Abu `Ukasyah

Abu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Abang, Happy Anniversary

Abang, Happy Anniversary


Kedai Mawaddah & Hafiz

Ummi ayah sentiasa merinduimu sayang..

Powered by Blogger.

July 4, 2012

Uwais & BF

Ummi yang sudah sarat ini masih menyusukan Uwais. Kadang-kadang memang rasa tak larat sangat, tapi bila tengok keletah Uwais, memang mencuit hati Ummi.

Bermula hari ini, Ummi sengaja suruh Uwais baca doa dulu sebelum menyusu ( sebelum ini Ummi je bacakan untuk dia. Hehe.) Terkejut Ummi dia ikut dengan bahasa dia la , sambil tadah tangan. Belum Ummi sebut 'ameen', Uwais dah buat dulu.

Bila Uwais dah besar ni, memang seronok melayan dia. Bila Ummi kata, " eee malu la Uwais", nanti dia buat kelip- kelip mata atau pandang ke tempat lain. Asalkan dapat menyusu dengan Ummi. Bila Ummi mengusik Uwais, Opah la back- up dia, " Takpelah Ummi, Uwais belum 2 tahun lagi". Opah memang bagi semangat pada Ummi untuk menyusukan Uwais sampai umurnya 2 tahun.

Jika diukur semangat Ummi, memang turun naik. Opah, Aki, family dan yang paling banyak membantu, Ayah. Alhamdulillah Allah hadirkan mereka buat Ummi. Alhamdulillah, big family Ummi sangat menyokong penyusuan susu ibu. Jadi, tiada tentangan terhadap Ummi yang masih meneruskan penyusuan ketika mengandung. Moga Allah kuatkan semangat Ummi sampai 7 Syawal nanti. Selepas itu, pasti Ummi merindui saat-saat indah menyusukan Uwais al-Qarni.



- Posted using BlogPress from my iPad (www.ukidsmart.com)

IKEA HENSVIK Cot

Walaupun melahirkan anak yang ke-3, tapi banyak juga keperluan yang perlu Ummi Ayah sediakan buat Little Mujahidah. Mengambil kira adanya seorang toddler yang sedang aktif. Hehe. Selepas check-up minggu lepas, Ummi Ayah, Pak Cu, Mak Long Pak Long dan Opah Aki dating di Ikea. Kebetulan semua pun ada keperluan yang hendak dibeli di sana. Alang-alang dah sampai sana, elok beli terus.

Permulaannya Ummi Ayah merancang membeli Graco Playpen selepas kelahiran Little Mujahidah nanti, tapi Ummi cadangkan beli sekarang sebab Uwais semakin aktif. Maklumlah, sunyi tiada kawan. Risau jika dia buat apa-apa kat adik nanti. Ummi nanti selalu sibuk di waktu pagi menguruskan order para pelanggan, jadi Ummi mesti pastikan adik selamat. Tambahan pula, bila Poslaju datang pick-up barang-barang di rumah.

Bila fikirkan tentang Graco Playpen pula, Ummi rasa kurang praktikal untuk kondisi Ummi sebab bassinet tu boleh digunakan untuk si adik je. Kalau along nak guna, terpaksa tanggalkan bassinet. Lepas tu tefikir juga, kami perlukan katil tambahan nanti sebab dah 4 orang kan. Jadi, yang paling praktikal, tahan lama, solid wood dan sesuai dengan keperluan adalah Ikea Hensvik Cot, RM369. Ummi beli tilam untuk cot ini dan bedsheet nye di Ikea juga.

Semalam baru Ayah dan Aki pasang cot ini dan orang paling gembira adalah Uwais. Habis diangkutnya semua mainan kesukaan dia masuk dalam ni. Baby cot ni adjustable base dia dan disebabkan adik belum lahir, Ummi Ayah bagi peluang dulu dia main tidur dalam tu. Ummi letak base dia paling rendah. Seronok kemain Uwais ada territory sendiri.


- Posted using BlogPress from my iPad (www.ukidsmart.com)

7th ANC: Little Mujahidah @ 35w

Alhamdulillah, pejam celik pejam celik, minggu ini Ummi hanya menunggu masa saja untuk melahirkan Little Mujahidah ni. Minggu ini, genap 36 minggu.

Hujung minggu lepas, Ummi menjalani rutin biasa dengan Dr Khairiah. Dr. Khairiah memang tak pernah tulis bila next appointment Ummi dengan dia sebab dia kata Ummi mesti dah tau punye. Selepas 32 minggu, check-up 2 minggu sekali dan selepas 36 minggu, check-up setiap minggu. Sepatutnya minggu ini Ummi check-up lagi, tapi Dr Khairiah suruh Ummi check sendiri je kat rumah. Lagipun, Mak Long boleh tolong Ummi. Hehe.

Alhamdulillah, baby sihat. AFI sudah kembali normal. Bacaan yang lepas, 19. Little Mujahidah sudah engaged sedikit, sekurang-kurangnya ada progress walaupun masih di station 5. Kepala pun sudah tidak floating lagi. Kiranya dah tetap di situ, insyaAllah. Lega hati Ummi.

