Abu `Ukasyah

Abu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Abang, Happy Anniversary

Abang, Happy Anniversary


Kedai Mawaddah & Hafiz

Ummi ayah sentiasa merinduimu sayang..

Powered by Blogger.

May 12, 2010

Berita Terkini


Assalamualaikum ,

Setelah lama mendiamkan diri, ummi ingin kembali menulis tentang kami sekeluarga kerna ramai yang bertanya di manakah ummi ayah? Sudah habis belajar atau belum? Bagaimana dengan little mujahid junior kami?

Khamis, 6 Mei 2010 @ Kuantan

Alhamdulillah, ummi ayah sudah berpindah keluar dari rumah sewa kami di IM2, Kuantan pada hari khamis minggu lepas setelah clinical posting ummi di ICU, HTAA telah tamat. Minggu lepas sememangnya minggu yang amat memenatkan buat ummi ayah. Ummi kena submit research book ummi pada hari khamis, di mana ummi masih on duty di ICU dan pada hari yang sama ummi ayah kena keluar rumah juga.

Ummi ayah terpaksa juga balik KL memandangkan kami terpaksa mengangkut barang-barang kami dan juga kucing belaan kami sewaktu tinggal di Kuantan. Pukul 1 pagi, kami sampai di KL. Ummi tidak tahu pun yang rumah opah sudah jadi guarded community dan hendak masuk kena ada sticker kereta. Jadi terpaksalah ummi dengan yakinnya menjawab soalan pak guard yang mungkin menyangka kami mencuri barang sebab kereta kami memang penuh dengan TV, kipas, buku-buku dan barang-barang lain termasuklah seekor kucing.

Jumaat, 7 Mei 2010 @ Kuala Lumpur

Pada hari jumaat pula, ummi ayah mengemas bilik kami di rumah opah sebab rumah opah sudah bersepah dengan barang-barang yang kami angkut dari Kuantan. Rumah opah sudah jadi gedung barang pula. Opah suruh ummi ayah rehat sebab tengah malam nanti hendak travel lagi, tapi kami tidak senang hati sangat hendak biarkan opah aki kemas bilik kami. Alhamdulillah, berjaya juga susun barang-barang yang banyak itu di dalam bilik kami.

Ummi ayah juga mengemas dan membuka storage box abang `Ukasyah buat pertama kalinya selepas abang `Ukasah pergi meninggalkan kami. Air mata ummi berjurai-jurai keluar. Tatkala melihat beg nursery `Ukasyah, ummi tidak dapat menahan sebak. Bau `Ukasyah masih ada lagi. Kenangan bersamanya bermain di fikiran ummi seperti bermainnya sebuah episod kehidupan. Ayah juga menahan sebak. Berkali-kali ummi katakan pada ayah, “Ummi tidak sangka kan ayah”, “Ukasyah anak soleh”, “Bertuah adik `Ukasyah, banyak sungguh barang-barang abang yang adik boleh gunakan nanti”.

Kami menyusun baju-baju little mujahid junior dan arwah abang `Ukasyah di dalam satu almari yang di beli oleh opah untuk `Ukasyah sewaktu ummi pindah rumah di Kuantan. Oh lupa pula, ummi memang shopping juga baju-baju untuk little mujahid junior. Drawer pertama penuh dengan baju-baju dan barang-barang yang ummi ayah belikan khas buat hero kedua kami ini. Drawer kedua pula dipenuhi dengan breastfeeding equipments seperti stroga and feeding bottle yang berjumlah lebih 30 botol, breastmilk storage bags, bresatpump, bottle warmer dan sebagainya. Drawer ketiga pula diisi dengan diaper bags dan toys manakala drawer terakhir dipenuhi dengan toiletries baby. Stroller dan car seat ummi letakkan kemas di sisi almari itu dan bakul rotan yang mengandungi baju-baju `Ukasyah pula, ayah letakkan di bawah meja study kami. Bath tub dan bouncer pula diletakkan di atas almari. Banyak kan barang-barang baby. Ummi rasa sudah lengkap kesemuanya.

