Abu `Ukasyah

Abu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Abang, Happy Anniversary

Abang, Happy Anniversary


Kedai Mawaddah & Hafiz

Ummi ayah sentiasa merinduimu sayang..

Powered by Blogger.

February 9, 2013

'Ulya Haniyya @ 6 bulan+++

Ummi bersyukur sangat kerna Allah kurniakan kesihatan yang baik buat mujahidah ummi dan ayah. Alhamdulillah, Berat Haniyya mencapai paras yang selamat. Hehe. Berat terkini belum diketahui lagi kerna belum perfi check-up 6 bulan.

1) Haniyya sudah mula menyusur dan maju ke hadapan. Sekarang pula tengah berlatih merangkak. Haniyya juga dah buat cubaan untuk duduk beberapa kali. Walaupun badannye kecil, tapi sangat aktif. Nak pakai baju, 15-30 minit baru siap.

2) Haniyya dah mula makan solid food. Sangat suka dan tertarik pada makanan. Sehari makan 3 kali. Paling suka, bubur carrot, bayam, ikan bilis dan puree apple. Tapi bubur kosong pun layan juga, asalkan namanye makanan.hihi. Beberapa kali Haniyya tertangkap sedang cuba makan makanan Along Uwais. Along suka makan atas lantai, Haniyya pula laju menerpa. Tertangkap tengah nak makan jagung, mee goreng, kentang, peha atan. Badan je comel, tapi selera besar ye. Sabar ye adik, tunggu umur setahun dulu . Sekarang, no sugar , no salt k.

Sampai di sini sahaja dulu entri tentang Haniyya yang comel. Acu kata Haniyya baby petak sebab bila dah tembam, bukan jadi bulat, tapi mampat dan bersegi2. ;)



No comments:

Post a Comment