Assalamualaikum ya Uwais al-Qarni,
Peristiwa yang berlaku hari ini terkesan sungguh di hati Ummi dan Ayah. Sungguhpun, kamu hanya seorang anak kecil, tapi banyak yang Ummi Ayah pelajari daripada kamu. Hari ini, baru Ummi rasakan bahawa Ummi tidak sesekali menyesali kerana mengambil keputusan mentarbiyyah sendiri anak-anak Ummi di rumah. Ya, kamu anak yang masih kecil dan Ummi minta maaf kerana anggapan Ummi kamu masih tidak faham banyak perkara. Tetapi, hari ini kamu telah buktikannya pada Ummi Ayah bahwa kamu sangat mengerti dan faham serta ingat segala apa yang Ummi ajarkan padamu.
Usai kepulangan Ayah dari tempat kerja, kamu sungguh gembira. Kerana kegembiraan itu, Ayah membuka sebungkus kerepek untuk dikongsikan bersama kamu. Pesan Ayah, "Uwais makan dulu ya, Ayah hendak ke bilik air, Uwais jangan habiskan dulu. Tunggu Ayah". Sementara Ayah di bilik air, Ummi melayan kamu yang sedang asyik makan. Tampak sekali gelojoh seorang anak kecil makan kerepek. Ummi pun berpesan pada Uwais, "Uwais, jangan tamak. Allah tak suka orang tamak. Ambil satu-satu, kan masih banyak lagi kerepek dalam tu." Uwais pun menurut kata Ummi. Uwais hanya ambil sekeping sahaja kerepek pada satu masa. Keluar sahaja Ayah dari bilik air, ayah menyertai Ummi dan Uwais. Tidak Ummi ceritakan pada Ayah perihal bebelan Ummi terhadap sikap Uwais.
Sekali Ayah pula yang mengambil segenggam kerepek untuk diletakkan di atas tangan supaya mudah untuk makan. Melihat saja Ayah bersikap begitu, Uwais mengambil keseluruhan kerepek yang berada dalam genggaman Ayah, dan meletakkan kembali ke dalam plastik. Ayah sengaja mengulangi perbuatan itu buat kali kedua, dan Uwais tetap mengambilnya kembali. Justeru, Ummi ceritakan pada Ayah, perihal bebelan Ummi padanya.
Malu Ummi Ayah pada kamu. Sesungguhnya jiwa seorang anak kecil lebih besar. Kamu lah murabbi kecil Ummi & Ayah.
p/s: Peristiwa yang Ummi Ayah tidak akan sekali lupakan dalam hidup kami.
Dari Blog Ke Telegram
2 years ago
Baiknye uwais anak soleh..
ReplyDelete