Abu `Ukasyah

Abu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Abang, Happy Anniversary

Abang, Happy Anniversary


Kedai Mawaddah & Hafiz

Ummi ayah sentiasa merinduimu sayang..

Powered by Blogger.

September 22, 2010

Uwais al-Qarni, penghuni langit



UWAIS al-Qarni hidup pada zaman Rasulullah. Beliau seorang pemuda miskin yang tinggal di Yaman bersama ibunya yang sudah tua, lumpuh dan buta. Uwais tinggal dengan ibunya kerana beliau tidak mempunyai ahli keluarga lain. 

Kerjanya mengambil upah mengembala qibas dan unta. Upah diterimanya cukup untuk nafkah beliau bersama ibunya. Apabila ada rezeki lebih, digunakan untuk membantu jiran yang serba kekurangan. Beliau terkenal seorang anak yang taat kepada ibunya dan Allah. Beliau selalu berpuasa dan pada malam hari bermunajat kepada Allah memohon petunjuk. Hatinya sedih setiap kali jirannya pulang dari Madinah menceritakan pertemuan dengan Nabi Muhammad kerana beliau sendiri belum berpeluang berjumpa Baginda. Hari berganti hari kerinduan Uwais untuk berjumpa Nabi Muhamad semakin mendalam. Hatinya selalu bertanya bila beliau dapat bertemu Baginda untuk memandang wajahnya dari dekat. Beliau rindu mendengar suara Nabi dan kerinduannya kerana iman sedangkan beliau mempunyai seorang ibu yang tua, buta dan lumpuh. Bagaimana harus meninggalkannya untuk menemui Nabi. Akhirnya kerinduan selama itu dipendamkan. Suatu hari Uwais mendekati ibunya dan meluahkan isi hati untuk memohon izin menemui Nabi di Madinah. Mendengar permohonan anaknya itu, ibunya berkata: “Pergilah wahai Uwais, anakku, temuilah Nabi di rumahnya, selepas berjumpa segeralah engkau pulang.” 

Betapa gembiranya hati Uwais mendengar ucapan ibunya. Beliau segera berkemas dan tidak lupa menyiapkan keperluan ibu yang akan ditinggalkan serta berpesan kepada jiran supaya menemani ibunya selama beliau ke Madinah. 

Selepas merentasi perjalanan jauh, akhirnya Uwais sampai di Madinah. Beliau segera mencari rumah Nabi lalu diketuk pintu rumah itu sambil mengucapkan salam. Maka keluarlah seorang seraya membalas salamnya. 

Uwais menanyakan Nabi yang ingin ditemui tetapi Nabi tidak berada di rumahnya kerana sedang berada di medan perang. Uwais hanya dapat bertemu Siti Aisyah. Betapa kecewanya hati Uwais datang dari jauh tetapi tidak dapat menemui Nabi.
Uwais ingin menunggu kepulangan Nabi dari medan perang tetapi telinganya masih terngiang pesan ibunya yang sudah tua dan sakit supaya segera pulang ke Yaman. Dia melupakan keinginan hatinya dan berjumpa Siti Aisyah sambil berpesan menitipkan salam kepada Nabi Muhammad. 

Selepas itu, beliau segera berangkat ke Yaman dengan perasaan amat terharu. Peperangan selesai, Nabi Muhammad kembali ke Madinah. Setibanya di rumah, Nabi menanyakan Siti Aisyah mengenai orang yang mencarinya.

Seterusnya Nabi mengatakan bahawa Uwais anak yang taat kepada ibunya, adalah penghuni langit. 

Mendengar perkataan Nabi, Siti Aisyah dan sahabat terpegun. Menurut keterangan Siti Aisyah, memang benar Uwais mencari Nabi dan bersegera pulang ke Yaman kerana tidak dapat meninggalkan ibunya terlalu lama. 

Nabi meneruskan keterangannya mengenai Uwais, penghuni langit kepada sahabatnya dan berkata: “Jika kamu ingin berjumpa dengan dia, perhatikanlah dia mempunyai tanda putih di tengah tapak tangannya.” 

Setelah itu Nabi memandang kepada Ali dan Umar seraya berkata: “Suatu ketika apabila kamu bertemu dengan dia, mohonlah doa dan istighfarnya, dia adalah penghuni langit, bukan orang bumi.” 