Semoga Allah permudahkan proses kelahiran kali ini. Abang Ukasyah, lahir pada 39 minggu, Along Uwais 38 minggu dan Dr Khairiah berseloroh dengan Ummi, mungkin Little Mujahidah 37 minggu. Sekali makbul cakap Dr Khairiah kan. Hehe..

Ummi ayah tak sabar nak jumpa Little Mujahidah.




- Posted using BlogPress from my iPad (www.ukidsmart.com)

June 27, 2012

Along Uwais

Sekadar catatan buat anakanda Uwais. Sekembalinya sahabat-sahabat baik Uwais ke Yaman, anakanda Uwais sudah ada kemajuan dalam percakapannya. Mungkin asbab kesunyian membuatkan Uwais bercakap juga. Nampak sangat rindunya dia pada abang Mus'ab dan adik Tholhah.

Beberapa 'vocab' baru:

Cucun - susun
Mik - ambil
Ais (yang ni memang agak kelakar) - Uwais
Atik - adik
Ati - Aki
Pah - Opah

Anak lelaki nampaknya agak lambat sedikit bercakap berbanding anak perempuan sehingga menimbulkan kegusaran di hati Ummi. Ummi cakap dengan Ayah, Ummi risau jika anakanda Uwais jadi seorang yang pendiam. Semestinya Ummi mahu putera sulung ini membesar menjadi seorang daie yang berkeyakinan tinggi, mampu memberikan pengucapan awam dalam menyempurnakan kerja-kerja dakwah.

Adik-beradik Ummi juga, kesemuanya jenis yang banyak cakap dan boleh 'public speaking'. Ayah juga, walaupun dahulunya seorang pendiam, tapi lepas kahwin dengan Ummi, sudah semakin ramah. Mana tidaknya, keluarga besar Ummi sering berkumpul bersama. Bila bersama, banyak perbincangan dan komunikasi yang berlaku.

Televisyen memang jarang sekali ditonton di rumah Opah Aki ini asbab kami semua tidak biasa menonton TV. Bila berkumpul, TV langsung tidak dibuka atau sengaja dipadamkan kerana tiada yang menonton pun. ASTRO pun baru dipasang di rumah Opah Aki tika Ummi sendiri sudah berusia 26 tahun. Itu pun kerana cucu-cucu dan Opah Aki serta seluruh ahli keluarga suka dengan astro OASIS.

Ummi sendiri merasakan perlu ada batasan dalam membenarkan anak-anak menonton TV. Sewaktu kecil, Ummi dibesarkan tanpa TV. Mungkin sebab itu, Uwais juga kurang minat terhadap TV. Walaupun Ummi bagi tengok kartun, nampaknya anak kecil ini lebih suka kepada sesuatu yang lebih realistik berbanding fantasi.

Semoga Allah bantu Ummi dalam mentarbiyyah anak-anak ya..




- Posted using BlogPress from my iPad (www.ukidsmart.com)

June 15, 2012

Little Mujahidah @ 33 minggu

Alhamdulillah, puteri Ummi telah 33 minggu dan menghampiri 34 minggu. Be berapa minggu lagi hendak ketemu Mujahidah solehah ini. Serius, Ummi berdebar-debar bila memikirkan akan melalui lagi proses kelahiran ini. Rasa sakitnya, hanya Allah saja yang tahu. hehe. Walaupun ini kelahiran yang ketiga, tapi takut juga. Ummi doa agar Allah beri kekuatan pada Ummi nanti.

Ummi juga risaukan Uwais. Dok terfikir je, macam mana Uwais nanti waktu Ummi bersalin. Opah kata, Opah, Aki Dan Pak Cu bawa je Uwais tidur sekali kat hospital, sementara ayah menemani Ummi berjuang dalam LR.




Baby Ummi yang masih menyusu dengan Umminya. Alhamdulillah, walaupun banyak rintangan yang Ummi lalui, tapi Allah masih murahkan rezeki Uwais. Uwais sudah 21 bulan dan menyusu hanya dengan susu ibu. Lagi 3 bulan sahaja lagi perjalanan penyusuan. 7 Syawal akan berakhir tempoh menyusu dengan Ummi. Waa sedihnya. InsyaAllah sempat tandem nursing dengan adik nanti.

Ummi doakan agar anak-anak Ummi Ayah menjadi anak-anak yang soleh solehah, musleh muslehah. Kalian adalah dai'e yang harus Ummi Ayah tarbiyyah sebaik yang mungkin. Alangkah sedihnya Ummi Dan Ayah jika kalian tidak bersama Ummi Ayah atas jalan yang telah kita pilih ini.

Kebelakangan ini, sungguh banyak musibah menimpa keluarga kecil kita. Ummi yakin, pasti ada hikmahnya di atas segala yang berlaku. Mari kita kutip segala hikmah agar kita tak jadi orang-orang yang rugi. Allah uji Kerana kasihNya pada kita, agar kita dekat pada Dia.

Salam sayang dan kasih untuk Ayah, Uwais dan Little Mujahidah. Tidak pernah Ummi lupakan, 'Ukasyah yang berada di taman-taman syurga. Moga Allah redha dan berkati kehidupan kita. Semoga kita peroleh keberuntungan di akhirat. Ameen.

Posted using BlogPress from my iPad (www.ukidsmart.com)