Sabtu, 7 Mei 2010 @ Kelantan

Pada tengah malamnya pula, ummi ayah bangkit bangun seawal jam 2.30 pagi. Pukul 3 pagi, ummi, ayah, opah dan aki makan tengah malam di Restoran mamak sebelum ummi ayah memulakan perjalanan. Kami berhenti di Temerloh untuk solat subuh dan sampai di Kampus UIA Indera Mahkota lebih kurang jam 7 pagi. Ummi ayah cemas terlepas bas untuk ke Kelantan kerana kami menjangkakan bas bertolak pukul 8 pagi. Rupa-rupanya, kami tersilap.

Alhamdulillah, selamat tiba di Kelantan setelah mengharungi perjalanan yang jauh. Buat pengetahuan semua, ummi sedang melakukan clinical posting di Paediatric Oncology Ward, Hospital Universiti Sains Malaysia. Clinical posting ini perlu ummi penuhi untuk menduduki Nursing Board Exam nanti. Kiranya ummi sudah habis belajar sebenarnya. Result final exam telah ummi perolehi dan research ummi has been completed too. Ummi akan stay lagi seminggu di Kelantan.

Selepas seminggu di Kelantan, ummi ayah akan kembali ke Kuantan untuk ambil kereta yang diletak di UIA dan pulang ke KL untuk check-up little mujahid junior. Selepas itu ummi akan pulang semula ke Temerloh pula untuk menyambung clinical posting yang masih berbaki 2 minggu di Paediatric Ward dan NICU.

Setelah selesai clinical posting ummi, ummi ada masa 2 minggu yang masih tidak lagi ummi rasakan sebagai cuti kerana ummi perlu study dan bersedia untuk Nursing Board Exam pula. 23 Jun 2010, barulah ummi akan cuti yang sebenar-benarnya dan menjadi suri rumah sementara menunggu kelahiran hero kedua kami.

Perkembangan Little Mujahid Junior

Little mujahid junior sudah pandai menendang ummi dengan kuatnya. Tendangan pertama little mujahid junior untuk ayah telah dilakukan pada 5 Mei yang lepas. Sekarang ini kalau little mujahid junior menendang, memang nampak perut ummi bergerak-gerak. Kalau ummi atau ayah letakkan tangan, lagilah beliau aktif berkung fu. Alhamdulillah, anak ummi sangat aktif sekarang ini. Ayah juga sangat rajin melayan si kecil ini. Entah apa yang disembangkannya dengan little mujahid junior ye. Bila ummi baca Quran, little mujahid junior sangat suka. Kaki kecilnya itu memberi respon terhadap sentuhan tangan ummi. Bila ummi lapar, little mujahid junior akan menjadi aktif. Kalau ummi menangis rindukan `Ukasyah, automatic little mujahid junior akan berhenti menendang ummi, seakan-akan tahu kondisi ummi. Soleh betul anak ummi ayah ini ye.

Sekian sahaja coretan panjang dari Ummi yang sangat kesuntukan masa…Sekian sahaja dari ummi ye…Doakan kesihatan dan kesejahteraan kami sekeluarga…



April 25, 2010

Little Mujahid Jr @ Hospital Barakah



Alhamdulillah, selesai sudah urusan ummi ayah pada minggu ini untuk berjumpa dengan Dr Khairiah Seman. Mulai hari ini kami akan meneruskan check-up di sana sehingga ummi bersalin nanti, insyaAllah.

Bahagian yang paling mendebarkan untuk hari ini adalah sesi scan. Little Mujahid Jr sangat soleh hari ini tau. Seolah-olah telah mengenali Dr Khairiah sekian lamanya. Hehe. Dulu abang `Ukasyah juga begitu, bila dengan Dr di UIA, tidak Memberikan kerjasama lansung dengan Dr, tapi bila dengan Dr Khairiah, semuanya bekerjasama je ye.

Oh sungguh sempurna sekali kejadian Allah. Dalam hati ummi tidak berhenti-henti mengucapkan “Alhamdulillah” dan “subhanallah”. Dr Khairiah buat `detail scan`. Mula-mula ambil BPD untuk mengesahkan EDD. Lepas itu kami bersama-sama mengira jari tangan dan kaki Little Mujahid Jr pula. Selepas itu tengok spine dan organ-organ dalaman yang penting pula. Waktu nak tengok spine Little Mujahid Jr , dia terus membelakangkan kami semua sedangkan sebelum itu dia berbaring menghadap kami. Dr Khairiah kata Little Mujahid Jr macam tahu sahaja apa yang Dr Khairiah hendak lakukan. Alhamdulillah, semuanya sihat belaka.

