…

…………………………………..

Buat suamiku yang tercinta,


Sepanjang 3 tahun ini, ummi gembira di sisi abang…Membina kejayaan  dan kematangan bersama…Melalui liku-liku kehidupan bersama..Jika orang bertanya adakah ummi sesal kerna berkahwin di usia muda? Jawapannya pasti tidak…Ummi bersyukur dengan jodoh ini..Tidak pernah sangka, kawan sekolah akan jadi suami sendiri..Tapi, itulah yang telah Allah takdirkan…Orang yang dahulunya ummi tidak suka ketika sekolah, telah menjadi teman hidup ummi…Perbezaan yang melengkapkan kelemahan ummi…Perbezaan yang menyatukan kami…Dibesarkan dalam dua suasana yang amat berbbeza, kadang-kadang menimbulkan salah faham…Terutamanya buat wanita yang berjiwa sensitive ini…Namun, abang sangat diplomatik dengan ummi…Berkonfrontasi dan mengambil jalan tengah adalah lebih baik…Itulah abang, sungguh sabar menghadapi kerenah isteri…

Buat abang yang dikasihi, terima kasih kerna setia berada di sisi ketika kita diuji Allah…Sesungguhnya, ujian itu membuatkan ikatan antara kita semakin erat bukan…Abang sentiasa berdiri bersama dengan kejayaan yang ummi kecapi…Abang banyak mentarbiyyah  isteri ini…bersama dan seiring, malah lebih lagi dalam DnT….memimpin tangan ini tika diri hampir tersungkur di taman budi dan ilmu…memberi kata-kata semangat supaya jiwa ini kembali hidup… membantu isteri tidak kira masa…memujuk ummi, walau abang tahu ummi tidak akan pernah berhenti menangis…menyokong apa jua keputusan yang baik untuk semua…menghormati ummi sebab kita dibesarkan dengan cara yang berbeza…merai ummi kerana ummi adalah ibu kepada anak-anak abang…Sungguh, ummi tak mampu menyenaraikan segala kebaikan abang pada ummi..sebab ummi rasa abang banyak berkorban untuk ummi…Ummi pula sebaliknya…

Maafkan ummi di atas segala kelemahan yang mungkin tidak ummi sedari..Tegurlah ummi, bimbinglah ummi…InsyaAllah, segala kelemahan akan ummi atasi..Maafkan ummi sekali lagi…

“ABANG, UMMI INGIN UCAPKAN SELAMAT ULANGTAHUN YANG KE-3…MOGA BAITUL MUSLIM DAN BAITUL DA`WAH INI SENTIASA DIBERKATI”

P/S:Kali ini ummi hadiahkan ayah beg jenama Deuter..ayah sangat menyukainya..inilah hadiah yang paling mahal pernah ummi hadiahkan buat ayah...sebab ummi dah ada income sendiri sekarang...alhamdulillah, murah rezeki...Jazakallah juga buat ayah yang buat kejutan untuk ummi...Saja je ye pulang lambat..Ummi risau tau...Rupa-rupanya ayah pergi beli hadiah...Hadiah buat ummi adalah buku `SUCCESS SECRETS EXPOSED`...Siap tulis note dalam buku bersama kad yang bersampul merah jambu...Ayah kata kat ummi, ayah tau ummi suka baca `english book` dan ummi kan baru mengorak langkah memasuki dunia perniagaan...Erm ayah sentiasa sokong apa yang ummi buat kan...Thanx ayah...Love u..

November 11, 2010

WAHM

Ayah dan Uwais, buah hati ummi...


Uwais tertido sambil duduk di pangkuan ayah...Comel sgt..

Assalamualaikum,

Ummi minta maaf sangat kepada Uwais dan ayah sebab ummi sibuk sejak akhir-akhir ini…Ummi rasa serba salah sangat dengan Uwais dan ayah..Ummi baru nak pandai adjust diri sebagai WAHM (work at home mom).  Ianya bukan semudah yang ummi  sangka. Yelah, kalau kerja di pejabat ada waktunya.  Habis office hour, habislah kerja.  Tapi macam ummi, tiada office hour.  Ummi kena pandai mendisiplinkan diri ummi. 

Sekarang ini, ummi akan stay up malam.  Tapi selang sehari saja.  Waktu hujung minggu adalah masa untuk DnT, Uwais, ayah dan keluarga.  Namun, inilah cita-cita ummi kan.  Tidak pernah sangka akan terkabul cita-cita ini.  Ummi ini jenis isteri dan ibu yang suka berdikari.  Ummi tidak suka bergantung harap pada ayah, walaupun ayah mampu sangat nak tanggung ummi.  Ummi suka punya duit sendiri seperti waktu study dulu.  Ummi pun teringin nak drive macam waktu ummi di UIA dulu..Sudah lama rasanya ummi tak bawa kereta. 

