Assalamualaikum Uwais al-Qarni yang Ummi kasihi,
Entri kali ini Ummi tulis khusus buat anak kedua Ummi ini. Semoga Uwais soleh selalu.
Uwais sekarang sudah semakin besar, 1 tahun 7 bulan umurnya. Masih BF dengan Ummi, bab itu agak payah untuk wean off dan Ummi tak rasa keperluannya untuk itu kerana sewaktu baby lahir nanti, Uwais masih belum cukup 2 tahun. Adakalanya, Ummi hampir putus asa dan penat juga, tapi Ayah kata Uwais masih ada hak dia. Betul juga kata Ayah. Lagipun adik baby dalam perut Ummi ini membesar dengan jayanya dan Ummi pula tiada masalah kesihatan, alhamdulillah. Moga Allah beri Ummi kekuatan dalam menunaikan hak Uwais sehingga umurnya 2 tahun ya.
Pengalaman yang amat berharga dapat BF Uwais dengan kandungan yang berusia 27 minggu ini. Bila Uwais BF, baby kick along dia. Automatik Uwais berhenti sekejap pandang Ummi. Uwais ingat, Ummi yang usik dia. Bila baby tak berhenti kick Uwais, Uwais pun usap perut Ummi. Sejuk je rasa bila jari jemari halus Uwais usap perut Ummi dan baby pula terus tenang je.
Uwais sekarang suka pandai tunjuk ke atas sambil sebut `stars` dan `u`. `U` tu aeroplane. Waktu naik kereta, kalau dia nampak aeroplane, dia akan sebut `U`. Semakin berdikari anak Ummi, bila Ummi tak larat dia pandai layan diri. Ambil biskut dan minum air sendiri. Bila dah BO, berdiri depan pintu tandas. Bila nak ajak mandi pun sangat senang, dia bawa tuala sendiri. Ummi dah nak potty training Uwais, tapi tunggu pindah rumah baru dulu ye.
Kadang-kadang Uwais tak lepas juga dari ragam orang nak beradik. hehe. ^__^
Dari Blog Ke Telegram
2 years ago
semoga uwais dan adik baby sihat2 selalu ye :)
ReplyDelete