Abu `Ukasyah

Abu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Abang, Happy Anniversary

Abang, Happy Anniversary


Kedai Mawaddah & Hafiz

Ummi ayah sentiasa merinduimu sayang..

Powered by Blogger.

December 12, 2011

Selamat Ulangtahun Perkahwinan yang ke-4, Abu `Ukasyah...

Assalamualaikum,

Walaupun 17 November telah berlalu hampir sebulan lamanya, tetapi tidak terlambat rasanya untuk Ummi mengucapkan “ Selamat Ulangtahun Perkahwinan yang ke-4” buat Abu `Ukasyah yang Ummi sayangi.  Semoga baitul muslim yang dibina ini kekal hingga ke syurga hendaknya dan kita masih berkasih sayang kerana Allah.  

4 tahun yang menyimpan kemas memori suka duka  Ummi dan Abu `Ukasyah.   Jatuh bangun dan bangkit bersama demi mengukuhkan hubungan ini. 
Aku terima nikahnya...17/11/2007
Zaman muda remaja, 21 tahun umurnya...
Tahun pertama perkahwinan, Ummi dan Abu `Ukasyah tinggal di mahallah (asrama) UIA masing-masing.  Ummi masih menjalani rutin harian sebagai seorang pelajar seperti biasa, cuma di waktu malam Ummi dapat dating secara HALAL dengan Abu `Ukasyah.  Abu `Ukasyah akan mengambil Ummi di asrama dengan kereta kancil warna merah.  Ya, kereta kancil merah yang sangat berjasa itu.  Makan di luar bersama dan bila pulang ke UIA, ronda-ronda lagi sambil bersembang. Kadang-kadang pak guard UIA tahan sebab ingatkan kami ‘couple’. 

Bila stress study nak exam, Ummi dan Abu `Ukasyah pergi holiday sebab di Kuantan banyak pantai yang cantik dan nyaman.  Alhamdulillah, kami pass tahun pertama kehidupan sebagai ‘married students’ dengan keputusan yang cemerlang.  Selepas yakin dengan kemampuan kami menguruskan belajar dan rimahtangga, Ummi dan Abu `Ukasyah mengambil keputusan untuk menyewa di luar UIA. Oh ya, lupa nak beritahu, selepas kahwin biasiswa JPA Abu `Ukasyah naik.  Murah rezeki kami.

Tahun kedua perkahwinan, Ummi dan Abu `Ukasyah menerima berita gembira tentang kehadiran `Ukasyah di dalam rahim Ummi.  Masih segar dalam ingatan, ketika itu Ummi masih tinggal di tingkat 4, Mahallah Maymunah dan dalam proses perpindahan.  Walaupun baru mengandung, semangatUmmi angkut barang dari tingkat 4.  Bila duduk dengan Abu `Ukasyah, Ummi sedih juga sebab Ummi mabuk teruk sampai tak boleh masak.  Alhamdulillah, Ummi tetap semangat pergi kelas.  Waktu ini Abu `Ukasyah sudah mula hantar Ummi ke kelas dengan kereta SAGA biru yang Atuk belikan.
Anak lelaki sulung Ummi dan Abu `Ukasyah, `Ukasyah.

`Ukasyah lahir pada tahun kedua perkahwinan Ummi dan Abu `Ukasyah.  Gembira menjadi ibu bapa muda, Allah sahaja yang tahu perasaannya.  Berpantang tidak seperti orang lain, maternity leave hanya 2 minggu dan tambahan seminggu untuk cuti Raya Aidilfitri, selepas itu Ummi posting di CCU (Caridac Care Unit HTAA).  Waktu ini Abu `Ukasyah masih cuti semester, jadi setiap hari Abu `Ukasyah akan hantar Ummi ke HTAA.  ‘Ukasyah pula duduk dalam car seat, dan akan turut sama hantar Ummi.  Ya, Abu `Ukasyah jaga `Ukasyah sewaktu ketiadaan Ummi.  Alhamdulillah, Abu `Ukasyah sangat cekap menguruskan keperluan mujahid sulung kami dan memberikan EBM (expressed breastmilk) pada `Ukasyah.  Ummi pula terkontang-kanting di wad mencari tempat dan mencuri masa untuk memerah susu.  Bila teringat kembali, Ummi tak terfikir bagaimana Ummi dan Abu `Ukasyah dapat lalui semua ini berdua sahaja.  Ibu bapa pula jauh. 
Ulangtahun Perkahwinan ke 2 bersama `Ukasyah



Ummi dan Abu `Ukasyah sempat menyambut Ulangtahun Perkahwinan ke-2 dengan `Ukasyah di Restoran Rasamas.  `Ukasyah sangat baik waktu ini, selepas menyusu,lena dia di dalam stroller sehingga pulang ke rumah. 

14 Disember `Ukasyah tinggalkan Ummi dan Abu `Ukasyah.  Saat itu Ummi dan Abu `Ukasyah hadapi berdua sahaja.  Waktu itu baru Ummi rasai bagaimana kaki yang tidak berpijak di bumi nyata. Ummi rebah, tapi Abu `Ukasyah sambut dan papah Ummi.  Ummi dan Abu `Ukasyah berpelukan di luar ‘red zone’  wad kecemasan untuk mencari sisa dan saki baki kekuatan yang masih tinggal.  Sungguh hilang segala malu yang ada dalam diri kami.  Menggigil dan lemah seluruh badan.  Waktu itu benar-benar rasa kosong, hanya rasa ada Allah sahaja.  Ummi capai telefon bimbit dan telefon Opah dan sahabat baik Ummi dunia akhirat, Naddy.  

