Uwais al-Qarni, mujahid kecil ummi dan ayah... |
Alhamdulillah, pejam celik, pejam celik, ummi ayah tak sedar bahawa Uwais al-Qarni telah berusia 2 bulan setengah…Seperti baru semalam melahirkanmu sayang…Entri ini juga ditulis agak lewat kerna ummi sibuk dengan U Kids Mart…Maafkan ummi ye sayang…
Poliklinik Barakah
Seperti biasa, ummi dan ayah membawa Uwais ke Poliklinik Barakah untuk check-up 2 bulan…Appointment yang dihadiri adalah pada 15 November 2010…Berat Uwais waktu itu sudah 5.1 kg…Tapi sekarang ni sudah bertambah rasanya…Uwais kena injection untuk immunization…Pada mulanya, Uwais menangis, tapi sekejap je…Lepas ummi ayah pujuk, terus Uwais diam…
Perkembangan Uwais
Sekarang ini, Uwais dah pandai macam-macam…Kalau waktu pagi, moodnya sangat baik…Lepas Subuh, asyik nak bersembang…bergelak ketawa lagi dengan semua orang…Mandi pagi tidak boleh lambat, kalau lambat Uwais hilang mood…Uwais juga sudah boleh ditinggalkan, jadi ummi dah boleh siapkan banyak kerja rumah…Tapi bila Uwais perasan ummi tiada di sisi, mulalah Uwais buat pelbagai bunyi untuk memanggil ummi…Uwais ini anak soleh kan…Meragam sikit bila mengantuk di waktu siang sahaja…Bila malam,alhamdulillah, Uwais tidur lena sampai ke pagi…Sehari dua ni ummi perasan, Uwais tidur makin awal, iaitu pukul 9 malam atau lebih…Tapi waktu bangun pagi tetap sama…
Uwais dan Air-cond
Hehe..Ini ummi ada sedikit cerita tentang Uwais ni…Minggu lepas, hari sabtu, Uwais asyik menangis dan meragam je…Ummi, ayah, aki, opah dan yang lain semua tidak dapat mengenal pasti masalahnya…Ummi dok check badan dia…Semuanya ok, tiada masalah…Kembung tidak…Demam pun tidak…Menyusu pula kurang…Kalut ummi ayah dibuatnya waktu itu…Ummi pula tengah banyak kerja…Dengan order dari customer, nak jumpa customer, stok pula baru sampai dan hantaran pak long yang harus disiapkan…Ayah pula tak study lagi untuk Forensic Exam…Bayangkan, pak long nak bertunang hari Ahad, tapi satu dulang pun tidak siap lagi…Bab hantaran ini, memang kerja ummi dari dulu lagi…Sian pak long, kena turun padang sekali…
Puas sudah semua orang memujuk dan membaca Quran, tapi Uwais tidak reda kecuali bila aki mendukungnya, nampak dia tenang sedikit…Oleh yang demikian, ummi, ayah dan pak long terus bersiap untuk membawanya ke klinik…Yelah, nak puaskan hati…Masuk je kereta, Ummi susukan Uwais…Eh, nak pula dia menyusu…Lepas itu, terus dia lena…Sedikit pun tidak menangis…Rupa-rupanya Uwais panas…Itu je masalahnya…Sebab Uwais nampak Ok, jadi pak long parking depan klinik…Katanya nak potong rambut kejap, kalau Uwais nangis balik, baru ummi ayah masuk dalam klinik…
Sebelah klinik ada kedai elektrik Seng Heng…Dari plan asal nak ke klinik, tukar plan terus beli air-cond…Ayah ambil opah dan aki di rumah, terus order air-cond kat Seng Heng…Drastik sungguh keputusan yang ummi ayah buat kali ini…Boleh kata tak fikir panjang juga lah…Semuanya demi keselesaan Uwais..Itu je dalam fikiran ummi dan ayah…
Manja vs Mendidik
