Abu `Ukasyah

Abu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Abang, Happy Anniversary

Abang, Happy Anniversary


Kedai Mawaddah & Hafiz

Ummi ayah sentiasa merinduimu sayang..

Powered by Blogger.

March 9, 2010

14 minggu 5 hari


Assalamualaikum buat anak-anak dan suami yang sentiasa bertakhta di hati ini…

Rasanya sudah lama ummi tidak meninggalkan jejak di blog anak-anak ummi ayah…Mungkin kerana alahan mengandungkan adik `Ukasyah…Ummi tidak selera makan…Hatta, makanan yang menjadi kegemaran dan diidamkan tidak mampu menaikkan selera makan…Dalam usaha untuk menaikkan berat badan, ummi kecundang lagi…Waktu timbang di klinik, berat menurun sebanyak 2 kilogram…Tapi, berat terkini yang ditimbang, telah menurun lagi sebanyak 1 kilogram…Oh ummi buntu bagaimana hendak menaikkan selera makan…Opah, ummi mengidam masakan opah…hehe..Dasar anak yang suka memanjakan diri sendiri…

Masalah sekarang adalah gastrik yang menyebabkan rasa `heart burn`…Tetapi alhamdulillah,masalah ini dapat ditangani kerana ummi amalkan makan madu setiap pagi sewaktu perut masih kosong…Jadi tiadalah rasa pedih perut lagi…Madu, kalau tidak ayah yang suapkan, memang malas sangat rasanya…Tapi ayah memang selalu ingatkan agar tidak lupa…Pokoknya, memang ayah jenis yang istiqamah berbanding ummi…

Melihat `ticker` di blog ini, membuatkan ummi ayah rasa seperti masa sangat cepat berlalu…Lebih kurang 9 hari lagi, kandungan ini bakal menginjak ke usia 4 bulan…Perut juga sudah kelihatan kebesarannya walaupun terlindung oleh tudung ummi…Ala-ala sudah mengandung 5 bulan…hehe…Dulu, opah ada berangan-angan jikalau ummi mengandungkan bayi kembar….Tapi setelah di `scan`, doktor mengesahkan bahawa kandungan ini hanya ada seorang bayi yang sangat comel…Rasa bahagia melihat perut yang agak besar…Tapi, baju-baju lama masih muat untuk dipakai kerana ummi banyak memiliki jubah….

Sebenarnya, banyak entri-entri yang ummi telah taip dan simpan di dalam lap top ini, tetapi masih belum dipamerkan…Mungkin masih tidak sesuai lagi…Ayah asyik menyuruh ummi menulis tentang `breastfeeding journey` (Perjalanan menyusukan `Ukasyah), tapi ummi masih berkira-kira lagi untuk mempamerkannya di blog ini…Ummi takut andai ada pembaca yang merasakan bahwa entri ini tidak sesuai…Maklum sajalah, pembaca di blog ini terdiri dari pelbagai golongan…

InsyaAllah, ummi akan realisasikan hasrat murni ayah itu ye…Ayah memang sangat menggalakkan ummi menyusukan anak sepenuhnya….Kejayaan menyusukan `Ukasyah juga kerana mendapat sokongan tidak berbelah bahagi ayah…Jadi, harapan ummi agar ayah juga akan menulis tentang `Peranan Bapa di dalam Menjayakan Penyusuan Susu Ibu` …Boleh kan ayah??? Peranan bapa sangat penting kan…Ayah juga sudah pakar dalam bab ini walaupun belajar buat ubat je…Kiranya, pabila entri tentang `breastfeeding journey` telah ummi pamerkan, ayah juga harus membayar hutang dengan entri `Peranan Bapa di dalam Menjayakan Penyusuan Susu Ibu`….

Sebenarnya ummi baru lepas muntah ketika entri ini ditulis…Rasa tidak sedap badan pula…Masih lagi loya dan muntah walaupun sudah masuk trimester kedua…Nikmat merasai pengalaman mengandungkan permata hati tercinta…Minggu hadapan, peperiksaan akhir semester akan bermula….Ummi masih merangkak-rangkak menyiapkan research…Doakan agar segalanya berjalan lancar dan dipermudahkan Allah ye…. Sekian sahaja khabar dari ummi…

5 comments:

  1. wish u al the best in ur exam...
    n kuatkn semangat ye kak....

    ReplyDelete
  2. Bagusnya mawardah nak share pengalaman breastfeeding. Akak pun masih breastfeed Haziq dah telah berjaya exculusif bf sehingga 6 bulan dan masih meneruskan sehingga Haziq berumur 2 tahun. Insyallah...kalau masih ada rezeki untuk Haziq

    ReplyDelete
  3. To fairuz liyana azman:
    insyaAllah...kalian semua menguatkan semangat akak juga...

    To rizziela:
    Dah lama sebenarnya nak tulis pengalaman ni...husband pun dok suruh2 mawaddah tulis...semoga Allah kuatkan semangat kita berdua ye kak untuk menyusukan anak...dulu, bnyk yang mawaddah belajar sendiri walaupun mawaddah dlm medical field ni...hehe...dalam pantang dah masuk wad balik utk clinical posting...uhhh memang mencabar untuk maintain stok susu dan curi masa mengepam susu memandangkan masa yang sangat terhad untuk curi2 mengepam...TAHNIAH akak dah berjaya susukan Haziq selama ini...haziq masih warded lagi ke???cian baca kisah haziq di blog akak...semoga haziq cepat sembuh ye...

    ReplyDelete
  4. Salam,
    This is my dearest mummy blogger. Pray that both of us can succeed in our endevour as mom, student, wife and of course, blogger! Bila nak Klik2 nyer sayang... :)

    http://bizznurse.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. salam...
    mawaddah..
    ni intan ni...
    Intan Nazira
    kite same2 skolah kt SKTS..
    ingat lagi tak?

    ReplyDelete