Abu `Ukasyah

Abu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Abang, Happy Anniversary

Abang, Happy Anniversary

Kedai Mawaddah & Hafiz

Ummi ayah sentiasa merinduimu sayang..
Powered by Blogger.

July 15, 2013

Happy 1st Birthday `Ulya Haniyya

Assalamualaikum cinta hati Ummi,
Alhamdulillah, syukur ke hadrat allah kerana anak dara Ummi sudah genap setahun umurnya.  Sungguh pantas masa berlalu, 4 bulan lagi, Kak Ya (gelaran manja Haniyya) nak jadi kakak dah.  Membesarkan Kak Ya memang sangat mudah sekali.  Asbab dah banyak pengalaman Ummi, atau sebelum ni dah rasa melahirkan 2 orang hero mungkin.  Terima kasih Kak Ya, banyak memudahkan Ummi.  Kak Ya baby yang cool, beralah dan sabar. Sungguhpun begitu, perempuan semestinya lebih sensitif, tapi Kak Ya selalu sorok perasaan tu.

Walaupun Kak Ya tak banyak ragam, tapi Ummi dan Kak Ya hebat diuji dalam perjalanan penyusuan susu ibu.  Kak Ya anak ke-3, Ummi dah banyak pengalaman menyusukan abang-abangnya, tetapi dengan Kak Ya Allah beri ujian sedikit supaya Ummi tak terleka.  Kak Ya adalah tounge-tied baby.  Abang `Ukasyah juga begitu, walaupun lebih severe, tetapi hero mungkin semangat, Abang `Ukasyah elok je menyusu dengan badan yang sangat bam bam.  Namun, dengan Kak Ya tidak begitu.  Kak Ya mengalami masalah 'poor weight' di usianya 3 bulan sehingga dirujuk kepada Pakar Kanak-Kanak di HUKM.  Ya Allah, memang Ummi Ayah sangat down masa tu. Sangat trauma dan takut. Pelbagai ujian darah dilakukan, ujian air kencing.  Siap repeat tests lagi tu.  Doktor Pakar pun tak boleh nak diagnose Kak Ya.

Ummi juga dirujuk kepada Lactational Counsellor sebab Doktor takut cara Ummi BF Kak YA salah. Ummi ada juga argue dengan Dr tentang short frenulum haniyya, tapi Dr tak nak buat frenulotomy unless affect speech je.  InsyaAllah lah tak affect speech kan, sebab Ayah ok je. Geram pun ada waktu tu dan sangat kesal sebab Ummi Ayah tak lari ke private.  Lepas tu bermula la episod Ummi jadi EP mom demi menaikkan berat badan Haniyya.  Serius sedih sangat rasa hati ini sebab Ummi macam tak rela, tapi tak mahu pentingkan diri sendiri, asalkan Kak Ya dapat minum susu Ummi. Ummi pun beli Freestyle lepas tu.  Alhamdulillah, tak de masalah production susu.  Lepas tu memang Haniyya semakin tembam.  Namun Kak Ya masih mengempeng hingga kini.  Nak tidur, nangis, kena pujuk dengan 'best friend' dia. hehe.  Kalau berjalan tu payah skit sebab Haniyya suka nak berbaring dengan 'best friend' dia. Kak Ya, nanti Ummi lahirkan adik, Kak Ya sambung BF dengan Ummi ye.

Kak Ya dah sihat sekarang, selera makan sangat tinggi.  Suka makan, alhamdulillah.. Sangat tak memilih.  membujur lalu melintang patah. hehe. Tembam sangat dah sekarang, dah lah framework kecik je, nampak montok.

Terima kasih Kak Ya hadir membahagiakan Ummi dan Ayah. Juga menjadi penyeri rumah Opah Aki memandangkan Kak Ya satu-satunya bunga dikalangan kumbang-kumbang. Ummi Ayah sayang sangat Kak Ya kerana Allah.  Walaupun Kak Ya cepat beradik, tapi tak sikit pun perhatian kepada puteri Ummi Ayah ini akan berkurang.  Ada hikmahnya Ummi tak bekerja kan sayang.

Ok Kak Ya sayang, cinta hati Ummi Ayah.  Semoga membesar jadi anak yang solehah, muslehah, jadi daie, jadi seorang suri hati suami yang menenangkan dan mendamaikan seorang suami, jadi ibu yang yang penyayang.

Happy dapat si bunga..

Along sayang Kak Ya

Baby Ummi yang comel


Saat2 Ummi Ayah teruji, Haniyya makin kurus

BF Haniyya

Mula tembamkan diri

Add caption

Bersama Miqdad, adik sususannya

Termenung jauh

Ummi mula ajar pakai tudung, intstead of topi

geramnye tengok Kak Ya waktu ni

Si bunga solehah waktu 7 bulan

Gambar 2 bulan yang lalu,  Sekarang, lagi tembam

5 comments:

  1. Salam...
    Happy Birthday Ulya Haniyya
    Semoga menjadi anak solehah & berjaya di dunia akhirat

    ReplyDelete
  2. selamat hari lahir kak ya!!

    moga membesar jadi anak yang solehah, taat ummi ayah ya syg... maklang doakan dari jauh.

    maklang,
    mu'tah, Jordan. ^__^

    ReplyDelete
  3. selamat hari lahir ulya haniyya. semoga jadik anak yang soleha. cantik namanye.

    http://rujukvitaminku.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. selamat hari lahir ulya. smg menjadi anak yg solehah. lagi 4 bulan ye mawaddah punya due,cepatnya masa berlalu.take care..

    ReplyDelete