Selepas Nabi Muhammad wafat dan diganti Abu Bakar, kemudian Umar. Suatu ketika Khalifah Umar teringat akan sabda Nabi mengenai Uwais. Beliau segera mengingatkan juga kepada sahabatnya Ali bin Abi Talib. 

Rombongan khafilah dari Yaman datang ke Madinah. Umar dan Ali selalu menanyakan Uwais. Rombongan itu memberitahu Uwais ada bersama mereka dan sedang menjaga unta di perbatasan kota. Mendengar jawapan itu, Khalifah Umar dan Ali segera bertemu Uwais. 

Setibanya di khemah tempat Uwais berada, Khalifah Umar dan Ali memberi salam. Tetapi Uwais sedang solat, selepas mengakhiri solatnya dengan salam, Uwais menjawab salam Khalifah Umar dan Ali sambil mendekati kedua-dua sahabat Nabi itu dan menghulurkan tangannya untuk bersalaman. 

Sewaktu berjabat tangan, Khalifah Umar membalikkan tangan Uwais untuk membuktikan kebenaran tanda putih yang berada di tapak tangan Uwais, seperti pernah dikatakan Nabi. Memang benar, nampaklah tanda putih di tapak tangan Uwais. 

Wajah Uwais nampak bercahaya. Benarlah seperti sabda Nabi dia adalah penghuni langit. Khalifah Umar dan Ali menanyakan namanya dan dijawab: “Abdullah.” 

Mendengar jawapan Uwais, mereka tertawa dan mengatakan: “Kami juga Abdullah iaitu hamba Allah. Tapi siapakah namamu yang sebenarnya?” Uwais kemudian berkata: “Nama saya Uwais al-Qarni.” 

Khalifah Umar dan Ali memohon doa dan istghfar daripada Uwais dan selepas itu Khalifah Umar berjanji untuk menyumbangkan wang dari Baitulmal kepada Uwais tetapi Uwais berkata: “Hamba mohon supaya hari ini saja hamba diketahui orang. Untuk hari seterusnya, biarlah hamba yang fakir ini tidak diketahui orang lagi.” 

Sumber: Berita Harian

*******************************************************************
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas Nabi junjungan kita, Nabi Muhammad SAW. Maka bersempena dengan sirah Uwais al-Qarni, dengan ini kami amat berbesar hati mengumumkan dan menghebahkan secara rasmi nama Lil Mujahid Jr, iaitu putera kedua kami di hari ketujuh kelahirannya. Semoga anak ummi ayah menjadi seperti Uwais al-Qarni. Ummi dan ayah sentiasa mendoakan agar kamu menjadi sepertinya wahai

Uwais al-Qarni bin Mohd Hafiz

September 20, 2010

Pengalaman Bersalin

Gambar ummi dan ayah beberapa jam sebelum melahirkan mujahid kecil kedua kami...


Assalamualaikum buat semua pembaca setia blog anak-anak ummi ini…Alhamdulillah, Allah beri ummi kesihatan yang baik dan masih berkesempatan menulis dengan bantuan dari ayah…Sebenarnya, ummi  ingin memenuhi permintaan seseorang supaya ummi menceritakan pengalaman melahirkan mujahid kecil kedua kami…InsyaAllah, hari ketujuh nanti akan ummi ayah umumkan nama mujahid kecil kedua ye…Namanya telah wujud dari awal kehamilannya lagi, tapi atas permintaan ayah, ummi kena rahsiakan dulu…Pemberian nama kan hak ayah…hehe…


Turun Tanda (Tengah hari, 15/09/10)


Rentetan dari entri pada 15/9 tentang `mucus plug`…Boleh rujuk di sini ye…Ummi tidak sangka juga akan turun tanda pada hari tersebut…Pagi itu, ummi bersama adik-beradik yang lain hantar opah pergi kerja dan bersarapan di restoran mamak kegemaran kami sekeluarga di KL…Selepas itu, kami semua pergi pejabat aki pula untuk buat kejutan…Sampai rumah tengah hari tu, tiba-tiba rasa semangat hendak memasak ikan kembung masak kicap sedangkan ummi telah hampir sebulan tidak memasak memandangkan telah sarat…Lepas memasak itulah,ummi turun tanda..Seterusnya, kontraksi yang dirasai semakin kuat…Ummi tunjuk pada khaulah(balqis, adik ummi)…Dia pun gembira semacam..Pak Long dan Pak Cu pula gelabah nak bawa ummi ke hospital…Tapi ummi kata nak tunggu ayah dan opah balik kerja dulu…Ummi call opah bagitau tentang perkara ini, dan nampaknya opah juga tenang…hehe…

