Salam sayang untuk Uwais yang Ummi kasihi. Anak Ummi dah besar, dah bujang. Macam-macam keletah dan perangai yang menceriakan dan kadangkala menguji kesabaran Ummi. ;)
1). Uwais masih belum banyak fasih bercakap. Bukan tak cakap, tapi banyak baby talk. Adakah kerana Uwais keliru bahasa? Sebab kalau speaking english, fasih plak. Boleh kenal dan kira "one two three four five six seven eight nine ten eleven twelve...". Kalau tak mahu, kemain cakap,"no, no". Uwais pandai panggil nama opah, asiah, panggil aki dan ayah dan panggil Haniyya, akak. He knows about animal's sound; cat, dog, cow, bird and confuse between tiger and digger. Haha.
2) Sangat kuat berlari, mengah ayah nak kejar. Ada bakat masuk olahraga ni.
3) Sangat suka tolong Ummi, kalau tak bagi memang nangis meraung.;). Tolong bawa beg, buang sampah, susun botol mineral, ambil diaper adik, tolak stroller. Sampai bawa luggage pun nak juga.
4) Selalu berusaha nak gembirakan adik. Kadang-kadang puas terloncat, melompat sambil agah adik, tapi adik buat muka blur. Hehe. Ummi pun gelak, supaya dia terhibur dan dihargai.;)
5). Sangat rapat dengan Opah dan Aki sampai kurus sebab rindu waktu opah aki di mekah. Uwais sangat jujur dengan perasaan dia. Jika dia kurang senang dengan keadaan dan individu, memang melekap jelah dengan ummi ayah opah aki. Opah aki adalah insan yang paling memahami uwais selain ummi dan ayah.
Moga, anak ummi membesar menjadi seorang mukmin yang kaamil. Target Ummi, Uwais hafal dan faham surah alfatihah dan 3 qul dalam masa terdekat ni. Ameen.
Dari Blog Ke Telegram
2 years ago
Baca entri ni, suddenly terasa nak tinggalkan komen.
ReplyDeleteMy son pun lebih kurang baya Uwais. Dia pun still tak fasih bercakap. Most of the time, banyak baby talk juga. Tp kalau kita cakap apa, minta dia buat apa2...dia faham arahan kita. Saya pun tertanya2 samada dia keliru bahasa atau sebab lain. Ada 3 bahasa yg dia selalu dgr...Bhs Melayu, English & Chinese. Risau juga kalau dia jadi confuse bahasa, kut2 lah menyebabkan dia sampai tak nak bercakap...ataupun dia tak tahu nak cakap bahasa yg mana satu.
Kalau diikutkan, banyak perkataan yg dia dah tahu sebut. Eventho dia dah boleh membaca dlm bentuk ayat yg panjang sedikit...sebab kami selalu baca buku kat dia. But then, dia masih belum fasih bercakap. Dia lebih suka baby talk. Kami jadi risau juga :(