Abu `Ukasyah

Abu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Abang, Happy Anniversary

Abang, Happy Anniversary


Kedai Mawaddah & Hafiz

Ummi ayah sentiasa merinduimu sayang..

Powered by Blogger.

November 7, 2010

Hakikat Sebuah Kehilangan


Mujahid kedua, Uwais al-Qarni...

Mujahid Sulung, `Ukasyah

Assalamualaikum,

Dalam kesibukan dengan U-Kids Online Mart, ummi cuba juga untuk tidak berhenti untuk mencoretkan memori-memori penting bersama anak-anak ummi…Walaupun `Ukasyah telah tiada di dunia ini, namun dia tetap di hati ummi dan ayah selalu…Sebab itu ummi lebih suka menyebut anak-anak berbanding anak…Ingatan terhadapnya tetap segar selamanya..

Entahlah, sejak akhir-akhir ini, ummi kerap kali teringat pada mujahid sulung ummi ini…Pasti ramai yang tidak mahu ummi bersedih, namun itulah hakikat menjadi seorang ibu…Manakan lupa akan anak yang dikandung, disusukan, dan dibesarkan itu…

Alkisahnya, Uwais selalu bangun pagi dengan mood yang sangat baik, bergelak ketawa…Tetapi, pada pagi Jumaat yang lalu, Uwais menangis dan tatkala ayah ummi mendukungnya, sering saja Uwais memandang ke tingkap dan terus merenungnya…Uwais begitu sejak dari pukul 5.30 pagi lagi…Oleh yang demikian, ayah meminta ummi menutup tingkap…Ummi tidak tahu mengapa ayah pinta begitu…Begitu juga dengan ayah…Selepas mendengar permintaan ayah itu, hati ummi terus rasa sebak dan sedih…Entah mengapa, terus asyik ingat `Ukasyah…Mungkinkah `Ukasyah datang menziarahi ummi, ayah dan adik???  Ummi pun tidak tahu….InsyaAllah, kita jumpa di jannah nanti…Akan ummi, ayah dan uwais berusaha kearah itu…Moga Allah beri kami kekuatan..

Sewaktu hendak pulang ke KL dari Tampin tadi, ummi ayah ternampak kemalangan yang berlaku di highway berdekatan Seremban…Kelihatan seorang wanita bertudung dan berbaju biasa yang menghulurkan bantuan membuat CPR kepada mangsa kemalangan…Terus ummi teringat lagi pada peristiwa yang tidak sampai setahun yang lepas…Di mana ummi membuat CPR ke atas `Ukasyah…Lembik dan lemah seluruh badan ummi kerna telah mengetahui bahwa `Ukasyah telah tiada…Tetap tak putus harap buat CPR…Takutnya hanya Allah yang tahu…Ummi rahsiakan dari ayah waktu itu bahwa `Ukasyah telah tiada..Ummi takut sangat…Takut akan hakikat bahwa `Ukasyah telah kembali pada Allah…

InsyaAllah, ummi dan ayah semakin kuat…Namun kesedihan terhadap peristiwa tahun lepas itu, tidak dapat kami lupakan…Trauma mungkin…Melalui saat-saat itu berdua sahaja kerna berjauhan dari keluarga, sungguh memeritkan…InsyaAllah, dengan kehadiran Uwais al-Qarni, terubat jua kerinduan ummi ayah pada `Ukasyah…Segala yang ummi ayah miliki ini adalah hak Allah…Begitu jua `Ukasyah…`UKASYAH MILIK ALLAH…Ujian ini bukan mudah dilalui, namun, apabila telah dipilih untuk melaluinya, ummi ayah tiada pilihan lain selain terus sabar dan tabah serta memperbaiki diri…

Ummi ayah sayang kalian berdua, wahai `Ukasyah dan Uwais al-Qarni…

11 comments:

  1. salam~
    sabar ye ummi..
    moga tabah menghadapi segala liku-liku kehidupan..
    saya doakan ummi agar sentiasa berbahagia di samping family ummi..
    (dh lame follow blog ummi secara senyap, sejak 'ukasyah belum lahir lg..)
    teruskan menulis ye ummi..

