Abu `Ukasyah

Abu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Abang, Happy Anniversary

Abang, Happy Anniversary


Kedai Mawaddah & Hafiz

Ummi ayah sentiasa merinduimu sayang..

Powered by Blogger.

October 2, 2009

Fasa Baru dalam Kehidupan…








Assalamualaikum

Sudah lama rasanya Mawaddah dan Hafiz tidak `update` blog kami…Kami begitu sibuk dengan `Ukasyah yang sudah berumur sebulan…Alhamdulillah, `Ukasyah tidak banyak meragam, cuma Mawaddah dan Hafiz masih dalam proses untuk menbiasakan diri dengan rutin harian yang baru…Formula menjaga `Ukasyah sangat mudah, pampers bersih dan perut kenyang sahaja…

Rutin kami sudah sangat berbeza berbanding dengan kehidupan kami sewaktu `Ukasyah masih belum lahir lagi…Jikalau sebelum ini kerja rumah boleh ditangguh, tapi kini tidak lagi…Baju `Ukasyah perlu dibasuh setiap hari, beg nursery `Ukasyah harus disiapkan sebelum tidur dan pengorbanan terbesar yang perlu dilakukan adalah untuk menyusukan `Ukasyah…Dengan nota ditangan yang perlu dibaca untuk `running assessment` yang 20% tu, dan `Ukasyah dipangkuan…Semalam, tidak dapat Mawaddah hendak menghadap assignment yang hendak dihantar pada hari ini kerana `Ukasyah tidak mahu berenggang…Terpaksa mencuri masa-masa pabila `Ukasyah berada di nursery untuk menyelesaikan segala kerja yang perlu diselesaikan..Alhamdulillah, akhirnya siap juga assignment pada waktunya dengan bantuan abang…Setakat ini, kami masih tidak berkesempatan memasak di rumah dek kerana tuntutan perhatian dari `Ukasyah…Permata hati kami ini, sudah pandai bermanja dengan ummi ayahnya...Mahu bersembang jika terjaga dari tidur…Kalau dengan Mawaddah lagilah, tidak mahu berenggang…Erm, takpelah `Ukasyah, ummi tak kisah asalkan anak ummi tak menangis je…hehe… Kini, tiada lagi istilah tidur dalam kehidupan kami berdua…Tapi abang kata,tak pula mengantuk di kelas…Alhamdulillah, risau juga jikalau pelajaran terabai…

`Ukasyah bukan bebanan buat Mawaddah dan abang, cuma kami berdua masih merangkak untuk menyesuaikan diri menjaga dan mentarbiyyah `Ukasyah. Kami sebagai pelajar yang sudah berkahwin dan mempunyai amanah yang hendak dijaga perlu kuat dan tabah membesarkan `Ukasyah…Walaupun pada mulanya agak kekok dek kerana sewaktu dalam pantang, ummi Mawaddah dan keluarga sangat banyak membantu menjaga `Ukasyah…Alhamdulillah, kini kami semakin memahami `Ukasyah…Selalu kami berdua menasihatinya supaya menjadi anak yang soleh…Walaupun kadang-kadang tu menitis juga air mata Mawaddah, tapi selalu juga Mawaddah mengingati nasihat daripada ummi Mawaddah yang tersayang bahawa Allah menguji kita kerana Allah tahu kemampuan kita menghadapinya…

Buat anak-anak di luar sana, kini baru Mawaddah faham dan rasai, bukan semudah di sangka untuk menjaga, membesar apatahlagi mentarbiyyah seorang anak….Kini, dengan status yang baru, baru Mawaddah faham mengapa ibu kita menitiskan air mata dek kerana sebab kita…Hormatilah, sayangilah dan hargailah ibu bapa kita…Fahamilah, menjadi ibu dan bapa bukan semudah yang kita sangkakan…Ingatlah…

4 comments:

  1. 'Formula menjaga `Ukasyah sangat mudah, pampers bersih dan perut kenyang sahaja…'

    Damia' pun sama.. =) alhamdulillah, ALLAH mudahkan..mungkin, anak2 kita ni faham tentang status kedua orang tua mereka - pelajar -, kan?

    Terima kasih ALLAH.. =)

    ReplyDelete
  2. Betul `atiqah, `ukasyah dan damia` ni seakan tahu je parents diorg masih study kan...bersyukurlah kita dikurniakan baby yang x byk ragam...alhamdulillah..kita doakanlah, mereka berdua menjadi anak yang soleh dan solehah...amin..

    ReplyDelete
  3. salam `ukasyah.. khaulah ni. amboi solehnye dia.... aki,opah,paklong, `ammu, khaulah n pakcu semua rindu kat `ukasyah.. balik cpat2 tau sayang. kami tunggu... miss u. kirim salam kat ummi n ayah

    ReplyDelete
  4. salam kak mawaddah ngan abg hafiz..x lupa jugek..lil mujahid yg dah ada nama..'ukasyah..em dah besar lil mujahid kak mawaddah ngan abg hafiz ek..=)..'ukasyah jd dak baik ye..umi ayah 'ukasyah tgh belajar..chaiyok 'ukasyah!!

    ReplyDelete