Abu `Ukasyah

Abu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Abang, Happy Anniversary

Abang, Happy Anniversary


Kedai Mawaddah & Hafiz

Ummi ayah sentiasa merinduimu sayang..

Powered by Blogger.

December 30, 2011

1st ANC: 3rd Little Mujahid @ 9W

Alhamdulillah dan syukur ke hadrat Allah atas nikmat yang tidak terhingga.   Secara rasminya Dr. Khairiah telah mengesahkan bahwa kandungan Ummi telah berusia 9 minggu.  Ummi Ayah berpandangan kerana sangat terkejut.  Masakan tidak, 2 bulan yang berlalu permata hati yang ke-3 ini duduk senyap  dan utuh dalam rahim Ummi.  2 bulan yang lalu juga Ummi melalui hari-hari yang penuh cabaran menguruskan perniagaan.  Ummi juga ada beberapa kali pergi bersenam dan jogging.  Sewaktu di Guangzhou, setiap hari tanpa rehat.  Berjalan lebih 10km setiap hari rasanya.  Mengangkat kotak-kotak besar yang berat untuk dihantar melalui kapal.  Bila kontena sampai, Ummi mengangkat pula kotak-kotak tersebut untuk di susun dalam stor.  Subhanallah dan alhamdulillah sentiasa meniti di bibir ini.  Bersyukur dan sangat kagum dengan kebesaran Allah.  

**********************************************************************************
Waktu nak pergi appointment pertama dengan Dr. Khairiah, Ummi cakap dengan Opah dan Ayah, "Rasa segan pula nak jumpa Dr. Khairiah.  Setiap tahun, mesti muka angah muncul depan Dr.".  Bila patient lain keluar dari bilik Dr. , Ummi palingkan muka kat tempat lain.  Waduh, segannya, sedangkan sebentar lagi memang giliran Ummi.  Tiba giliran Ummi, berdebar macam nak pengsan dah.  Macam-macam perasaan ada.  

Demi menghilangkan debaran, Ummi berterus terang je dengan Dr. "Dr. saya segan sebenarnya ni", tapi jawapan Dr. membuatkan Ummi hilang rasa yang pelbagai tu, "Buat apa nak malu.  Gembiralah patutnya.  Tahniah!!!" .  Ini yang Ummi suka dengan Dr. Khairiah ni, tak pernah lekang dengan senyuman dan sangat sporting.  Sebab itu, Ummi suka bersalin dan follow-up dengan Dr. Khairiah.  Dari abang `Ukasyah, along Uwais sampai lah ke adik `U`.  Dr. Khairiah pun dah faham dengan Ummi.  Bila ummi sakit, sejuk je pandang senyuman manis Dr.  Tutur kata sangat tertib dan sopan. ^__^

**********************************************************************************Perihal permata hati yang ke-3 pula.  Bila Dr. Khairiah nak scan, Ummi expect nampak sac je, tapi terkejut Ummi tengok tangan dan kaki adik semua bergerak serta ada denyutan jantung yang berdegup.  Adik gerak sopan je.  Sudah besar rupanya anak Ummi.  Along Uwais, asyik dok pandang screen persis faham sangat dengan apa yang dilihatnya.  

Waktu dalam kereta Ummi tanya Uwais,"Along, macam mana gaya adik tadi?" . Dia pun buatlah gaya adik kononnya.  Berkali-kali Ummi Ayah tanya sebab nak tengok Along Uwais demo, sekali entah kali ke berapa dia menangis sedih dan sayu.  Rupa-rupanya Along Uwais sedih sebab dia dah faham adik dah ada.  Ummi Ayah asyik ingat dia kecil lagi.  Ummi pula rasa nak nangis dan tiba-tiba teringat abang `Ukasyah, lagi lah sedih rasanya.