    ReplyDelete
  2. Memg sepesen lah rupa anak-anak akak... semoga jadi ummi yang tabah dan solehah

    ReplyDelete
  3. Ujian Allah itu itu datang berbagai rupa...Moga mawaddah dan hafiz terus kuat...wajah uwais saling tak tumpah wajah ukasyah...

    ReplyDelete
  4. Salam Mawaddah....

    Hebat betul perancangan Allah.... Indah betul percaturan hidup yang disusun utk hambaNya... Subhanallah....memang muka Uwais, saling tak tumpah wajah Ukasyah..

    Wassalam

    ReplyDelete
  5. Semoga mendapat ganjaran setimpal inshALLAH.

    Ana nak tanya rocker apa yang Ukasyah tidur di atas?

    Shukran

    ReplyDelete
  6. to alQasam:
    ni bukan rocker, tapi GRACO SWING...Anak2 x bape nk tido dlm ni sbb diorg breastfeed...terlena pn setelah penat main dlm ni...kegunaan lbh kpd utk aktiviti diorg je..atau wkt nk buat keje..hihi..

    ReplyDelete
  7. salam... mawaddah...

    rasa takjub dan syukur melihat gambar kedua-dua anak lelaki mawaddah...sungguh wajahnya seiras..


    inilah yang saya harapkan..semoga lepas nih saya dapat mengandungkan anak perempuan yang seiras wajah kakaknya Alanna qish...semoga dpt hilangkan rindu yang tidak tertanggung ini...

    take care mawaddah....

    ReplyDelete
  8. to mayyoniz:

    wslm kak...

    betul kak....mmg wajah 'Ukasyah dan Uwais seiras...alhamdulillah Allah berikan apa yang saya mahukan ketika mengandungkan Uwais...inginkan anak dalam kandungan mempunyai wajah seiras dengan abangnya, 'Ukasyah...

    InsyaAllah kak...Allah tidak akan menzalimi hambaNya yang bersabar atas ketentuanNya...dan insyaAllah Dia akan berikan apa yang terbaik buat kita...

    saya doakan semoga anak perempuan akak seiras dengan kakaknya nanti, Alanna qish...sedikit sebanyak dapat melepaskan kerinduan akak pada Alanna...sebagai penyejuk mata akak sekeluarga...

    akak pun take care ya....and Allah will always be with us...

    ReplyDelete
  9. saya juga ingin berkongsi kesedihan. saya kenilangan anak sulung pada 16.4.2013 akibat kemalangan jalanraya di usia 17 thn. saya melalui saat kehilangan itu. tidak akan ada yang boleh selam kesedihan ini kecuali mereka merasainya. Redha mmg redha tp siapalah yang tak sedih dan merindui. perpisahan dunia amat memilukan. tapi percayalah, ujian ini sebenarnya mendekatkan kita kepada allah.
    ummi, saya lihat tarikh lahir anak ummi semua pad tarikh penting Malaysia. ukasyah lahir tarikh Tanah melayu mendapat kemerdekaan...adiknya lahir pada tarikh penubuhan Malaysia....take care dan kuatkan semangat. ...

    ReplyDelete
  10. saya juga ingin berkongsi kesedihan. saya kenilangan anak sulung pada 16.4.2013 akibat kemalangan jalanraya di usia 17 thn. saya melalui saat kehilangan itu. tidak akan ada yang boleh selam kesedihan ini kecuali mereka merasainya. Redha mmg redha tp siapalah yang tak sedih dan merindui. perpisahan dunia amat memilukan. tapi percayalah, ujian ini sebenarnya mendekatkan kita kepada allah.
    ummi, saya lihat tarikh lahir anak ummi semua pad tarikh penting Malaysia. ukasyah lahir tarikh Tanah melayu mendapat kemerdekaan...adiknya lahir pada tarikh penubuhan Malaysia....take care dan kuatkan semangat. ...

    ReplyDelete