Abu `Ukasyah

Abu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Blog Archive

Abang, Happy Anniversary

Abang, Happy Anniversary


Kedai Mawaddah & Hafiz

Ummi ayah sentiasa merinduimu sayang..

Powered by Blogger.

September 5, 2009

Lil Mujahid: Neonatal Jaundice







Assalamualaikum,

Mawaddah dan hafiz ingin memohon maaf kepada semua rakan-rakan yang ingin datang ziarah lil mujahid…Bersamaan hari jumaat, lil mujahid telah dimasukkan ke wad Hospital Barakah kerana neonatal jaundice….Jika keaadannya bertambah baik, insyaAllah Mawaddah dan lil mujahid akan discharge pada esok petang…Jika sebaliknya, kami akan stay here for another day….InsyaAllah hari Ahad la pula…

Sebenarnya, pagi tadi, Mawaddah, ummi dan abah hanya membawa lil mujahid ke hospital tempatnya dilahirkan untuk check-up biasa sahaja… Mawaddah memang dah perasan lil mujahid ada jaundice sedikit dan telah melakukan pelbagai ikhtiar…Tetapi keadaan jaundice lil mujahid semakin teruk sewaktu appointment dengan Dr.Apalagi, Dr. terus buat venepuncture untuk ambil blood sample (for bilirubin level in blood)…Alhamdulillah, lil mujahid tidak menangis…Kuat sungguh anak ummi ayah ini…Dr. advise untuk start phototherapy as soon as possible…Dan after result keluar, kalau lebih 250, kena terus admit ke wad…Resultnya, 275…Sahlah, kena masuk wad… Mawaddah sekali kena admit sebab lil mujahid breastfeed…

Sementara itu, ummi abah pergi ke Jaya Jusco untuk membeli barang-barang keperluan Mawaddah dan lil mujahid memandangkan kami memang tak prepare apa-apa pun untuk admit ke wad…Mawaddah stay di bilik, manakala lil mujahid di nursery kerana sudah mula dengan phototherapy nye…Mendengarkan tangisan lil mujahid tika beliau dibogelkan amat meruntun hati dan perasaanku sebagai seorang ibu…Tambahan pula abang tiada disisi di saat kami berdua memerlukannya…Pagi tadi juga, abang sedang exam sewaktu kami admitted to ward…Mawaddah terus SMS abang bertanyakan jikalau beliau sudah habis exam…Abang mengiyakannya dan bertanya kenapa…Tangan ini sungguh lambat menaip SMS memberikan perkhabaran ini…Abang terus call…. Mawaddah angkat phone dan terus menangis teresak-esak…berulangkali abang bertanyakan sebab musababnya, tapi hanya esakan dan tangisan yang menjadi jawapan… Mawaddah sangat memerlukan abang di saat ini…Kesian pada lil mujahid…Alhamdulillah, pabila telah tenang, baru Mawaddah dapat bercakap dengan abang…Nyata, abang sungguh tenang walaupun Mawaddah tahu abang juga hendak menangis seperti diriku ini…Setelah dipujuk abang, Mawaddah rasa tenang…Lagipun abang akan pulang pada esok hari…Tidak sabar menunggu kepulangan abang…

Ahamdulillah, keluarga Mawaddah sangat memberikan sokongan…Pada malan ini, kami sekeluarga bermalam di bilik khas di wad…Kemudahan untuk keluarga lengkap di sini…Jadi keadaan mengizinkan family Mawaddah menemani pada malam ini…Seperti di rumah juga…Di bilik ini lah juga Mawaddah duduki sewaktu melahirkan lil mujahid…

Mohon kawan-kawan semua mendoakan supaya lil mujahid cepat sembuh ye…dan semoga Mawaddah lebih tabah dan sabar seperti abang…


4 comments:

  1. syafakallah.. banyak bersabar mawaddah.. huhu~ tapi asma' tak faham lil mujahid nape.. huhu.. term2 saintifik wat asma' tertanya wat actually happen to ur mujahid.. asma' tak reti bab2 medical ni ;( apepun, insyaAllah.. Allah senantiasa bersama org2 yg sabar..

    ReplyDelete
  2. insyaAllah, kitaorg kat cni akan doakan mawaddah sekeluarga...mudah-mudahan lilmujahid cepat sembuh

    ReplyDelete
  3. salam..anti dh cuba ke ngan susu kambing tu..cam ana bgtau anti..dzaatin pun hmpir dimasudkan ke wad..cuba mcm2 jugak..tp xmenjadi..last2 ad yg suggest susu kambing..alhamdulillah 2 hari trus drop..ana mmg xsanggup berpisah ngan dzaatin kalu dia dimasukkan ke wad..huhu..tp anti jgn risau..kalu dh dimasukkan ke wad, insyAllah dgn penjagaan doktor, baby akn sihat semula..ramai je kes2 kwn2 ana yg baby mereka di masukkan ke wad..skrg sihat alhamdulillah..cuma tu la..kesian sgt kat dia sorg2 lam wad tu kan...mm

    ReplyDelete
  4. to asma'
    minta maafla asma' tulis byk term saintific...sbnrnya baby lil mujahid kena demam kuning...hehe...terima kasih atas doa asma'....

    to pSp
    terima kasih doakan untuk mawaddah....

    to layla
    wslam...terima kasih atas pengalamn dan doa anti...

    ReplyDelete