InsyaAllah, Ummi sedang menikmati saat-saat indah bersama puteri yang ketiga (hehe, belum tahu lagi.  Kata-kata ibu itu kan satu doa, moga ianya dimakbulkan..^__^) .  Sedihnya, tinggal kurang dari 7 bulan untuk Ummi meraikan kehadiran puteri ke-3 dalam rahim Ummi.  Trimester pertama bakal berakhir tak lama lagi.  InsyaAllah, EDD 2/8/2012 bersamaan 13 Ramadhan.  Tapi kebiasaanya Ummi bersalin awal dari EDD, iaitu 38 atau 39 minggu.  Mungkin dalam hujung bulan Julai.  Alhamdulillah, dapat beraya dengan baby baru nanti.

Semoga Allah permudahkan segalanya, ameen. ^__^

December 22, 2011

Alhamdulillah, our 3rd little mujahid is on the way..


Alhamdulillah dan syukur yang tidak terhingga dengan rezeki dan nikmat Allah ini.   Ummi ayah agak ragu-ragu lagi untuk berkongsi berita gembira ini dengan semua, tapi kami yakin dengan perkongsian ini semua pembaca juga dapat mendoakan kesejahteraan kami.  Our 3rd little mujahid is in my tummy.  This is expected and wanted pregnancy.  Since i have no mense at all and still BF Uwais, i don`t expect that we will have the third one this soon.  

Tergerak hati Ummi nak test sebab Uwais sihat je, tapi muntah-muntah dan hilang selera makan dia.  Uwais pun makin slim dah.  Waktu malam dia meragam sedangkan Ummi tahu anak Ummi ini jenis yang tidur sepanjang malam.  Lepas itu, asyik nak ayah je, dengan Ummi tak nak.  Kalau poo poo sanggup tunggu Ayah balik nak basuh.  Uwais yang macam mabuk, Ummi ok lagi.

Alhamdulillah, pregnancy kali ini sungguh berbeza dengan yang sulung dan kedua.  Ummi suka makanan yang agak manis walaupun tak boleh makan banyak pun.  Suka memasak dan allergik betul dengan makanan ada MSG atau makanan luar ni.  Suka pada kecantikan.  Sebelum tahu Ummi pregnant, macam-macam Ummi request pada ayah, nak pergi Salun Rambut Muslimah, nak pergi check gigi, nak beli pencuci muka, nak manicure dan pedicure.  Keinginan je yang lebih, tapi tak pergi pun.

Berapa usia kandungan ini Ummi pun tak tahu.  Kena pergi appointment dengan specialist Ummi, Dr. Khairiah  untuk dapatkan gestational age by scan.  InsyaAllah, secepat yang mungkin nak pergi confirmkan pregnancy kali ini.  Jika ikutkan hati ummi ini, nak pergi lambat sikit, tapi memandangkan ketepatan umurnya kurang bila bayi ini semakin membesar.

Ummi ayah mohon kalian mendoakan agar Allah permudahkan sepanjang proses mengandung dan melahirkannya nanti ye.  Bak kata Pak Long, "Along dan kak ijah mendoakan moga Allah mudahkan urusan melahirkan dan mendidik mujahid dan mujahidah menjadi murabbi mithali".  

"Ahlan wa sahlan untuk permata hati Ummi Ayah yang ketiga.  Ummi, Ayah dan Along Uwais sayang kamu kerana Allah."

December 12, 2011

Selamat Ulangtahun Perkahwinan yang ke-4, Abu `Ukasyah...

Assalamualaikum,

Walaupun 17 November telah berlalu hampir sebulan lamanya, tetapi tidak terlambat rasanya untuk Ummi mengucapkan “ Selamat Ulangtahun Perkahwinan yang ke-4” buat Abu `Ukasyah yang Ummi sayangi.  Semoga baitul muslim yang dibina ini kekal hingga ke syurga hendaknya dan kita masih berkasih sayang kerana Allah.  

4 tahun yang menyimpan kemas memori suka duka  Ummi dan Abu `Ukasyah.   Jatuh bangun dan bangkit bersama demi mengukuhkan hubungan ini. 
Aku terima nikahnya...17/11/2007
Zaman muda remaja, 21 tahun umurnya...
Tahun pertama perkahwinan, Ummi dan Abu `Ukasyah tinggal di mahallah (asrama) UIA masing-masing.  Ummi masih menjalani rutin harian sebagai seorang pelajar seperti biasa, cuma di waktu malam Ummi dapat dating secara HALAL dengan Abu `Ukasyah.  Abu `Ukasyah akan mengambil Ummi di asrama dengan kereta kancil warna merah.  Ya, kereta kancil merah yang sangat berjasa itu.  Makan di luar bersama dan bila pulang ke UIA, ronda-ronda lagi sambil bersembang. Kadang-kadang pak guard UIA tahan sebab ingatkan kami ‘couple’. 

