Abu `Ukasyah

Abu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Abang, Happy Anniversary

Abang, Happy Anniversary


Kedai Mawaddah & Hafiz

Ummi ayah sentiasa merinduimu sayang..

Powered by Blogger.

August 26, 2011

Hari Raya: Beraya di mana?

Assalamualaikum,

Tahun ini kami semua beraya di Tampin bersama keluarga abu `ukasyah.  Tak sabar rasanya merasai kemeriahan memantai (tak pasti beginikah sebutan dan ejaannya..hehe).  Alhamdulillah, bab giliran raya tiada masalah untuk kami berdua kerana dari awal perkahwinan, Mawaddah sendiri sudah meletakkan syarat, " Setiap tahun, raya pertama di Tampin ye abang, kecuali ada asbab yang tidak mengizinkan". Dan abah ummi Mawaddah juga sedari awal dah beri amaran, "anak perempuan semua kena raya dengan mentua dulu".

Ya, dalam 4 tahun usia perkahwinan Mawaddah dan abu `ukasyah, baru sekali sambut hari raya di Negeri Sembilan. Tahun pertama perkahwinan dapat beraya di Tampin kerana baru berkahwin.  Tahun kedua perkahwinan, Mawaddah dalam pantang `Ukasyah.  Tahun ketiga perkahwinan, Mawaddah sarat mengandung Uwais dan tunggu masa je nak bersalin.  Tahun keempat, tahun ini, alhamdulillah tak bersalin lagi, hehe..Kalau tak kesian kat mak ayah, sudah lah abu `ukasyah anak lelaki yang sulung dan satu-satunya anak lelaki.  Jadi tahun ini dapatlah beraya di Tampin...yeayyyyy...Tahun depan, kalau tak bersalin, bolehlah raya di Tampin lagi..^__^

InsyaAllah, pagi Ahad kami bertolak balik ke Negeri Sembilan.  Doakan kami selamat sampai ke destinasi ye.

Salam Aidilfitri untuk semua pengunjung setia `BUATMU ANAKKU'...mohon maaf andai ada salah silap, tuturkata dan perbuatan yang mengguris hati kalian.  Sedihnya, Ramadhan bakal meninggalkan kita.  Rasa amalan masih belum mencukupi.  Adakah dapat bertemu Ramadhan sekali lagi?

5 comments:

  1. Selamat Hari Raya juga buat Mawaddah sekeluarga dari kami di Teratak Mawaddah ya :)

    ReplyDelete
  2. sempena bulan baik ni, saya dengan rendah diri memohon ampun dan maaf atas keterlanjuran kata atau kekasaran bahasa

    salam aidilfitri daripada
    Tinie-Aelek-Fatin-najwa

    ReplyDelete
  3. Selamat hari raya aidlifitri :)

    ReplyDelete
  4. selamat hari raya akak mawaddah

    ReplyDelete
  5. Selamat Hari Raya Aidilfitri ..
    Maaf Zahir & Batin..

    Akak tak balik kampung tahun ni.. dah dekat due nih.. lepas bersalin baru balik

    ReplyDelete