Assalamualaikum,
Sebentar tadi, ummi call opah (ummi Mawaddah) dan opah telah request pada ummi supaya ummi publish di blog latest pics of `ukasyah…Sedangkan baru sahaja opah, aki, pak long dan pak cu turun Temerloh untuk ziarah `ukasyah di sini…Every weekend opah dan aki datang jaga `ukasyah kan…Patutlah `ukasyah bertambah soleh…hehe…Bertuah baby ummi ni tau…Tanpa mereka, pengsan lah ummi menjaga `ukasyah memandangkan ummi kena pergi wad juga waktu weekend…Ayah pun penat sangat sebab asyik travel je…Bila ada opah, aki, pak long dan pak cu, dapatlah `ukasyah bermanja dan di disiplinkan oleh mereka…yang paling penting tu, bi`ah yang soleh untuk mentarbiyyah `ukasyah…Opah aki selalu menasihati `ukasyah supaya menjadi anak yang soleh, nampaknya sungguh berkesan…Memang `ukasyah tidak meragam sangat sekarang…Erm, sudah pandai bersembang dan bergelak ketawa dengan opah aki ye…Siapa yang ajar ni??? Tok guru ramai sangat…Development `ukasyah pun sangat cepat dengan suasana yang sangat memberangsangkan…Mana tak nye, semua orang dok bersembang je dengan `ukasyah…
Jazakumullah pada kalian semua kerana banyak membantu angah menjaga dan mentarbiyyah `ukasyah…dan menyediakan suasana yang soleh untuknya dalam rangka menjadi seorang da`ie…terutama buat ummi yang terlalu banyak memberi tunjuk ajar dan memberi semangat pada angah…Ummi, tetap menjadi ummi pada angah walaupun angah sudah mempunyai anak sendiri….Begitu sekali pengorbanan ibu…Setiap hari ummi call angah, bertanyakan tentang keadaan `ukasyah…Juga buat aki yang sponsor pampers dan keperluan `ukasyah…Semoga Allah merahmati kalian semua ye…Weekend ni kalian datang Temerloh lagi tak??? hehe…
Opah, dah puas tak tengok gambar `ukasyah yang tembam...muka nakal kan opah...