Bahagian akhir pada sesi scan adalah saat yang paling mendebarkan ummi ayah serta aki dan pak cu (aki dan pak cu juga turut bersama ummi ayah di bilik scan). Bila Dr Khairiah sebut je perkataan, “Gender???”, ummi terus mengamati skrin dengan fokus sekali. Dr Khairiah sudah menguntumkan senyuman terlebih dahulu dan diikuti dengan ucapan “Alhamdulillah” yang keluar serentak dari mulut ummi, ayah, aki dan pak cu. Ummi menitiskan air mata gembira. Terharu sangat ummi dan yang lain juga begitu. Kami semua tidak habis-habis menguntumkan senyuman setelah melangkah keluar dari bilik Dr Khairiah. Aki terus menghantar SMS pada Opah dan Khaulah di Yaman. Opah tidak dapat turut serta pada hari ini kerna ada program di UKM. Ummi pula menelefon pak long yang juga berada di UKM dan pak long berjaya meneka dengan tepat sekali. Pandailah pak long ni. Hehe. Ummi ini bikin orang tertanya-tanya pula ye. Masih tidak menyatakan lagi Little Mujahid Jr adalah seorang lelaki atau perempuan.

Oleh itu, ummi ayah sangat berbesar hati mengumumkan bahawa Little Mujahid Jr adalah…



Ummi bersyukur sangat dengan rezeki Allah pada ummi ayah. Bukan kerana ummi ayah tidak sukakan anak perempuan, tapi apabila abang `Ukasyah pergi meninggalkan kami, kami sering merinduinya. Tiada pengganti buatmu `Ukasyah, tetapi ummi ayah mengharapkan kehadiran seorang anak yang menjadi pengubat hati dan kerinduan kami padamu. Allah makbulkan doa ummi, ayah, opah, aki dan semua orang.

Semalam ummi telah bersedia dengan melapangkan dada dengan selapang-lapangnya sebelum menghadiri sesi scan pada hari ini. Walaupun ummi mengharapkan baby boy, tetapi ummi juga tidak menolak juga jika mendapat baby girl. Ummi katakan pada Opah, seronok juga jika mendapat baby girl setelah ummi lihat betapa solehah nye anak perempuan novelis terkenal, Kak Fatimah Syarha iaitu Haura. Opah pula berulang kali bertanyakan kecenderungan pemakanan ummi ketika mengandungkan Little Mujahid Jr ini. Waktu itu ummi dan keluarga sedang menjamu selera di restoran nasi kandar dan Opah lihat ummi sunguh berselera menghirup sup kambing. Hari ini baru ummi tahu bahawa semua orang mengharapkan Little Mujahid Jr adalah lelaki. Patutlah Opah dok bertanya ummi berkali-kali. Ummi mengetahui tentang ini pun setelah opah dan aki menyatakan keinginan mereka pada ummi setelah mengetahui jantina Little Mujahid Jr . Mungkin mereka jua seperti ummi dan ayah yang sentiasa merindui `Ukasyah kan.

Panjang sungguh entri ummi pada kali ini ye. Maafkan ummi andai jarang sekali ummi menulis entri yang baru kerna ummi sedang clinical posting di HTAA. Jadi, bila pulang dari wad setiap hari, ummi tidak lagi berupaya untuk menulis. Mungkin abu `Ukasyah akan menyambung tugas ini memandangkan beliau sudah mula bercuti. Ummi buat permintaan khas pada ayah supaya menulis entri yang tarbawi sedikit kerna ummi tidak sehebat ayah kan. Ummi hanya mencatatkan perjalanan kehidupan kami berdua dan anak-anak sahaja, di mana mungkin tidak dapat memberi manfaat pada pembaca semua. Nantikan kemunculan abu `Ukasyah yang diam-diam ubi berisi itu tau.

Buatmu `Ukasyah,

Kamu adalah penghuni syurga dan ummi ayah sangat gembira kerana kamu berada dalam pemeliharaan Allah. Ummi ayah bersyukur kerna telah terpilih untuk diuji di dunia ini. Ujian yang kami lalui ini sungguh hebat sayang, tambahan pula diuji di usia yang masih muda. Sesungguhnya ujian ini membuahkan keberuntungan di akhirat ini jika ummi ayah bersabar dan mendekatkan diri padaNya. InsyaAllah, akan ummi ayah kutip segala hikmah-hikmah disebaliknya.