Bila stress study nak exam, Ummi dan Abu `Ukasyah pergi holiday sebab di Kuantan banyak pantai yang cantik dan nyaman.  Alhamdulillah, kami pass tahun pertama kehidupan sebagai ‘married students’ dengan keputusan yang cemerlang.  Selepas yakin dengan kemampuan kami menguruskan belajar dan rimahtangga, Ummi dan Abu `Ukasyah mengambil keputusan untuk menyewa di luar UIA. Oh ya, lupa nak beritahu, selepas kahwin biasiswa JPA Abu `Ukasyah naik.  Murah rezeki kami.

Tahun kedua perkahwinan, Ummi dan Abu `Ukasyah menerima berita gembira tentang kehadiran `Ukasyah di dalam rahim Ummi.  Masih segar dalam ingatan, ketika itu Ummi masih tinggal di tingkat 4, Mahallah Maymunah dan dalam proses perpindahan.  Walaupun baru mengandung, semangatUmmi angkut barang dari tingkat 4.  Bila duduk dengan Abu `Ukasyah, Ummi sedih juga sebab Ummi mabuk teruk sampai tak boleh masak.  Alhamdulillah, Ummi tetap semangat pergi kelas.  Waktu ini Abu `Ukasyah sudah mula hantar Ummi ke kelas dengan kereta SAGA biru yang Atuk belikan.
Anak lelaki sulung Ummi dan Abu `Ukasyah, `Ukasyah.

`Ukasyah lahir pada tahun kedua perkahwinan Ummi dan Abu `Ukasyah.  Gembira menjadi ibu bapa muda, Allah sahaja yang tahu perasaannya.  Berpantang tidak seperti orang lain, maternity leave hanya 2 minggu dan tambahan seminggu untuk cuti Raya Aidilfitri, selepas itu Ummi posting di CCU (Caridac Care Unit HTAA).  Waktu ini Abu `Ukasyah masih cuti semester, jadi setiap hari Abu `Ukasyah akan hantar Ummi ke HTAA.  ‘Ukasyah pula duduk dalam car seat, dan akan turut sama hantar Ummi.  Ya, Abu `Ukasyah jaga `Ukasyah sewaktu ketiadaan Ummi.  Alhamdulillah, Abu `Ukasyah sangat cekap menguruskan keperluan mujahid sulung kami dan memberikan EBM (expressed breastmilk) pada `Ukasyah.  Ummi pula terkontang-kanting di wad mencari tempat dan mencuri masa untuk memerah susu.  Bila teringat kembali, Ummi tak terfikir bagaimana Ummi dan Abu `Ukasyah dapat lalui semua ini berdua sahaja.  Ibu bapa pula jauh. 
Ulangtahun Perkahwinan ke 2 bersama `Ukasyah



Ummi dan Abu `Ukasyah sempat menyambut Ulangtahun Perkahwinan ke-2 dengan `Ukasyah di Restoran Rasamas.  `Ukasyah sangat baik waktu ini, selepas menyusu,lena dia di dalam stroller sehingga pulang ke rumah. 

14 Disember `Ukasyah tinggalkan Ummi dan Abu `Ukasyah.  Saat itu Ummi dan Abu `Ukasyah hadapi berdua sahaja.  Waktu itu baru Ummi rasai bagaimana kaki yang tidak berpijak di bumi nyata. Ummi rebah, tapi Abu `Ukasyah sambut dan papah Ummi.  Ummi dan Abu `Ukasyah berpelukan di luar ‘red zone’  wad kecemasan untuk mencari sisa dan saki baki kekuatan yang masih tinggal.  Sungguh hilang segala malu yang ada dalam diri kami.  Menggigil dan lemah seluruh badan.  Waktu itu benar-benar rasa kosong, hanya rasa ada Allah sahaja.  Ummi capai telefon bimbit dan telefon Opah dan sahabat baik Ummi dunia akhirat, Naddy.  

