Abu `Ukasyah

Abu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Blog Archive

Abang, Happy Anniversary

Abang, Happy Anniversary


Kedai Mawaddah & Hafiz

Ummi ayah sentiasa merinduimu sayang..

Powered by Blogger.

September 9, 2009

09/09/09

Abah dan `Ukasyah before Ummi & `Ukasyah discharged from hospital after 3 days admission because of neonatal jaundice…


Tarikh ini adalah tarikah yang sepatutnya Mawaddah melahirkan `Ukasyah…Tetapi Allah Maha Mengetahui dan telah menetapkan bahawa `Ukasyah akan lahir pada 31/8/2009, Hari Kemerdekaan, 10 Ramadhan, saat azan subuh berkumandang pada pagi yang hening itu…Alhamdulillah juga, maternity leave yang Mawaddah apply sehingga `eid break diluluskan oleh Deputy Dean Academic Affairs yang sangat baik hati dan memahami walaupun beliau seorang lelaki bujang…Sedangkan, dalam application letter itu memang terlebih dari two weeks…Syukur Alhamdulillah…Hari ini, saya mengimbas kembali saat-saat Mawaddah dan abang membuat perancangan sebelum kelahiran `Ukasyah berkaitan dengan cuti yang Mawaddah akan ambil…Kami juga pening kepala sama ada bersalin before expected due date (EDD) lebih baik atau on the date atau selepas itu…Abang punya pendirian tersendiri yang berbeza dengan Mawaddah..Mawaddah inginkan `Ukasyah lahir lahir pada 09/09/09 kerana Mawaddah hendak ambil mid-sem exam…Abang pula punya pendapat yang berbeza memandangkan Mawaddah telah hampir tiga minggu sakit contraction dan berkata,

“Bila kita balik KL 31st August ni, Abang terus tinggalkan sayang dekat rumah ummi tau. Lepas tu, abang kena balik Kuantan balik sebab abang ada exam. Kalau sayang sakit abang akan shoot balik KL”

Saat itu, Mawaddah membantah hendak mengikut abang balik kerana tidak sampai hati membiarkan abang sorang di rumah. Tidak sanggup berpisah sebenarnya…Namun suratan takdir menetapkan bahawa Mawaddah selamat bersalin dengan abang disisi sebelum abang pulang ke kuantan…

Hari ini juga adalah ulangtahun kelahiran abah Mawaddah yang tersayang…Semoga Allah panjangkan umur Abah untuk beramal ibadah…Dengan peningkatan usia ini, semoga meningkat jua amalan, ketaqwaan dan keimanan, InsyaAllah…Angah, Hafiz dan `Ukasyah mengucapkan “Happy Birthday” kat Abah…Abah kata hadiah `Ukasyah adalah hadiah yang paling berharga dan tidak ternilai buat Abah…Abah, kami bertiga sayangkan Abah…Jazakallah juga kerana sangat supportive sepanjang proses kelahiran `Ukasyah…Sungguh saat menginsafkan proses itu sehingga membuatkan angah tersedar betapa pentingnya mentaati Abah dan Ummi dan betapa besarnya kasih kalian pada angah…Happy Birthday Abah…

2 comments:

  1. Alhamdulillah, dah lama x baca blog abg & akak, tup2 dah lahir dah.

    syukur, tumpang gembira. semoga menambah kekuatan dalam saf dakwah. Amin...

    -amri rahamat

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah...
    insyaAllah `ukasyah akan jadi insan soleh, musleh dan mujahid....
    amin....

    ReplyDelete