Alhamdulillah, ummi bersyukur sangat sebab akhirnya ummi ada business sendiri.  Inilah yang ummi inginkan, berada di rumah bersama Uwais, tapi dapat menjana kewangan keluarga.  Ada yang bertanya, sampai bila ummi akan jadi WAHM.  Ummi pun tidak tahu.  Mungkin sampai anak ketiga dah besar, dah cukup 2 tahun.  Atau lepas ayah sambung master.  Biarlah Allah tentukan yang terbaik buat ummi.  Walaupun begitu, ummi rindu Nursing, course yang ummi ambil dulu.  Rindu nak practice.  Rindu nak study lagi. Tapi, anak dan suami adalah keutamaan ummi buat masa ini.

Ummi cuba untuk manfaatkan masa sekarang untuk mentarbiyyah Uwais juga.  Masa yang ada harus digunakan sebaiknya buat anak ummi kan.  Waktu ini adalah waktu yang paling `crucial` buat Uwais.  Perlukan perhatian dan jagaan yang baik dari ummi nya ini.  

Semoga Allah permudahkan segala niat baik ini. Ameen.


November 7, 2010

Hakikat Sebuah Kehilangan


Mujahid kedua, Uwais al-Qarni...

Mujahid Sulung, `Ukasyah

Assalamualaikum,

Dalam kesibukan dengan U-Kids Online Mart, ummi cuba juga untuk tidak berhenti untuk mencoretkan memori-memori penting bersama anak-anak ummi…Walaupun `Ukasyah telah tiada di dunia ini, namun dia tetap di hati ummi dan ayah selalu…Sebab itu ummi lebih suka menyebut anak-anak berbanding anak…Ingatan terhadapnya tetap segar selamanya..

Entahlah, sejak akhir-akhir ini, ummi kerap kali teringat pada mujahid sulung ummi ini…Pasti ramai yang tidak mahu ummi bersedih, namun itulah hakikat menjadi seorang ibu…Manakan lupa akan anak yang dikandung, disusukan, dan dibesarkan itu…

Alkisahnya, Uwais selalu bangun pagi dengan mood yang sangat baik, bergelak ketawa…Tetapi, pada pagi Jumaat yang lalu, Uwais menangis dan tatkala ayah ummi mendukungnya, sering saja Uwais memandang ke tingkap dan terus merenungnya…Uwais begitu sejak dari pukul 5.30 pagi lagi…Oleh yang demikian, ayah meminta ummi menutup tingkap…Ummi tidak tahu mengapa ayah pinta begitu…Begitu juga dengan ayah…Selepas mendengar permintaan ayah itu, hati ummi terus rasa sebak dan sedih…Entah mengapa, terus asyik ingat `Ukasyah…Mungkinkah `Ukasyah datang menziarahi ummi, ayah dan adik???  Ummi pun tidak tahu….InsyaAllah, kita jumpa di jannah nanti…Akan ummi, ayah dan uwais berusaha kearah itu…Moga Allah beri kami kekuatan..

Sewaktu hendak pulang ke KL dari Tampin tadi, ummi ayah ternampak kemalangan yang berlaku di highway berdekatan Seremban…Kelihatan seorang wanita bertudung dan berbaju biasa yang menghulurkan bantuan membuat CPR kepada mangsa kemalangan…Terus ummi teringat lagi pada peristiwa yang tidak sampai setahun yang lepas…Di mana ummi membuat CPR ke atas `Ukasyah…Lembik dan lemah seluruh badan ummi kerna telah mengetahui bahwa `Ukasyah telah tiada…Tetap tak putus harap buat CPR…Takutnya hanya Allah yang tahu…Ummi rahsiakan dari ayah waktu itu bahwa `Ukasyah telah tiada..Ummi takut sangat…Takut akan hakikat bahwa `Ukasyah telah kembali pada Allah…

InsyaAllah, ummi dan ayah semakin kuat…Namun kesedihan terhadap peristiwa tahun lepas itu, tidak dapat kami lupakan…Trauma mungkin…Melalui saat-saat itu berdua sahaja kerna berjauhan dari keluarga, sungguh memeritkan…InsyaAllah, dengan kehadiran Uwais al-Qarni, terubat jua kerinduan ummi ayah pada `Ukasyah…Segala yang ummi ayah miliki ini adalah hak Allah…Begitu jua `Ukasyah…`UKASYAH MILIK ALLAH…Ujian ini bukan mudah dilalui, namun, apabila telah dipilih untuk melaluinya, ummi ayah tiada pilihan lain selain terus sabar dan tabah serta memperbaiki diri…

Ummi ayah sayang kalian berdua, wahai `Ukasyah dan Uwais al-Qarni…

November 3, 2010

U-Kids Online Mart


Alhamdulillah, with Allah`s blessings and courage from my beloved husband and ummi, I manage to open my own online mart which is U-Kids Online Mart…This idea came from my husband since I love to shop online for my baby, Uwais al-Qarni & not forgotten, my late son, `Ukasyah…My mother also give her endless support in realizing my dream…

For the time being, I will sell baby & kids comforter only which come in 5 designs such as Zoo Crew, Pink Teddy, Brown Teddy (will update soon), Pink Garden Bugs and Colorful Patches











See you there ^__^