`Ukasyah sayang,
Ummi dan ayah sentiasa merinduimu sayang…Sungguh ummi ayah tidak sangka akan diuji sebegini…Sungguhpun begitu, ummi ayah harus meneruskan penulisan di blog `Ukasyah…Itulah niat asal ummi ayah kan sayang…Untuk menjadikan blog ini sebagai medan dakwah walaupun bukan ilmiah sangat…Sekadar berkongsi pengalaman mentarbiyyah dan membesarkan anak….Oleh yang demikian, Ummi ayah perlukan kekuatan untuk kembali menulis di blog `Ukasyah….
Ummi ayah teringin sekali berkongsi kisah pemergianmu bersama semua sahabat di luar sana…Tetapi ummi ayah masih dalam kesedihan…Bukan ummi tidak redha `Ukasyah, tetapi ummi masih kurang dapat mengawal perasaan ummi…Ummi ayah menikmati setiap detik dari awal ummi mengandungkan `Ukasyah sehinggalah `Ukasyah kembali kepada Allah…
Alhamdulillah, kamu anak soleh sayang…Sejuk hati ummi, tenang rasanya bila memikirkan yang ummi pernah mengandungkan, melahirkan dan menyusukan ahli syurga seperti `Ukasyah…`Ukasyah lebih bahagia dalam pemeliharaan Allah di syurga yang kekal abadi…dunia ini sementara saja….Inilah motivasi yang sering ayah berikan pada ummi…Ketahuilah sayang, ummi ayah sedang berusaha keras untuk bersama `Ukasyah di syurga yang abadi…Kita berpisah hanya sementara saja….
Walaupun kerinduan sering bertamu di hati ummi ayah, ummi ayah akan pastikan bahawa ianya tidak akan membantutkan usaha-usaha kami…Sungguh berat ujian ini…Bukan mudah untuk mendapat syurga ye `Ukasyah….Ummi ayah terpilih untuk diuji…`Ukasyah doakan supaya ummi ayah sabar, tabah dan syukur kerana diuji Allah…Allah sayang pada kita…Allah ingat pada kita semua…Ummi ayah sayangkan `Ukasyah , tetapi tidak dapat membatasi kasih sayang Allah terhadap `Ukasyah ….Sesungguhnya `UKASYAH MILIK ALLAH`…..
P/S: Andai kekuatan datang kembali, ummi ayah akan menulis tentang detik-detik terakhir `Ukasyah bersama ummi ayah…Supaya menjadi pengajaran dan tauladan kepada yang lain…