Ya Allah, inilah ujian yang paling besar Ummi dan Abu `Ukasyah pernah lalui dalam kehidupan ini.
Kehidupan selepas itu sangat kosong dan hambar.  Pandangan terus yang tidak bermakna.  Ummi dan Abu `Ukasyah seperti mahu saja menamatkan kehidupan sebagai pelajar. Ya, hilang penyeri rumah tangga.
Anak lelaki kedua Ummi dan Abu `Ukasyah,Uwais al-Qarni.
Tahun ketiga perkahwinan sangat menggembirakan dengan kehadiran pengubat rindu Ummi dan Abu `Ukasyah, Uwais al-Qarni.  Alhamdulilah, Allah makbulkan doa Ummi untuk hadirkan seorang lagi anak lelaki yang punya mirip wajah serupa persis `Ukasyah.  Ya, mereka sangat mirp walaupun tak serupa.  85% mereka serupa.  Namun, watak pengubat rindu ini menceriakan sungguh.  Abangnya, cool seperti Abu `Ukasyah, tetapi dia ‘cheeky’ macam ummi.^__^


Hari ini, sudah 4 tahun usia perkahwinan Ummi dan Abu `Ukasyah.  Alhamdulillah, Allah panjangkan jodoh Ummi dan Abu `Ukasyah sehingga kini.  Semoga kita bercinta hingga ke syurga.  Syukur kerna dipilih untuk diuji kerana ujian ini menguatkan hati-hati yang lemah.  Membuatkan diri ini terus dekat dan ingin lebih dekat kepada Allah.  Menyedarkan diri ini tentang penyerahan yang total kepada Allah setelah berusaha dan yang penting mengingatkan bahawa semua yang dimiliki ini, tidak ada satu pun milik kita. 

Ummi sayang Abu `Ukasyah kerana Allah. ^__^




December 3, 2011

Salam Taaruf Mira Farzana

Assalamualaikum, seperti yang dijanjikan dengan adik Mira Farzana (betul ke ni akak eja?), kak Mawaddah buat sedikit update ye di blog picisan ni.  Adik Mira Farzana kata dia tak kisah tulis pasal apa sebab dia baca semua tulisan kak Mawaddah, asalkan ada update ye dik.  Tapi akak awak ni kurang rajin update blog tau.  Kak Mawaddah terkejut sangat bila awak kata awak baru form 1.  Akak ingat awak junior akak di UIA.  Ish bahaya tau dik awak baca blog akak..hehe.  Takut terpengaruh dengan akak nanti, marah pula mak ayah awak kat akak.  hehe.  Semoga awak ambil yang baik sahaja, walaupun banyak yang tak baik dalam penulisan akak ni.

Seperti yang kak Mawaddah cakap dengan awak, kalau nak update blog kena tunggu Uwais tidur dulu sebab Uwais jeles kalau Ummi duduk depan laptop.  Nanti dia mesti nak menaip sama dengan Ummi.  Sebab tu akak tak dapat nak update selalu blog ini. Tambahan pula Abu `Ukasyah dah dua minggu bekerja tanpa henti sebab on-call dan berita gembira yang baru dikhabarkan kepada akak tadi, dia ada kursus hujung minggu ini. Waduh, macam hilang sebelah tangan akak ni.  Bila Abu `Ukasyah ada, boleh lah dia tolong jagakan Uwais sementara akak buat kerja.

Awak doakan akak ada banyak masa lapang yang bermanfaat ye.  Semoga akak boleh menulis sesuatu yang lebih bermanfaat.  Salam Taaruf dari Kak Mawaddah dan Uwais al-Qarni.  Akak doakan awak berjaya dunia dann akhirat.

p/s: Akak baru terfikir nak tulis tentang pengalaman "Kahwin Awal/ Sewaktu Study", tapi sekarang rasa ragu-ragu pula..hihi...^__^