Abu `Ukasyah

Abu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Abang, Happy Anniversary

Abang, Happy Anniversary

Kedai Mawaddah & Hafiz

Ummi ayah sentiasa merinduimu sayang..
Powered by Blogger.

October 28, 2013

Check-up 4th Lil Mujahid @ 37 weeks

Alhamdulillah selesai sudah urusan check-up baby. Check-up dah semakin kerap ni, seminggu sekali.  Baby sihat, Ummi sihat juga, alhamdulillah.  Belum lagi engage kepala baby, masih floating cuma sudah head-down position.

Pagi tadi dapat giliran ke-22, rasa nak pitam kejap, tapi Ummi Ayah pergi sarapan dengan  Along dan Kak Ya dulu.  Sempat juga test drive jarak hotel ke hospital.  Kalau ikut Waze, dalam 8 minit.  Tapi ikut stopwatch Ummi, tak sampai 5 minit dah sampai.

InsyaAllah, bersalin kali ini Ummi Ayah dah ada 'birth plan' yang lain dari anak-anak sebelum ini.  Belum lagi sampai tahap 'homebirth', tapi kalau tak sempat ke hospital, Dr Siti Khadijah kan ada. Hehe. Kakak ipar Ummi seorang Dr., rumahnya pun dekat sini je. Dalam kawasan kejiranan kami.

Along dan Kak Ya akan check-in ke hotel dekat dengan hospital bersama Opah dan Aki.  Ummi Ayah tempahkan bilik yang ada jacuzzi untuk gembirakan hati anak-anak nanti bila ditinggalkan.  

Sedihnya nak tinggalkan Kak Ya, kalau tiada bau 'best friend' dia, dia meragam tak boleh tidur. Huhu.  Moga Allah bantu Kak Ya nanti.

4 comments:

  1. Salam. Mawaddah, selamat berjuang lagi. InsyaALLAH, moga dipermudahkan.ameen =)

    ReplyDelete
  2. Salam mawaddah.. slmt bersalin. sy silent reader. ohh kali ni dh xbersalin dgn dr khairiah? nnt share la pengalaman kali ni. salam ukhuwwah

    ReplyDelete