Ummi ayah rasa seperti terlalu manjakan Uwais bila buat keputusan sebegini…Tapi bila fikirkan balik, apa salahnya ummi ayah merai Uwais kan…Yelah, Uwais banyak guna barang-barang dan baju abang `Ukasyah…Sikit je yang ummi ayah belikan untuknya…Waktu abang `Ukasyah, ummi ayah sanggup habis beribu untuknya walaupun ummi ayah masih study lagi waktu tu…Tapi bila dah kerja dan sudah ada duit sendiri, patutnya dapat beri lebih lagi untuk anak…Kiranya, inilah benda paling mahal ummi ayah berikan untuk Uwais…Sebagai ummi ayah, kami cuba buat yang terbaik untuk setiap anak…Supaya kalian tidak merasa perbezaannya…
Walaupun sudah ada air-cond, tapi ummi mengawal penggunaanya…Ummi tidak pasang kalau waktu siang tidak panas….Ummi nampak Uwais ok je….Ummi bukannya apa, mahu juga Uwais merasakan kesusahan…Kalau sudah biasa duduk dalam air-cond je, manjalah anak ummi nanti…Anak-anak ini perlu diajar bersusah juga walaupun dia kecil lagi…Ummi ayah kan mahu Uwais menjadi mujahid…
Meniarap
Uwais sudah boleh meniarap secara rasminya pada 21/11/2010…Waktu itu, ummi ayah singgah di rumah cousin ummi, aunty yaya…Ummi tinggalkan Uwais atas katil sebab ummi nak ambil wudhu`…Bila ummi masuk bilik, ummi nampak Uwais dah meniarap…Kepala pun dah tegak…Ummi terus beri kucupan tahniah padanya…Lepas itu, Uwais pun sibuk buat projek nak meniarap…Ummi ayah seronok menengoknya…Uwais dah pandai meniarap je, tapi nak terlentang balik tidak boleh lagi…TAHNIAH sekali lagi buat mujahid kecil kedua ummi ayah…Uwais memang follow abang `Ukasyah kan…Boleh meniarap bila umur sudah 2 bulan seminggu…Mirip sungguh…
Uwais dah letih..minta simpati untuk diterlentangkan kembali... |
Doa & Harapan
Tiada apa yang ummi harapkan dari Uwais al-Qarni selain Uwais menjadi anak yang soleh lagi musleh…Bermanfaat untuk orang lain…Uwais kena tahan susah tau…Untuk menjadi da`ie dan murabbi, perlu banyak berkorban…Ummi ayah boleh beri Uwais kesenangan, tapi ia harus berpada-pada supaya anak ummi yang soleh ini bisa hidup dalam kesusahan dan kesempitan…Ummi ayah akan penuhi keperluan Uwais, tapi kalau bab kehendak, ummi ayah harus pertimbangkan dahulu…Walaupun Uwais masih kecil, tapi ummi ayah yakin Uwais memahami setiap butir bicara kami…Uwais, besar harapan ummi ayah terhadap Uwais tau…Ummi ayah saaaaaaaayang Uwais…
tak salah kalau kita memberi keselesaan untuk anak kita..cuma tak perlu berlebihan ajer ..
ReplyDeleteHaziq pun sama....mlm ajer tido dlm aircond..siang kalau panas sangat baru bukat kat bawah..kalau tak ..pakai kipas ajer mawardah
comelnya dia...moga uwais jadi anak soleh bila besar nanti :)
ReplyDeleteAsalamu'alaikum.
ReplyDeletecepat masa berlalu uwais al-qarni sudah 2 bulan rupanye.... tahniah buat mawaddah n hafiz. mc sini sentiasa mendoakan moga kalian sentiasa tabah dan sabar, mendidik anak untuk menjadi anak yang soleh. sebagaimana acuan ibu dan ayah kita mentarbiyah kita, mungkin di situ qudwah yang baik boleh kita contohi untuk anak2 kita. huhu... buat business online ke? alhamdulillah, usahawanita berjaya nanti... bila nak turun kuantan lagi? rindu juga mc2 disini nak jumpa...