Ziarah `Ukasyah (Petang, 15/09/10)


Pada waktu petang, ayah pulang awal dari biasa…Nampak macam risau je muka ayah…Ummi rehat ambil angin kat balkoni waktu tu…Ayah tanya ummi, nak ziarah `Ukasyah tak???Ummi pun terus sarung jubah dan tudung untuk pergi menziarahi pusara mujahid sulung ummi…Sebelah kawasan pusaranya itu, terdapat taman yang indah…Ummi cakap dengan ayah bahwa ummi mahu berjalan dalam taman tersebut…Lebih kurang 1 kilometer jarak ummi berjalan pada hari itu…Kontraksi hampir setiap 5 minit…Bahaya betul…Tapi ummi tenang lagi…Lepas berjalan, kami pulang ke rumah dan jam hampir menunjukkan pukul 7 malam…


Pergi Hospital (Malam, 15/09/10)


Sampai rumah je, makan malam sudah tersedia atas meja…Muka semua orang penuh kerisauan dan kegusaran…Semua dok sibuk pack baju masing-masing…Pak long pula masakkan utuk ummi roti telur yang ditambah cheese…Sedap sangat rasanya…Lepas waktu maghrib, kami semua bertolak ke hospital dengan dua buah kereta…Waktu dalam kereta, ummi rasa nak patah balik rumah je sebab macam tak sakit sangat, tapi opah kata memanglah rasa macam tu..Opah risau sebab ini anak yang kedua…Kebiasaanya proses ini lebih cepat…


Masuk Wad (9.45pm, 15/09/10)


Sesampainya di hospital, Dr. Khairiah buat VE…Ummi dah rasa berdebar sangat…Betul ke nak bersalin ni…Takut macam `false alarm` je…Sedangkan contraction sudah regular…Dilation baru 2 cm…Baby masih tidak engage lagi…dalam station -2 kalau tidak silap ummi..Memang jauh lagi lah…Hati ada sikit kehampaan sebab macam lambat lagi prosesnya…Dr. agak pun macam esok pagi atau lewat sedikit untuk berlaku proses kelahiran…Walaubagaimanapun, ummi admit juga ke wad sebab jauh untuk patah balik rumah…Malam itu, hanya ayah menemani ummi di bilik hospital…Manakala, family ummi semuanya berkampung di rumak pak cik ummi di Shah Alam…


Proses Kelahiran (awal pagi, 16/09/10)


Macam biasa, buat CTG, insert enema dan observation…Ayah teman ummi dalam wad…Ummi suruh ayah lelapkan mata dahulu sebab ayah masih kepenatan pulang dari tempat kerja petang tadi…Ummi juga cuba untuk tidur, tapi nampaknya sakit semakin kerap dan kuat sampai ummi kejutkan ayah bangun tidur…Ayah urut ummi setiap kali kontraksi…Cuba tenangkan ummi…Dalam pukul 1 pagi, Dr Khairiah datang buat VE…Alhamdulillah, laluan telah terbuka 4 cm…Ummi juga terkejut…Dr. Khairiah ada offer `pethidine`, tapi ummi tolak…Kononnya tahan sakit sangat lah tu…Ummi masih tidak masuk `labor room` lagi waktu ini…Ummi dok berulang bilik air je sebab asyik terasa ingin membuang air kecil..Waktu ini, darah sudah mulai keluar tapi air ketuban masih belum leaking lagi…


Makin lama ummi tidak tahan sakit…Habis tangan ayah ummi genggam kuat-kuat…Ada masanya ummi suruh ayah peluk ummi kuat-kuat bila kontraksi datang…entah mengapa, rasa sakit ini tidak dapat lagi ummi tanggung…Ummi suruh ayah minta `pethidine`, sedangkan ummi tahu kalau jalan sudah terbuka lebih 4cm, ummi tidak lagi boleh mengambil `sedative`…Nurse pun datang ambil ummi dengan wheelchair dan menuju ke labor room…
Sesampainya di labor room, laluan telah terbuka 6cm…Buar ARM…Sakitnya, hanya Allah yang tahu…Mengiring atau terlentang, semuanya tidak kena…Midwife set IV drip dan infuse pitocin supaya proses atau gesaan untuk bersalin lebih kuat…Lepas infused pitocin, ummi rasa sakit tidak tertahan lagi, macam sudah hendak meneran…Midwife check bukaan baru 7 cm…Ummi pun mengiringkan badan…Diberi laughing gas atau `entonox` untuk kurangkan kesakitan…Namun, ummi tidak merasai keberkesananya…Lepas dua ke tiga sedutan, ummi refuse untuk guna entonox lagi…