Buatmu Little Mujahid Jr,

Ummi ayah bersyukur dengan kehadiran kamu di dalam rahim ummi ini setelah pemergian abang `Ukasyah. Sesungguhnya, ummi ayah sangat haus untuk mentarbiyyah anak-anak. Ummi ayah punya harapan dan cita-cita yang tinggi buat kamu sayang. Kamu adalah penerus dan pewaris kerja-kerja DnT ini. Ummi ayah mahukan kamu menjadi seorang anak yang soleh, musleh, da`ie dan murabbi. Kamu jua punya jiwa yang kuat dan kental seperti abang `Ukasyah kerna kalian berdua bersama-sama berjuang bersama ummi ayah dalam menghabiskan pengajian di taman ilmu ini. Ummi ayah gembira punya anak-anak seperti kalian berdua.

p/s: Maafkan kami kerna tidak dapat memaparkan gambar scan Little Mujahid Jr sebab kami terlupa terus dek kerana terlalu gembira. Pokoknya baby sihat, Alhamdulillah.



April 19, 2010

Selamat Hari Lahir, Ummi



Selamat Hari Lahir yang ke-24, ummi.
Terimalah sajak yang tak seberapa ni dari ayah, `Ukasyah dan lil mujahid junior. Penat tau kami karang ini. Hehe.

Selamat Hari Lahir Sayangku
Sayangku
Wajahmu penyejuk mata
Namamu terukir kasih
Senyummu pengubat jiwa
Tawamu penawan hati

Sayangku
Engkaulah permaisuri hatiku
Penyambung zuriatku yang solehah
Tidak mengenal erti penat lelah
Kau setia bersamaku sepanjang waktu

Sayangku
Ucapan penghargaan buatmu kekasih
Menyokongku hingga ku berjaya
Mendamaikan tika ku bersedih
Menceriakan hidupku yang suram ini

Sayangku
Maafkan andai ku bersalah
Meruntun jiwamu yang halus suci
Penyesalanku yang tidak terhingga
Andai diriku tidak sempurna buatmu

Sayangku
Terimalah sajak yang ku karang ini
Khas buatmu di hari teristimewamu
Terimalah jua ungkapan ikhlas dariku
Selamat Hari Lahir, Sayangku.


Abu `Ukasyah
19 April 2010

April 15, 2010

Little Mujahid Jr – 5 bulan



Assalamualaikum,

Alhamdulillah, selesai sudah check-up si kecil ini…Lama juga ummi tidak pergi check-up, rasanya lebih kurang 7 minggu dah…Sebab Dr sangat sibuk…Hari ini, hati ummi ayah berbunga-bunga je…Kami berdua asyik berangan kalau dapat tengok jantina baby…Waktu abang `Ukasyah dulu, kami sudah ketahui jantinanya bila kandungan menginjak 5 bulan…

Ummi sihat Alhamdulillah..Berat juga sudah naik 1 kilogram…Kira ada penambahan juga walaupun tidak mencapai lagi berat sebelum mengandung…Bak kata opah, tidak mengapa kalau umminye kurus, sebab baby dapat makanan…hehe…Memang pun…Perut ummi ketara juga besarnya…Yelah kan, kandungan kedua tidak sama dengan yang pertama dahulu…Tekanan darah ummi, 110/60 mmhg….Fundal height pun ok…Tadi Dr. ambil darah untuk FBC (full blood count)….

Hari ini Dr. repeat scan….Scan ini macam sudah jadi routine buat ummi dan lil mujahid jr. Ayah memang sangat excited waktu tengok Dr scan lil mujahid jr….Gambar pertama lil mujahid jr yang terpampang di skrin memang sangat comel…Ayah terus cakap dengan Dr, “Eh, baby hisap jari lah”…Ummi pun Nampak juga…Dr kata “Aaah, cepat je ayahnye Nampak baby hisap jari”…Ummi pun terkejut, sejak bila ayah pandai tengok gambar scan ni…Ayah tidak pernah belajar pun selama ini…Oh lupa, ini anak yang kedua…Mesti dulu ayah asyik menganalisis gambar dan video scan `Ukasyah kan…

