Assalamualaikum abang…Malam ini, buat pertama kalinya dalam hidup kita, sayang kena gi wad tengah malam…Dengan ketiadaan abang bersama sayang dan `ukasyah, membuatkan hati sayang begitu berat hati untuk meninggalkannya…Deritanya menjadi menjadi seorang ibu…Perit rasanya bila nak berpisah dengan anak…Abang pun tahu, `ukasyah sungguh kuat breastfeed sekarang, terutamanya waktu malam…Sepanjang malam `ukasyah menyusu…Dalam keadaan begini, sayang pasti merindui abang sebab abang banyak membantu sayang menjaga `ukasyah…Hatta, abang lebih mengetahui dan mengenali dirinya berbanding sayang kan…Alangkah baiknya jika abang berada di sini…Sayang malu nak minta tolong kawan-kawan…Sayang tak sampai hati menyusahkan kawan-kawan..Sayang faham semua orang penat, sebab sayang pun penat bila balik dari wad… tetapi sayang tiada pilihan lain…Sayang ada kawan-kawan je kat sini…
Malam ini, `ukasyah akan tinggal dengan kak am…terima kasih kak am kerana sudi menjaga `ukasyah…Terima kasih juga kepada semua classmate yang memahami status baru Mawaddah dan banyak membantu…
Abang, sayang dan `ukasyah rindukan abang…cepat-cepat jemput kami di Temerloh ye…Miss you…
p/s: Selepas ini, sayang pasti akan pertimbangkan tentang kerjaya ini…Sayang tidak mahu mengabaikan rumahtangga kita, apatahlagi tuntutan untuk mentarbiyyah anak-anak nanti…
No comments:
Post a Comment