Abu `Ukasyah

Abu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Abang, Happy Anniversary

Abang, Happy Anniversary

Kedai Mawaddah & Hafiz

Ummi ayah sentiasa merinduimu sayang..
Powered by Blogger.

April 17, 2013

Perkembangan Anak-anak

Assalamualaikum cinta hati Ummi,

Dah lama ye Ummi tak tulis perkembangan anak-anak. Kita mulakan dari Along Uwais, kak Ngah Haniyya dan Little Mujahid ye.

1) Along Uwais
Uwais walaupun belum dapat bercakap dengan lancar, tapi vocab semakin bertambah. Perkataan yang baru dapat sekarang, "octagon, pentagon". hehe. Ummi dulu umur Uwais tak tahu pun. Semakin faham arahan dan teguran Ummi Ayah. Pandai merajuk, terutamanya dengan Ayah. Overprotective dengan Kak Ngah, senang kerja Ummi sebab Kak Ngah ni suka kutip barang masuk mulut.

Uwais dah boleh mandi sendiri. Paling rapat dengan Opah. Manja teramat.

2) Kak Ngah Haniyya
Gelaran baru telah diberi supaya bila adik lahir, Ummi Ayah tak confuse. Haniyya pun sama. Sekarang dia masih gelarkan diri sendiri 'adik' . Anak dara sorang ni petah bercakap. Umur sudah genap 9 bulan, cakap memang jelas. Paling segan kalau nangis nak susu, mesti sebut , "ummi, nak nenen". Kalau nampak makanan, "Adik nak". Sekarang suka dengan Ayah, "Nak Ayah". Bila Along nak buat atau ambil mainan, dia jerit , "Ummi!!!!".

Beza rupanya anak lelaki dan perempuan, perempuan lambat dari segi fizikal, tapi cepat bercakap. Haniyya merayap memang laju, duduk tegap sangat, dah boleh berdiri dah, tapi malas betul merangkak. Bukan tak boleh, tapi dia tak suka. Sekarang suka panjat bantal, badan kami.

Haniyya suka makan, tiada masalah. Badan tetap genit. ;)

3) 4th Little Mujahid
Hari Ahad lepas, Ayah bawa Ummi untuk check-up yang pertama di Poliklinik Barakah. Kebetulan sampai lewat sebab angkut anak-anak kan, dapat giliran ke-27. Tapi kami ok je, asalkan Dr. Khairiah .

Sampai je nurse dah kenal Ummi. Semua patient pandang je kami. Hehe. Malu plak rasa. Padahal orang pun tak tau Ummi la yang paling kerap bersalin kat situ. Nurses semua excited sebab tengok Haniyya dah besar, dah 9 bulan. Dari lahir tak pernah bawa Haniyya kecuali waktu Kak Ijah bersalin ari tu.

Sementara tunggu giliran, Ummi dok sembang dengan Ayah, paranoid sendiri. Ayah layan je. Malu nak jumpa Dr. la. tiba giliran Ummi, masuk siap palpitation bagai nak jumpa Dr. Dr. Khairiah sangat baik akhlaknya. Ummi dah tersipu-sipu malu, tapi Dr. plak yang tenangkan Ummi. Dr. kata elok complete kn family waktu muda ni. Dah 30 ke atas mula dah banyak risiko. Haha. Segan, segan. Boleh dapat anugerah tak bersalin paling banyak di Barakah? Hehe. 2009-Ukasyah, 2010- Uwais, 2012- Ulya, 2013-baby U.

Dr. scan, kalau ikut LMP dah 10 weeks, tapi by scan baru 8 weeks 5 days. Jadi kita ikut scan ye. InsyaAllah, due date 19 November. Baby dah ada heartbeat, alhamdulillah. Doakan kesihatan Ummi dan baby ye.

# Terima kasih Allah, atas kurniaan nikmat yang tak terhingga buat kami. Nak tambah lagi satu ladang pahala buat Ummi Ayah. Bila tengok dekat Buku Mengandung tu, Gravida 4, Para 3, rasa sangat terharu sebab baru 27 tahun, Allah dah kurniakan permata hati yang ke-4. ALHAMDULILLAH


3 comments:

  1. Alhamduliilah... >^_^< tahniah dpt mujahid... eh boleh je dpt anugerah tu... tpi best kan.. pegi2 je org dah kenal... snng sikit suasan tu nak berjalan :)

    ReplyDelete
  2. Subhanallah cepatnya 9 bulan dah boleh cakap?!! ^_^

    ReplyDelete
  3. Tahniah Mawaddah...
    excited bila dgr Uwais dan Haniyya nak dapat adik lagi
    Semoga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.....

    ReplyDelete