Abu `Ukasyah

Abu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Abang, Happy Anniversary

Abang, Happy Anniversary


Kedai Mawaddah & Hafiz

Ummi ayah sentiasa merinduimu sayang..

Powered by Blogger.

December 30, 2009

Rindu...

Salam sayang buat permata hati ummi ayah yang dirindui selalu…

Rindu ummi pada `Ukasyah semakin bertambah…Ummi hilang rentak dan semangat untuk habiskan degree ini…Hilang sudah segala cita-cita ummi…Sisa kehidupan di Kuantan ini semakin hambar…Seolah tiada warna `Ukasyah…Tidak sabar untuk pulang ke KL…Dekat dengan pusaramu…Ummi yakin dengan ketentuan Allah ini…Ummi harus sabar menanti saat-saat pertemuan kita di syurga…Kamu sentiasa hidup dalam hati, ingatan dan kehidupan ummi ayah…kamu anak yang soleh…mujahid kecil kami…terkabul sudah cita-cita ummi ayah untuk memiliki anak seperti kamu sayang…sejak akhir-akhir ini, ummi kurang sihat berbanding selalu, tapi masih dapat meneruskan kehidupan seperti biasa…`Ukasyah, ummi ayah tidak sabar untuk bertemu kamu di daerah yang abadi..`TIADA PENGGANTI BUAT DIRIMU, `UKASYAH, INSYAALLAH PENGUBAT HATI’…Kamu milik Allah…

p/s: Hari ini, buat pertama kalinya ummi akan ke kelas setelah `Ukasyah kembali bertemu Allah…

December 23, 2009

Our Little Mujahid, `Ukasyah, Kembali Bertemu Allah...


`Ukasyah sayang,

Ummi dan ayah sentiasa merinduimu sayang…Sungguh ummi ayah tidak sangka akan diuji sebegini…Sungguhpun begitu, ummi ayah harus meneruskan penulisan di blog `Ukasyah…Itulah niat asal ummi ayah kan sayang…Untuk menjadikan blog ini sebagai medan dakwah walaupun bukan ilmiah sangat…Sekadar berkongsi pengalaman mentarbiyyah dan membesarkan anak….Oleh yang demikian, Ummi ayah perlukan kekuatan untuk kembali menulis di blog `Ukasyah….

Ummi ayah teringin sekali berkongsi kisah pemergianmu bersama semua sahabat di luar sana…Tetapi ummi ayah masih dalam kesedihan…Bukan ummi tidak redha `Ukasyah, tetapi ummi masih kurang dapat mengawal perasaan ummi…Ummi ayah menikmati setiap detik dari awal ummi mengandungkan `Ukasyah sehinggalah `Ukasyah kembali kepada Allah…

Alhamdulillah, kamu anak soleh sayang…Sejuk hati ummi, tenang rasanya bila memikirkan yang ummi pernah mengandungkan, melahirkan dan menyusukan ahli syurga seperti `Ukasyah…`Ukasyah lebih bahagia dalam pemeliharaan Allah di syurga yang kekal abadi…dunia ini sementara saja….Inilah motivasi yang sering ayah berikan pada ummi…Ketahuilah sayang, ummi ayah sedang berusaha keras untuk bersama `Ukasyah di syurga yang abadi…Kita berpisah hanya sementara saja….

Walaupun kerinduan sering bertamu di hati ummi ayah, ummi ayah akan pastikan bahawa ianya tidak akan membantutkan usaha-usaha kami…Sungguh berat ujian ini…Bukan mudah untuk mendapat syurga ye `Ukasyah….Ummi ayah terpilih untuk diuji…`Ukasyah doakan supaya ummi ayah sabar, tabah dan syukur kerana diuji Allah…Allah sayang pada kita…Allah ingat pada kita semua…Ummi ayah sayangkan `Ukasyah , tetapi tidak dapat membatasi kasih sayang Allah terhadap `Ukasyah ….Sesungguhnya `UKASYAH MILIK ALLAH`…..

P/S: Andai kekuatan datang kembali, ummi ayah akan menulis tentang detik-detik terakhir `Ukasyah bersama ummi ayah…Supaya menjadi pengajaran dan tauladan kepada yang lain…

December 9, 2009

`Ukasyah, Hanya Untuk Kamu…


Tanpa ummi ayah sedar, `Ukasyah semakin membesar ye sayang….Baju-baju serta socks `Ukasyah kebanyakannya sudah tak muat…Jadi, ummi ayah harus menyediakan pakaian yang sesuai buat `Ukasyah ye…hehe…Part shopping barag-barang `Ukasyah sememangnya sangat menyeronokkan…Bukan sahaja buat ummi yang sudah pastinya suka ber`shopping` kan, tapi juga buat ayah…Ummi ayah sama naik je…

