Abu `Ukasyah

Abu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Abang, Happy Anniversary

Abang, Happy Anniversary


Kedai Mawaddah & Hafiz

Ummi ayah sentiasa merinduimu sayang..

Powered by Blogger.

June 27, 2013

4th Lil Mujahid @ 16 minggu

Kini, kandungan Ummi telah berusia 19 minggu.  Lagi seminggu nak masuk 5 bulan.  Cepatnya masa berlalu.  Rasa tak sempat melayan diri seperti orang mengandung dek kerana anak-anak tang sedang membesar.

Check-up waktu 16 minggu seperti biasa, di Poliklinik Barakah.  Berat Ummi turun 2 kg dari sebelumnya.  Ummi sengih kat Ayah sebab Ayah gelakkan Ummi.  Mengandung sebelum ni Ummi tak pernah berat cecah 70kg walaupun dah sarat, tapi kali ni dah sampai pun 70kg. Hihi.😝 Tekanan darah rendah. Puas dah makan macam2, gitu la juga bacaannya.

Mujahid ke-4 Ummi, sihat alhamdulillah. Di minggu ke-16 beratnya dah 165 gm.  Comel Ummi tengok dia menendang tak duduk diam. Gender tak nampak, macam Kak Ngah Ulya je gayanye.  Kakau ikut Abang Ukasyah dan Along Uwais, mampak dah. 

Semoga baby membesar sihat sempurna dalam perut Ummi.  Bulan 9 ni last kita fly ye sebelum baby lahir 19 Nov. Ummi sayaaang dia.🌹

3 comments:

  1. Salam....
    lama akak tak baca kisah ummu ukasyah..
    semoga semuanya baik-baik saja
    Fi riayatillah daiman!

    ReplyDelete
  2. salam mawaddah, cepatnya masa berlalu dah 19 minggu ye, smg dikurniakan kesihatan yg baik2 shj pd mawaddah sekeluarga.

    tekanan darah rendah cuba ambil vitalea shaklee. su bukan nak promot ye cuma nak berkongsi kebaikan produk ni shj.:)

    jaga diri baik2 ye.smg dipermudahkan sgl urusan.

    ReplyDelete