Abu `Ukasyah

Abu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Abang, Happy Anniversary

Abang, Happy Anniversary


Kedai Mawaddah & Hafiz

Ummi ayah sentiasa merinduimu sayang..

Powered by Blogger.

June 24, 2010

Little Mujahid Jr @ Hospital Barakah


Pada hari Jumaat yang lepas, ummi dan ayah pergi ke Barakah untuk antenatal check-up. Sepatutnya check-up ummi pada hari Ahad, tapi Dr. Khairiah kata beliau tidak kisah kalau ummi hendak datang awal atau lambat sedikit. Ummi check baby awal sebab ummi ada Nursing Board Exam yang telah berakhir semalam.

Pagi-pagi buta lagi, ummi ayah telah bersiap hendak ke sana memandangkan hari tersebut adalah hari Jumaat. Kalau boleh, ummi ingin jadi pesakit terawal bertemu dengan Dr. Khairiah. Alhamdulillah, nampaknya, ummi memang orang pertama pada hari tersebut. Hati ummi dan ayah berdebar tidak terkata kerana check-up sebelum ini pun Dr. Khairiah telah mengesahkan bahawa Little Mujahid Junior ini agak besar dan berat untuk umurnya itu. Jadi setelah hampir 4 minggu tidak pergi Check-up, mestilah bertambah tembam baby ummi ini.

Seperti yang telah ummi ayah jangkakan, berat Little Mujahid Junior ummi ini memang bertambah. Bukan setakat bertambah, Dr. Khairiah pun cakap boleh tahan juga. Waktu check-up tu, Dr. Khairiah kata, patutnya berat baby 700-800 gram je, tapi berat baby ummi dah 1kg plus. Dr. Khairiah jangka baby lahir dalam 3 kg lebih nanti. Ummi ayah pun berpandangan. Kali ini tidak terkejut sangat sebab ummi cakap dengan ayah, rasanya Little Mujahid Junior ni lagi besar dari abang `Ukasyah. Macam rutin biasa, Dr. Khairiah akan check internal organs dan physical baby. Subhanallah, sempurna sungguh kejadian Allah.

Mula-mula Dr. Khairiah hendak tengok `gastric bubble`, tapi kurang jelas sebab baby tidak minum amniotic fluid lagi. Bila Dr. Khairiah cakap begitu, terus anak ummi ni minum. Comel betul tengok aksi si kecil ini. Hehe. Baby ummi pun buka mata hari tu. Matanya mirip mata ayah, sepet. Hidungnya mancung, tapi kembang sikit. Campuran ummi ayah juga si kecil ini. Pipinya, gebu macam opah. Yelah, berat badan pun dah berlebihan, pastilah pipinya pun gebu kan. Kedua tangannya yang digenggam itu diletakkan di kedua belah pipinya yang tembam. Comel sangat.

Kesihatan ummi baik, Alhamdulillah. Walaupun berat ummi seakan malu sahaja untuk bertambah, tapi baby ummi ni sihat. Bersyukur ummi pada Allah. Ummi pun, tidak kuat makan sangat. Macam biasa je selera makan ummi ini. Ramai orang cakap ummi makin kurus. Ummi tidak tahu betul ke tak. Mungkin betul lah kot sebab berat ummi mendatar, tapi berat baby bertambah. Ummi tidak kisah sangat, yang penting anak ummi sihat.

Buat Ayah yang sedang `camping` dengan Pak Long di Merapoh, ummi hendak ucapkan TAHNIAH pada ayah kerana dapat posting di KL. Semoga penempatan ini dapat memberi manfaat pada DNT hendaknya. Ummi dan baby gembira tidak terkata.

Buat Mujahid Kecil yang kedua, ummi ayah tidak sabar menunggu kelahiran kamu. Tidak sabar untuk mentarbiyyah kamu sayang. Hajat ummi ayah terhadap kamu sangat besar. Proses mendidik kamu juga telah bermula sayang. Alhamdulillah, telah nampak keberkesanannya pada dirimu itu. Perjalanan ini masih jauh, jadilah seorang murabbi nanti.

Buat Mujahid Sulung ummi yang berada dalam pemeliharaan Allah, sungguh Allah telah hadirkan kamu ke dalam hidup ummi ayah untuk menjadikan kami lebih baik dari sebelumnya. Menjadikan kami yakin bahawa segalanya adalah pinjaman dari Allah. Menjadikan kami membuat penyusunan yang terancang dalam mendidik adik-adikmu nanti. Ummi ayah tidak pernah lupa akan kenangan bersamamu yang pernah tercipta. Bak kata ayah, ummi jangan sedih sangat sebab `Ukasyah sudah bahagia di sana. Memang betul cakap ayah. Ummi redha, kamu anak yang soleh. Syurga adalah janji yang pasti buat kamu. Semoga kita akan bertemu di akhirat nanti. Seakan tidak sabar menanti saat itu.

2 comments:

  1. slm mawaddah....

    Alhamdulillah atas perkembangan junior...
    mas tumpang gembira ye...
    moga sentiasa sihat...

    ReplyDelete
  2. Alhamdullilah..semoga semuanya selamat sehingga bb dapat melihat dunia ini

    ReplyDelete