Kesakitan yang semakin tidak tertahan menyebabkan ummi asyik minta midwife buat VE sebab rasa nak meneran kuat sangat…Asyik cakap, “Cik timah, saya rasa nak teran sangat ni”…Buat VE, dah 8 cm…Waktu ni sudah pukul 4.45 pagi…Cik timah kata kepala baby tinggi lagi tapi mawaddah boleh teran sikit-sikit..Cik timah kata baby agak besar…Ummi sudah tidak tahan lagi, sampai ummi suruh ayah telefon Opah dan Nenek, suruh minta maaf andai ada dosa yang belum diampunkan lagi…Bila ayah masuk balik, ummi merayu pada ayah,”Abang, tolong sayang abang…Sayang dah tak tahan sangat ni….Rasa cam baby tidak boleh keluar”…Dalam kepala ummi nak minta c-sect je…Ayah jawab, “Abang tidak boleh tolong sayang, insyaAllah, Allah tolong sayang”…Sekali, Cik Timah dah Nampak kepala baby…kelam kabut panggil Dr. Khairiah yang masih kelesuan menyambut kelahiran bayi 2 jam sebelum mujahid kecil kedua…


Proses meneran pun bermula sekitar  5.15 pagi…Ya Allah, ummi memang terasa kebesarannya…Macam susah sangat hendak keluarkan kepala…Ayah tolong angkat kepala dan badan ummi…Semua orang beri semangat pada ummi, dan akhirnya selamat sudah mujahid kecil kedua dilahirkan pada 16 September 2010, tepat jam 5.31 pagi…ALHAMDULILLAH…insyaAllah, entri akan bersambung lagi tentang saat-saat gembira dan kesyahduan lepas kelahiran mujahid kecil kedua…


Doakan agar ummi dan mujahid kecil kedua diberi kesihatan yang baik ye…

September 15, 2010

`Mucus Plug`

(kredit to google image)

Macam inilah rupanya (kredit to google image)...Ummi malu nak letak yang sendiri punya...


Alhamdulillah, akhirnya ada juga tanda-tanda positif untuk ummi bersalin…Baru sebentar tadi ummi dapati bahawa `mucus plug` telah `dislodged`…. Bahasa mudahnya, sudah keluar tanda lendir…Waktu hendak bersalinkan abang `Ukasyah juga begitu, cumanya beserta dengan darah….Tapi kali ini hanya seperti putih telur…Maksudnya, serviks ummi sudah mula `dilate` dan `efface`….Syukur sangat…Labor can be 1-3 days away…Hopefully, as soon as possible….Ummi ayah sudah tidak sabar untuk bertemu dengan mujahid kecil kedua…
Ummi masih di rumah lagi ni…Relax je lagi sebab pengalaman kedua kan…Dulu pun bersalin 2 hari lepas turun tanda….Ummi call ayah, suruh ayah bertenang….hehe…Ayah kat tempat kerja lagi ni…Ummi tak bagi ayah balik lagi…Ummi pesan, kalau ada apa-apa progress, ummi akan call ayah….Tapi adik-beradik ummi semuanya ada di rumah sekarang….Doakan ummi dan baby ye…

September 1, 2010

Pegawai atas Panggilan (On-Call)


Assalamualaikum,
Hari ini buat pertama kalinya ayah on-call sampai pukul 11 malam…Mesti sampai rumah dekat pukul 12 tengah malam kan…Tadi ummi bersilat di dapur bersama ayah menyiapkan juadah berbuka puasa ayah sebab ayah akan berbuka di hospital…Kenalah bawa bekal…Alhamdulillah, ayah yang tolong ummi masak…Ummi campak-campak je bahan-bahannya…Menu untuk ayah hari ini adalah nasi putih, ayam  goreng berlada dan sup sayur…Tidak lupa juga ummi bekalkan beberapa potong buah `dragon fruit`… Siap dengan sebotol air masak, sudu, garpu dan tisu ummi letak dalam dinner bag ayah…Seronok sangat dapat bekalkan ayah makanan…
Abang, good luck on-call malam ni ye ^__^