Salam sayang untuk Uwais yang Ummi kasihi. Anak Ummi dah besar, dah bujang. Macam-macam keletah dan perangai yang menceriakan dan kadangkala menguji kesabaran Ummi. ;)
1). Uwais masih belum banyak fasih bercakap. Bukan tak cakap, tapi banyak baby talk. Adakah kerana Uwais keliru bahasa? Sebab kalau speaking english, fasih plak. Boleh kenal dan kira "one two three four five six seven eight nine ten eleven twelve...". Kalau tak mahu, kemain cakap,"no, no". Uwais pandai panggil nama opah, asiah, panggil aki dan ayah dan panggil Haniyya, akak. He knows about animal's sound; cat, dog, cow, bird and confuse between tiger and digger. Haha.
2) Sangat kuat berlari, mengah ayah nak kejar. Ada bakat masuk olahraga ni.
3) Sangat suka tolong Ummi, kalau tak bagi memang nangis meraung.;). Tolong bawa beg, buang sampah, susun botol mineral, ambil diaper adik, tolak stroller. Sampai bawa luggage pun nak juga.
4) Selalu berusaha nak gembirakan adik. Kadang-kadang puas terloncat, melompat sambil agah adik, tapi adik buat muka blur. Hehe. Ummi pun gelak, supaya dia terhibur dan dihargai.;)
5). Sangat rapat dengan Opah dan Aki sampai kurus sebab rindu waktu opah aki di mekah. Uwais sangat jujur dengan perasaan dia. Jika dia kurang senang dengan keadaan dan individu, memang melekap jelah dengan ummi ayah opah aki. Opah aki adalah insan yang paling memahami uwais selain ummi dan ayah.
Moga, anak ummi membesar menjadi seorang mukmin yang kaamil. Target Ummi, Uwais hafal dan faham surah alfatihah dan 3 qul dalam masa terdekat ni. Ameen.
Dari Blog Ke Telegram
3 years ago