Ya Allah, inilah ujian yang paling besar Ummi dan Abu `Ukasyah pernah lalui dalam kehidupan ini.
Kehidupan selepas itu sangat kosong dan hambar.  Pandangan terus yang tidak bermakna.  Ummi dan Abu `Ukasyah seperti mahu saja menamatkan kehidupan sebagai pelajar. Ya, hilang penyeri rumah tangga.
Anak lelaki kedua Ummi dan Abu `Ukasyah,Uwais al-Qarni.
Tahun ketiga perkahwinan sangat menggembirakan dengan kehadiran pengubat rindu Ummi dan Abu `Ukasyah, Uwais al-Qarni.  Alhamdulilah, Allah makbulkan doa Ummi untuk hadirkan seorang lagi anak lelaki yang punya mirip wajah serupa persis `Ukasyah.  Ya, mereka sangat mirp walaupun tak serupa.  85% mereka serupa.  Namun, watak pengubat rindu ini menceriakan sungguh.  Abangnya, cool seperti Abu `Ukasyah, tetapi dia ‘cheeky’ macam ummi.^__^


Hari ini, sudah 4 tahun usia perkahwinan Ummi dan Abu `Ukasyah.  Alhamdulillah, Allah panjangkan jodoh Ummi dan Abu `Ukasyah sehingga kini.  Semoga kita bercinta hingga ke syurga.  Syukur kerna dipilih untuk diuji kerana ujian ini menguatkan hati-hati yang lemah.  Membuatkan diri ini terus dekat dan ingin lebih dekat kepada Allah.  Menyedarkan diri ini tentang penyerahan yang total kepada Allah setelah berusaha dan yang penting mengingatkan bahawa semua yang dimiliki ini, tidak ada satu pun milik kita. 

Ummi sayang Abu `Ukasyah kerana Allah. ^__^




12 comments:

  1. Tahniah..Selamat UlangTahun Yang Ke 4 Ummi..moga senantiasa dalam rahmat Allah..sedih sgt baca tentang saat bergelumang dengan study, mujahid kecil itu pergi..

    ReplyDelete
  2. selamat ulang tahun... semoga kebahagiaan sentiasa menjadi milik kalian sekeluarga :)

    ReplyDelete
  3. selamat ulangtahun perkahwinan buat mawaddah dan hafiz. semoga hubungan kalian terus diberkati Allah dan berkekalan hingga ke syurga hendaknya..ameen..

    doakan akak dan suami juga ye :)

    ReplyDelete
  4. AsSalam,

    Alhamdulillah... let's give another 4 years!!!
    4 tahun, mcm-mcm ditempuhi. bila duduk-duduk, dikenang-kenang, macam tak percaya jer semua tu boleh jer diharungi, kan?

    ReplyDelete
  5. to mamanurin:
    terima kasih kak...ya, mmg sgt sedih sbb di kala sedang tersangat gembira menimang cahaya mata sulung, `Ukasyah kembali kepada Allah...Ujian yg sgt hebat di tahun akhir di universiti...

    to ladymira:
    insyaAllah dan terima kasih di atas doa itu..

    to kak nadiah sidek:
    ameen,semoga kak nadiah juga bahagia bersama zauj hingga ke syurga yang kekal abadi..

    to sis nurul aznil:
    waalaikumussalam...insyaAllah sis...sis pun dh nak dpt 3rd baby..hehe..jelesnya saya...ni yg nak menambah lagi ni....sis pun lebih kurang sama mcm saya kan..pahit maung yg dilalui bersama..Allah sj yg tahu...tak terfikir skrg mcm mana la boleh diharungi bersama....^__^

    ReplyDelete
  6. salam.
    selamat ulangtahn yang ke-4 untuk hafiz dan mawaddah. moga kekal bahagia hingga syurga.ameeen =)
    p/s: suka sangat tengok gambar uwais yang keletah tu

    ReplyDelete
  7. Selamat ulangtahun perkawinan yang ke-4 to both of you. Semoga terus bahagia hingga ke anak cucu. :,)

    ReplyDelete
  8. Selamat Ulang Tahun Perkahwinan ke-4 Ummu N Abu Ukasyah...
    Semoga bahagia di dunia akhirat..

    ReplyDelete
  9. Tahniah.. selamat ulangtahun ke 4.. Semoha sentiasa dalam ketaatan dan kekal bahagia hingga ke syurga..

    ReplyDelete
  10. selamat ulangtahun perkahwinan ummu & abu ukasyah. semoga sentiasa berbahagia hingga ke syurga.. :)

    ReplyDelete
  11. assalamualaikum kak..sy junior akak di UIA kuantan...nak tanya,akak kahwin masa tahun ke berapa university?
    saya terfikir ke arah tu juga jika diizinkan Allah,cuma rasa macam banyak lagi persediaan kalau betul2 nak bina baitul muslim ni.jkkk for the sharing

    ReplyDelete
  12. to papilio:
    waalaikumussalam...oo junior nursing akak ye...akak dulu kahwin wkt tahun ke-2..suami akak pun sama juga wkt tu, tp dia budak pharmacy...

    insyaAllah, akak doakan agar Allah permudahkan utk awak ye jika itu yg terbaik...yg penting zauj dan zaujah kena sama2 ditarbiyyah..inilah antara persediaan yg plg penting...ok dik, thanx sbb sudi komen di blog akak..kl ada nak tanya apa2 yg personal, boleh email akak di puteri_iman07@yahoo.co.uk...

    ReplyDelete