Alhamdulillah selesai sudah urusan check-up baby. Check-up dah semakin kerap ni, seminggu sekali. Baby sihat, Ummi sihat juga, alhamdulillah. Belum lagi engage kepala baby, masih floating cuma sudah head-down position.
Pagi tadi dapat giliran ke-22, rasa nak pitam kejap, tapi Ummi Ayah pergi sarapan dengan Along dan Kak Ya dulu. Sempat juga test drive jarak hotel ke hospital. Kalau ikut Waze, dalam 8 minit. Tapi ikut stopwatch Ummi, tak sampai 5 minit dah sampai.
InsyaAllah, bersalin kali ini Ummi Ayah dah ada 'birth plan' yang lain dari anak-anak sebelum ini. Belum lagi sampai tahap 'homebirth', tapi kalau tak sempat ke hospital, Dr Siti Khadijah kan ada. Hehe. Kakak ipar Ummi seorang Dr., rumahnya pun dekat sini je. Dalam kawasan kejiranan kami.
Along dan Kak Ya akan check-in ke hotel dekat dengan hospital bersama Opah dan Aki. Ummi Ayah tempahkan bilik yang ada jacuzzi untuk gembirakan hati anak-anak nanti bila ditinggalkan.
Sedihnya nak tinggalkan Kak Ya, kalau tiada bau 'best friend' dia, dia meragam tak boleh tidur. Huhu. Moga Allah bantu Kak Ya nanti.
Set bantal dan bantal peluk ni Ummi sediakan satu set je dan yang lain guna abang-abang dan kakak punya. Ummi tukang jahit dan Ayah tukang isi kekabu. Kali ni Ummi tak buat bantal peluk yang berbentuk silinder sebab dari pengalaman lalu, bila tertendang, bergolek jatuh katil. Material 100% cotton. Ummi ambil dari koleksi peribadi US designer fabric Ummi. Ummi suka kumpul designer fabric cotton. Bila nak buat projek, ambil je.
Ok cinta, ini benda yang Ummi Ayah buat untuk kamu tau sayang.
Alhamdulillah, kandungan Ummi telah 37 minggu usianya. Menunggu masa sahaja untuk melahirkan. Debarannya mengalahkan bersalin anak sulung.😉. Kali ini persiapan kelahiran agak lewat dibuat kerana kami banyak travel. Persiapannya juga berbeza sebab bukan sahaja kena siapkan untuk Baby U, tapi juga untuk Along dan Kak Ya.
Assalamualaikum cinta hati Ummi,
Alhamdulillah, syukur ke hadrat allah kerana anak dara Ummi sudah genap setahun umurnya. Sungguh pantas masa berlalu, 4 bulan lagi, Kak Ya (gelaran manja Haniyya) nak jadi kakak dah. Membesarkan Kak Ya memang sangat mudah sekali. Asbab dah banyak pengalaman Ummi, atau sebelum ni dah rasa melahirkan 2 orang hero mungkin. Terima kasih Kak Ya, banyak memudahkan Ummi. Kak Ya baby yang cool, beralah dan sabar. Sungguhpun begitu, perempuan semestinya lebih sensitif, tapi Kak Ya selalu sorok perasaan tu.
Walaupun Kak Ya tak banyak ragam, tapi Ummi dan Kak Ya hebat diuji dalam perjalanan penyusuan susu ibu. Kak Ya anak ke-3, Ummi dah banyak pengalaman menyusukan abang-abangnya, tetapi dengan Kak Ya Allah beri ujian sedikit supaya Ummi tak terleka. Kak Ya adalah tounge-tied baby. Abang `Ukasyah juga begitu, walaupun lebih severe, tetapi hero mungkin semangat, Abang `Ukasyah elok je menyusu dengan badan yang sangat bam bam. Namun, dengan Kak Ya tidak begitu. Kak Ya mengalami masalah 'poor weight' di usianya 3 bulan sehingga dirujuk kepada Pakar Kanak-Kanak di HUKM. Ya Allah, memang Ummi Ayah sangat down masa tu. Sangat trauma dan takut. Pelbagai ujian darah dilakukan, ujian air kencing. Siap repeat tests lagi tu. Doktor Pakar pun tak boleh nak diagnose Kak Ya.
Ummi juga dirujuk kepada Lactational Counsellor sebab Doktor takut cara Ummi BF Kak YA salah. Ummi ada juga argue dengan Dr tentang short frenulum haniyya, tapi Dr tak nak buat frenulotomy unless affect speech je. InsyaAllah lah tak affect speech kan, sebab Ayah ok je. Geram pun ada waktu tu dan sangat kesal sebab Ummi Ayah tak lari ke private. Lepas tu bermula la episod Ummi jadi EP mom demi menaikkan berat badan Haniyya. Serius sedih sangat rasa hati ini sebab Ummi macam tak rela, tapi tak mahu pentingkan diri sendiri, asalkan Kak Ya dapat minum susu Ummi. Ummi pun beli Freestyle lepas tu. Alhamdulillah, tak de masalah production susu. Lepas tu memang Haniyya semakin tembam. Namun Kak Ya masih mengempeng hingga kini. Nak tidur, nangis, kena pujuk dengan 'best friend' dia. hehe. Kalau berjalan tu payah skit sebab Haniyya suka nak berbaring dengan 'best friend' dia. Kak Ya, nanti Ummi lahirkan adik, Kak Ya sambung BF dengan Ummi ye.
Kak Ya dah sihat sekarang, selera makan sangat tinggi. Suka makan, alhamdulillah.. Sangat tak memilih. membujur lalu melintang patah. hehe. Tembam sangat dah sekarang, dah lah framework kecik je, nampak montok.
Terima kasih Kak Ya hadir membahagiakan Ummi dan Ayah. Juga menjadi penyeri rumah Opah Aki memandangkan Kak Ya satu-satunya bunga dikalangan kumbang-kumbang. Ummi Ayah sayang sangat Kak Ya kerana Allah. Walaupun Kak Ya cepat beradik, tapi tak sikit pun perhatian kepada puteri Ummi Ayah ini akan berkurang. Ada hikmahnya Ummi tak bekerja kan sayang.
Ok Kak Ya sayang, cinta hati Ummi Ayah. Semoga membesar jadi anak yang solehah, muslehah, jadi daie, jadi seorang suri hati suami yang menenangkan dan mendamaikan seorang suami, jadi ibu yang yang penyayang.
Kini, kandungan Ummi telah berusia 19 minggu. Lagi seminggu nak masuk 5 bulan. Cepatnya masa berlalu. Rasa tak sempat melayan diri seperti orang mengandung dek kerana anak-anak tang sedang membesar.
Check-up waktu 16 minggu seperti biasa, di Poliklinik Barakah. Berat Ummi turun 2 kg dari sebelumnya. Ummi sengih kat Ayah sebab Ayah gelakkan Ummi. Mengandung sebelum ni Ummi tak pernah berat cecah 70kg walaupun dah sarat, tapi kali ni dah sampai pun 70kg. Hihi.😝 Tekanan darah rendah. Puas dah makan macam2, gitu la juga bacaannya.
Mujahid ke-4 Ummi, sihat alhamdulillah. Di minggu ke-16 beratnya dah 165 gm. Comel Ummi tengok dia menendang tak duduk diam. Gender tak nampak, macam Kak Ngah Ulya je gayanye. Kakau ikut Abang Ukasyah dan Along Uwais, mampak dah.
Semoga baby membesar sihat sempurna dalam perut Ummi. Bulan 9 ni last kita fly ye sebelum baby lahir 19 Nov. Ummi sayaaang dia.🌹