Abu `Ukasyah

Abu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Abang, Happy Anniversary

Abang, Happy Anniversary


Kedai Mawaddah & Hafiz

Ummi ayah sentiasa merinduimu sayang..

Powered by Blogger.

October 20, 2009

Terkejut Ummi....


Assalamualaikum,

Hari ini selepas balik dari wad, ummi sungguh terkejut bila Siti bagitau yang `ukasyah diletakkan dalam buaian ketika di nursery…Ummi tidak pernah ajar `ukasyah berbuai sebab macam-macam yang bermain di fikiran ummi dan ayah ni…Tidak pernah berniat pun hendak bagi `ukasyah buai…Macam anti-buai pulak kan…hehe…Rentetan dari kisah nursery di temerloh tadi, ummi juga mula terfikir tentang nursery di kuantan pula….Ummi syak diorang pun bagi `ukasyah buai sebab diorang pernah tanya ummi jika `ukasyah berbuai…Patutlah waktu siang,`ukasyah hendak berdukung bila nak tidur…

Kalau ummi housewife, ummi tak kisah sangat sebab boleh observe `ukasyah 24 jam…Tapi ummi ayah masih study lagi…Waktu siang memang sibuk…itulah, bila ummi berada di bidang ini, sungguh banyak hujah yang akan dilontarkan berkaitan buai…Konon je ummi bagi health education pada patient tentang buai…Tetapi, kadang-kadang kita memang tidak boleh melawan fitrah…Ingat ummi pada kata-kata opah tentang, semua baby ini tidak sama, ada yang memang fitrahnya lena bila berbuai…

Jadi, apa penyelesaiannya???Ummi ayah tidak bolehlah hendak banyak songeh sangat dengan pengasuh…Mereka dah jaga `ukasyah dengan baik dan penuh kasih sayang…Ummi faham, takkan lah mereka asyik nak layan anak kita je…Lagi satu, `ukasyah ni breastfeed…Ummi sedia maklum, baby ummi ini memang sudah biasa lena dalam dakapan ummi…Kalau di rumah tidak boleh berenggang dengan ummi…Sampai nak siapkan assignment pun, kena pangku anak ummi ni…Ummi call ayah bagitau tentang isu buai ini, tetapi ayah tengah discussion, jadi dapat cakap sekejap je…Ayah suruh ummi bincang dengan opah…Opah kata, insyaAllah, tiada maslah pun hendak bagi buai…Opah bagi greenlight…Tapi ummi tak cakap lagi dengan ayah…Apa-apa pun ummi akur je…Ummi berdoa dan tawakal pada Allah…Walaubagaimana sekalipun, ummi menjaga `ukasyah, tapi sebenarnya, Allah yang memelihara kamu `ukasyah…

No comments:

Post a Comment