Abu `Ukasyah

Abu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Abang, Happy Anniversary

Abang, Happy Anniversary

Kedai Mawaddah & Hafiz

Ummi ayah sentiasa merinduimu sayang..
Powered by Blogger.

November 26, 2011

MUSAFIR DI BUMI CHINA: Bahagian 1

Ya Uwais, Ummi catatkan perjalanan bermusafir kita agar anak Ummi dapat membacanya kelak.  Banyak yang telah kita dapat hasil dari bermusafir di tempat yang asing, yang punya lain budaya dan cara hidup.  Sehingga Uwais juga sudah bercakap seakan-akan bunyi bahasa Mandarin. Contohnya, "Eee Ser Li...Wu Li" ...Ummi juga tak faham apa yang Uwais kata kan.  Mungkin suasana di sana serba sedikit mempengaruhi Uwais...Hikmah bermusafir, alhamdulillah.  InsyaAllah, kalau anak Ummi dah pandai cakap mandarin, lebih mudah urusan Ummi.hehe.

di Baiyun International Airport
Tujuan Asal Bermusafir
Uwais, tujuan utama kita ke sana kerana urusan bisnes U Kids Mart dengan pihak kilang di sana terutamanya, selain mengambil stok barang-barang.  Opah Aki pun turut serta atas urusan bisnes juga.  Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar, walaupun punya masalah komunikasi.  
Separuh dari barang-barang U Kids Mart yang dihantar pulang dengan kapal.
Tujuan lainnya, sebagai hadiah untuk Ummi, Ayah dan Uwais.  Lagipun, hari terakhir kita di sana iaitu 17 November adalah ulangtahun perkahwinan ummi ayah yang keempat.  Walaupun Ummi Ayah bekerja sepanjang di sana, tapi ada juga kita curi masa untuk berjalan-jalan , terutamanya bila dah selesai urusan kargo barang-barang semua.  

Cuaca yang Nyaman
Hari pertama kita di sana, cuaca agak sejuk dan kering.  Seakan berada di Cameron, tapi lebih sejuk.  Hari kedua juga begitu, kita semua masih pakai sweater lagi.  Hari seterusnya, sehingga kepulangan kita ke Malaysia seminggu selepas itu, sentiasa "Sunny Day".  Walaupun ada matahari, tapi cuaca sangat nyaman.  Uwais pun tak berpeluh.

Makanan
Setiap pagi Ummi buat breakfast di bilik hotel sebab tiada restoran makanan halal yang dibuka seawal pagi.  Tengah hari, biasanya memang tak makan sebab memang tak sempat sampai ummi ayah pun dah tak ingat makan.  Tapi Ummi bawa roti, biskut dan air untuk Uwais untuk Uwais makan sementara Ummi tengah deal dengan supplier.  Beberapa  hari terakhir, waktu dah tak sibuk, kita pergi makan tengah hari di Salam Harbor Restaurant yang terletak di Sanyuanli.  Ini adalah sebuah restoran makanan segera yang halal, tapi disediakan nasi juga.  Di sini juga kita dapatkan bekalan roti halal dari Zam Zam Bakery.

Kebanyakan masa kita hanya makan di restoran makanan arab yang terletak bertentangan dengan hotel iaitu Turkey Sarray Restaurant.  Bila kecemasan, restoran ni yang paling dekat untuk dapatkan nasi.  Al-maklumlah, Uwais suka makan nasi.  Lain kali Ummi kena bawa periuk nasi atau beli periuk di sana.

Ada juga kita pergi ke Sabaa Restaurant, iaitu restoran makanan arab dan Abdullah Restaurant, restoran makanan cina muslim. Tapi sedikit jauh dari hotel, perlu naik Metro atau Taxi.


Salam Harbor yang terletak di Sanyuanli
Zam Zam Bakery dalam Salam Harbor je..
Restoran Makanan Cina Muslim, Restoran Abdullah.
Depan Turkey Sarray...

Ok Uwais, nanti Ummi sambung lagi ye sayang...

November 25, 2011

Kenapa Aku?

Ya Uwais al-Qarni, Ummi dapat sesuatu dari pembacaan Ummi di blog `MUJAHIDAH SOLEHAH` ..Menitis air mata Ummi.  Ummi selalu ingat Ummi yang paling hebat diuji Allah, rupa-rupanya, ada insan yang lebih besar ujiannya, kehilangan seorang anak, seorang suami, ibu serta bapa mentua.  Air mata tak henti mengalir, Ummi cuba memahami setiap bait patah perkataannya.  Ya Uwais, dia bukan wanita yang biasa.  Dia wanita yang ditarbiyyah, begitu juga suaminya.  Ummi ada terbaca dalam penulisannya tentang suaminya yang amat menyukainya bertudung labuh dan memintanya begitu selama-lamanya.  Dan alhamdulillah dia istiqamah sehingga kini.  Bertuah suaminya punya isteri solehah yang sentiasa mendoakannya.  Semoga Allah terus beri kekuatan padanya...Ameen insyaAllah.  



