Abu `Ukasyah

Abu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Blog Archive

Abang, Happy Anniversary

Abang, Happy Anniversary


Kedai Mawaddah & Hafiz

Ummi ayah sentiasa merinduimu sayang..

Powered by Blogger.

September 1, 2009

Ayah, Good Luck...

Assalamualaikum ayah,

Lil Mujahid nak ucapkan good luck dekat ayah sebab esok ayah ada mid-sem exam ye…Ummi pun ucapkan semoga ayah berjaya…Semoga Allah beri ayah kejayaan yang terbaik…InsyaAllah, Allah berkati ayah walaupun ayah penat menemankan ummi menantikan kelahiran lil mujahid…lil mujahid pasti akan merindui ayah nanti…tapi lil mujahid faham, ayah perlu pulang ke kuantan sebab ayah juga ada tanggungjawab sebagai seorang pelajar…Ayah jangan risau tau, lil mujahid sihat sahaja di sini…Sudah pandai menyusu walaupun agak manja bila ayah tiada di sisi…Hari sabtu ni, kita jumpa lagi ye ayah…Ayah jaga diri baik-baik tau…Ayah jangan risaukan ummi, lil mujahid akan jaga ummi seperti yang telah ayah amanahkan pada lil mujahid…We love and miss you ayah…muah muah…

Anak ayah,

Little Mujahid

p/s: Ramai yang bertanya tentang real name little mujahid...Maafkan Mawaddah kerana tidak dapat mengumumkannya sekarang kerana Mawaddah perlu hormati permintaan ayahnya...Kenalah taat pada suami...hehe..Memandangkan pemberian nama itu hak seorang bapa...InsyaAllah, hari ahad ini kami akan mengumumkannya pada semua...Maafkan kami berdua ye...yang pastinya, mujahid itu hanyalah nama timangan baby kami..Alhamdulillah, sememangnya sifatnya seperti seorang mujahid...Terus berjuang walaupun mengalami komplikasi bradycardia sewaktu kelahirannya...Permata hati kami ini terus bertahan untuk lahir ke dunia ini, menjadi seorang yang soleh dan musleh...sememangnya tidak banyak kerenah, ragam dan menangis...Syukur alhamdulillah...



2 comments:

  1. tahniah to both of you...

    xsabar nak tgk lil mujahid..

    ReplyDelete
  2. thanks alot...insyaAllah lepas cuti dapat jumpe...:-)

    ReplyDelete