Semalam bermulanya projek membeli baju baru `Ukasyah di ECM…Rambang mata ummi ayah memilih baju-baju untuk buah hati kami ini…erm lupa hendak beritahu, ummi ayah shopping berdua je…Kesian kalau bawa `Ukasyah…Mesti `Ukasyah penat nanti…Lagipun, sekali sekala ummi ayah pula nak dating juga…hehe…Ummi ayah lebih suka membeli rompers buat `Ukasyah kerana ianya lebih kemas, cantik, ringkas dan mudah untuk salin pampers `Ukasyah…Hasil dari rembatan semalam, kami beli 2 helai rompers jenama `Baby Gap` dan `Oshkosh`, 1 romper Pigeon dan 2 babywear pigeon….Tidak lupa juga 3 pasang socks `Ukasyah dan 2 bips jenama `Carter`…`Ukasyah sekarang pakai baju baby berumur 6-12 bulan walaupun beliau berumur 3 bulan...Baju lamanya semakin sendat dan singkat...Sian anak ummi ayah ni...Benda yang paling ummi ayah lupa hendak belikan adalah towel `Ukasyah sebab bila pergi nursery, tiap-tiap hari perlu ditukar…

Hari ini, ummi sambung shopping di Kuantan Parade memandangkan ianya hanya di sebelah fakulti ummi…Sementara ayah datang ambil tu, ummi sempat lagi ber `shopping`…Takut juga kalau kena marah dengan ayah sebab belanja berlebihan…Tapi ummi yakin je yang ayah tidak akan memarahi ummi memandanagkan ummi hanya member barang keperluan `Ukasyah je…Niat asal hendak beli towel sahaja, tapi habis ummi rembat satu romper dan baju tidur jenama `Tenderly`…Tiba-tiba ternampak pula wrist rattle….Ummi memang sudah lama mencarinya…Tanpa berfikir,, terus sambar…Lagipun, ummi ayah tidak pernah belikan toys untuk `Ukasyah…Bila round banyak kali dan sudah beratur di kaunter, baru teringat hendak beli towel….Tidak patut betul ummi ni…Lepas itu, ummi bergegas keluar sebab takut ayah tunggu ummi…Tapi ummi yang tunggu ayah..berdebar-debar juga hendak beritahu ayah tentang shopping tadi…Tapi terpaksa beritahu juga kan…Ayah OK je sebab ayah kata keperluan `Ukasyah …

Tiba-tiba ayah cakap ayah tiada kelas…Ummi pun ajak ayah shopping di Megamall…Niatnya hendak survey je, tapi akhirnya dengan ayah sekali tergoda hendak belikan baju lagi untuk `Ukasyah…Akhirnya dapatlah lagi satu romper Baby Carter`s…Ummi ayah belikan juga untuk baby Mus`ab…Romper yang sebiji macam `Ukasyah juga…hehe…Ayah rambang mata tidak terkata…Excited sangat tengok baju baby…Kalau ummi, sudah biasa lah jika excited kan..Tapi pelik juga bila tengok ayah begitu…Ayah sudah terpengaruh dengan ummi kot…

Inilah penangan `Ukasyah, permata hati ummi dan ayah…Demi anak, ummi ayah inginkan yang terbaik…Kalau sudah menjadi keperluan, memang tidak dapat dielakkan…Kalau kehendak, boleh dilupakan…Ummi ayah tidak mahu `Ukasyah kekurangan sesuatu walaupun ummi ayah masih student…`Ukasyah, selagi termampu, ummi ayah akan menyediakan segala keperluan `Ukasyah tau…Kamu penyejuk hati ummi ayah…Selalu saja memahami tugas ummi dan ayah…Ummi ayah sayang sangat kamu, `Ukasyah..Bila `Ukasyah sudah besar nanti, jadi anak yang soleh tau..Doakan kebaikan buat ummi dan ayah…


p/s:`Ukasyah membesar dengan mendadak...Nampaknya `Ukasyah ni tinggi orangnya...Tidak seperti ummi san ayah...badannya sangat gebu dan pejal...Penat tangan ummi ayah mendukungnya...hehe..Comel lah `Ukasyah...

December 3, 2009

Final Exam Result


Pagi tadi beberapa kali ummi ayah cuba untuk check result kami, tapi gagal…Mungkin kerana ramai student UIA sedang berusaha untuk log in…Ayah cakap dengan ummi, suruh tunggu sampai waktu pejabat…Kemungkinan lebih mudah untuk log in…Ummi pun menyusukan dahulu `Ukasyah…Tiba-tiba ummi dengar ayah memanjatkan kesyukurannya, `Alhamdulillah`…Ummi terus bangun dari katil, meninggalkan `Ukasyah yang termangu-mangu…hehe…dan kami berdua melompat kegembiraan…Lepas itu ummi check result ummi pula…Berdebar tidak terkata…Alhamdulillah juga…Sekali lagi ummi ayah bersorak gembira…