KENAPA AKU?

 (copy paste dari blog mujahidah solehah)


kenapa aku sering diuji?

firman Allah taala : apakah manusia mengira bahawa mereka dibiarkan sajamengatakan;"kami telah beriman"sedangkan mereka tidak diuji?(SURAH AL-ANKABUT:2)

kenapa aku tidak dapat apa yang aku idam-idamkan?

firman Allah taala : boleh jadi kami membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, sesungguhnya Allah amat mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (SURAH AL-BAQARAH :216)

kenapa aku diuji ujian seberat ini?

Firman Allah taala : Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. (SURAH AL-BAQARAH :286)

bagaimana kan aku hadapi ujian ini?

firman Allah taala : dan mintalah pertolongan dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang, dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada org2 yg khusyuk. (SURAH AL-BAQARAH : 45)

apa yang aku boleh dapat dari semua ini?

firman Allah taala : sesungguhnya Allah telah membeli dari orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan (bayaran) syurga untuk mereka...(SURAH AT-TAUBAH : 111)

November 19, 2011

Alhamdulillah, selamat pergi dan pulang..

Alhamdulillah, syukur pada Allah kerana permudahkan segala urusan.  Mawaddah, Hafiz, Uwais selamat tiba di Malaysia 6 pagi semalam.  Turut serta bersama kami, Ummi Abah Mawaddah dan adik bongsu, Baihaqi.  Kami berada di Guangzhou selama seminggu kerana urusan bisnes dan percutian juga. Bila dah lama di sana, rasa kekok pula nak biasakan balik dengan kehidupan di sini.  Ya, pengalaman yang amat berharga dan insyaAllah, kami memang akan kerap ke sana.  Pengalaman bermusafir memang sangat indah.  Tambahan pula ada kedua ibu bapa yang banyak membantu, juga adikku yang membantu menjaga Uwais.  

Sungguh penat rasanya bila sampai sini.  Yelah, seminggu di sana, non-stop bekerja sampai tak berapa ingat nak makan dan rehat. Uwais juga yang sentiasa energetic. hehe.

Sampai di sini dahulu.  Andai Mawaddah rajin, insyaAllah Mawaddah akan tulis travelog perjalanan bermusafir di bumi orang ye.  Jika kurang rajin, Mawaddah kongsikan potret-potret kami di sana.^__^

November 3, 2011

Uwais kesayangan Ayah

Assalamualaikum ya Uwais al-Qarni,

Sejak akhir-akhir ini, Uwais asyik menangis dan merengek nak Ayie (panggilan manja Uwais untuk Ayah).  Walaupun Ayie ada depan mata, Uwais langsung tak layan Ummi. Bila menyusu dengan Ummi pun Uwais nak panggil Ayie duk sebelah kita.  Sampai Ayie  tersengguk-sengguk layan Uwais tau. Waktu Uwais dah tidur, Ayie pun terpaksa tidur sekali sebab kalau Ayie bangun, Uwais pun bangun juga sampai Uwais terjatuh katil suatu hari tu.. 

Alhamdulillah Ayie rajin melayan Uwais, tapi Ummi kesian dekat Ayie tau.  Ayie penat kerja mencari rezeki untuk Uwais dan Ummi.  Dalam seminggu, 3 malam Ayie tiada di rumah, sama ada oncall atau ada program.  Kadangkala kerna kerja di hujung minggu, Sabtu dan Ahad sebab patient IVDU nak Methadone. Ummi pun kesian juga kalau Uwais merengek nak Ayie sebab Ummi pun kerja di rumah untuk U Kids (nak juga tu...hehe). Bila Uwais merengek, lambat Ummi masuk office, lambat habis kerja, sian customer Ummi.  Ummi kan sekejap je masuk office, siap kerja Ummi shut down laptop.

Anak Ummi anak yang soleh kan.  Anak soleh kalau bangun tidur baca doa dulu dan senyum.   InsyaAllah, waktu cuti Ummi janji Ummi Ayie akan main dengan Uwais puas-puas ye.  Ummi sayang Uwais al-Qarni yang soleh ni kerana Allah..mmuaaah...^__^

Waktu sambut 1st Birthday..Sekarang muka toddler dah...

November 2, 2011

Mohon Maaf

Assalamualaikum kepada semua pembaca dan pengikut setia blog Buatmu Anakku,

Mawaddah mohon maaf kerana `private` kan blog sementara waktu.  Ada masanya terasa inginkan privasi dalam penulisan dan ingin muhasabah diri.  Semoga hari ini lebih baik dari semalam.  Mawaddah sangat terharu dengan sokongan anda semua, bertalu-talu message masuk dalam inbox FB sehinggakan ada yang terasa hati ingatkan Mawaddah invite certain readers je. Mawaddah tak sampai hati. hehe.

Semoga ada pembaharuan dan nafas baru untuk `Buatmu Anakku` ye dan semoga dapat berikan perkongsian yang terbaik untuk semua...

Ukhuwwah fillah dari keluarga kecil kami....^__^