Tahniah buat ayah…Betul kan ummi cakap, berusaha saja, biar Allah yang menentukannya…Ummi pun tak sangka juga ayah akan bertambah hebat setelah dapat `Ukasyah…Siapa kata dapat anak akan makin teruk kan…Bersyukur tidak terhingga…Ummi sangat gembira…Ummi juga tidak sangka bahawa ummi akan maintain result ummi…Yelah, ummi tidak ambil mid-sem exam sebab maternity leave ari tu, jadi portion untuk final exam ummi banyak..Mid-sem dalam 20-30% kalau tak silap….Waktu tengah final exam pun, tidak dapat sangat nak tumpu sebab menyusukan `Ukasyah…Berkat menyusukan anak kot…hehe…Pengalaman ummi ayah, bila ummi ayah sudah bertunang, banyak improvement…Bila sudah berkahwin pula, bertambah-tambah baik…..dan bila dapat `Ukasyah, lagilah baik…Banyak sungguh bantuan Allah pada ummi ayah….Terima kasih di atas doa kalian semua…Terutamanya buat both parents yang banyak support kami berdua…Juga buat permata hati yang sungguh memahami keadaan ummi ayah…Jazakallah `Ukasyah…Semoga kami beroleh keberkatan dan keredhaan dari-Nya…

December 2, 2009

`UKASYAH- 3 bulan

Our sweetheart...

Muka siapa lah ye `ukasyah ni???

`Ukasyah yang comel...

`Ukasyah dan adik sususannya, Mus`ab....

`Ukasyah dan adik sususannya juga, Jannah...

`Ukasyah dan aki sewaktu menanti kelahiran Mus`ab....

`Ukasyah, ummi dan ayah...ummi dah semakin tembam pipinya selepas habis pantang....


Bersama opah dan aki....pandang apa lah tu `Ukasyah

Ummi membersihkan `ukasyah selepas `ukasyah poo poo...Alhamdulillah Jusco menyediakan Baby`s Room...Mudah buat ibu seperti ummi untuk menyusukan dan membersihkan `Ukasyah...

Ayah menyambung tugas ummi pula...


Alhamdulillah, `Ukasyah sudah 3 bulan sekarang ini…Pejam celik, bagai semalam ummi baru melahirkanmu sayang….Petang tadi, ummi ayah baru saja bawa `Ukasyah pergi ke klinik untuk cucuk imunisasi DTP, HiB, Polio dan Hep B…Sebenarnya, ummi agak terlewat membawa `Ukasyah untuk imunisasi..Sepatutnya, pada umur 2 bulan…Dr. kata ok je…Berat anak ummi ayah ini 5.95 kg…sebulan yang lalu, berat `Ukasyah 5 kg…maksudnya naik hampir 1 kg lah ye…Ummi ayah sangat bersyukur kerana kamu membesar dengan sihat walaupun kamu fully breastfeed dengan ummi…`Ukasyah, ummi sangat bahagia dapat menyusukan `Ukasyah sepenuhnya…dan `Ukasyah juga suka sangat menyusu dengan ummi…Terima kasih sayang, kerana kamu buat ummi rasa dihargai dan bahagia…

Sekarang ini, ummi ayah sudah cekap menjaga `Ukasyah….`Ukasyah juga sudah tidak banyak ragam…Tambahan pula `Ukasyah sudah pandai bermain sendirian..Juga pandai berinteraksi dengan ummi ayah dan ahli keluarga yang lain…Jika berada dalam swing, `Ukasyah akan mengagah sendiri haiwan-haiwan yang tergantung tu…Peramah sungguh anak ummi, terutamanya apabila bangun tidur di waktu pagi…Ummi ayah selalu menantikan saat itu dan ummi ayah menikmati saat itu bersama-sama kamu…Nikmat sungguh `Ukasyah menjadi ummi ayah kepada kamu…

`Ukasyah semakin berat sekarang…ummi ayah selalu lenguh tangan mendukungmu…Terutamanya pabila kami tidak membawa stroller…Ummi dalam perkiraan untuk menjahit sendiri baby sling carrier untuk anak ummi ini…Buat sementara ini, ummi menggunakan kain batik lepas je kat rumah…Bukannya apa, `Ukasyah tidak mahu diletakkan…Kadang-kadang, hendak berada dalam pelukan ummi…`Ukasyah, ummi faham bahawa kamu pasti akan merindui ummi ayah nanti…sebab kelas ummi akan bermula isnin depan…We have to start all over again…ummi terpaksa hantar `Ukasyah …kalau ummi ada pilihan lain, ummi sentiasa mahu kamu bersama ummi setiap masa…Sudah lama kita bersama sepanjang cuti sem ini…Selepas ini, `Ukasyah harus dihantar ke nursery…Moga Allah kurniakan kekuatan pada ummi ayah ye sayang…

`Ukasyah sayang, semoga kamu membesar menjadi anak yang soleh lagi musleh…Menjadi baik sahaja tidak cukup ye `Ukasyah…Kamu harus menjadi yang terbaik…Mengamalkan islam dalam segenap kehidupanmu…setiap perkara…Tidak boleh separuh-separuh tau…Mengamalkannya dengan kefahaman yang mendalam serta bersungguh…Kalau boleh, cuba dapatkan kesempurnaan dalam segala-galanya walaupun ianya sukar `Ukasyah…Sesungguhnya ummi ayah sentiasa mendoakan yang terbaik buat kamu sayang…We love you….