Waktu Dr scan, lil mujahid jr. sedang lena diulik mimpi sambil menghisap ibu jarinya…Sangat serupa dengan abang `Ukasyah…Dr. pun mudah hendak melakukan kerjanya…Tapi, bila Dr hendak ukur kakinya (femur length), anak ummi yang omei ini terus terjaga…Apalagi, berkali-kali Dr berusaha keras tau…Kakinya tidak berhenti-henti menendang…Agaknya lil mujahid jr. tidak puas hati kerana tidurnya dikacau orang…Ish anak ummi ini…Memang anak ummi, ada ala-ala kaki atlit ni…Ummi minta Dr tengok jantinanya, tapi faham-faham jelah kan, hendak ukur `femur length` pun bukan main dia bergelut dalam tummy ummi, inikan lagi hendak melihat di celah pehanya itu…Pastilah sukar….Tidak mengapalah sayang, ummi faham kamu…Beberapa hari ini, lil mujahid jr aktif sangat menemani ummi siang malam menyiapkan research report…Jadi, hari ini kepenatanlah anak ummi ni…Tapi, dari gerak hati ummi, gaya-gayanya macam hero lagi…Susuk tubuhnya, menggambarkan segalanya…Yang pastinya, memang sangat mirip abang `Ukasyah…Perangainya jua…

Tendangan kaki lil mujahid jr memang sangat terasa sekarang…selalu ummi terkejut dengan tendangannya itu…Sudah pandai beri respon pada suara ayah juga..,Jadi ummi ayah memang selalu bersembang dengan dia…Tidak lupa jua rutin seharian kami padanya…Menasihati anak ini...

Hujung bulan ini ummi hendak bertemu O&G specialist ummi, Dr Khairiah Seman…Dr yang sambut kelahiran `Ukasyah…Ummi hendak buat detailed scan dengan Dr Khairiah…Bolehlah lil mujahid jr. menunjukkan ehem ehem nya itu..ummi memang tidak sabar sangat hendak tahu selepas ummi baca blog ummi harris…hehe…kes terpengaruh lah ni ye…Tadi Dr ada print gambar lil mujahid jr , tapi ummi tiada scanner…Kalau dgn Dr Khairiah, dia burn dalam CD je gambar-gambar dan video-video…Nanti, kalau ummi ada masa, ummi scan gambar lil mujahid jr ye…Dari awal sampai yang terkini…

Buat lil mujahid jr, semoga kamu menjadi seorang anak yang soleh…murabbi…da`ie…Besar harapan ummi ayah pada kamu tau…

Buat `Ukasyah tersayang, ummi, ayah dan adik sentiasa merindui abang…Semoga abang tenang di sana ye…Doakan ummi, ayah dan adik dapat menjadi salah seorang penghuni syurga seperti kamu…Abang, muka dan perangai adik serupa macam abang tau…Ummi ayah sentiasa kenang saat-saat kita bersama…



April 6, 2010

Doakan Daku..

Tajuk research ummi ala-ala gambar di atas..."husband support during childbirth"....


InsyaAllah, esok adalah hari yang amat mendebarkan bagi ummi…Ummi akan present research findings…Selepas itu, tamat sudah debaran hati ini…My heart is pounding…Ummi adalah antara yang terawal gilirannya untuk present esok…NO 3…Semoga semuanya berjalan lancar…Kalau kena tembak pun ummi tidak kisah sebab yang penting segalanya telah tamat….dan ummi sudah berusaha yang terbaik untuk menyiapkannya….Juga dengan bantuan ayah yang menjadi `research assistant` ummi…Membantu ummi menganalisis data dan juga tidak lokek dengan kehebatan ilmu teorinya yang berkaitan dengan biostatistics dan research methodology…Kalah ummi yang sudah belajar semester lepas ni…Tidak lupa juga buat `little mujahid junior` yang menemani ummi stay up setiap malam…Sudah pandai menendang ummi dengan kaki kecilnya itu…Terkejut ummi di pagi hari…Bila ummi ajak bersembang sudah pandai beri respon…

Research ummi mestilah berkaitan dengan bidang O&G (sakit puan)…Bidang yang amat ummi minati…Bukan mudah juga sebab ummi buat research di wad lepas bersalin HTAA…Tetapi ummi gembira sebab ummi suka dapat jumpa ibu-ibu lepas bersalin yang gembira dengan kelahiran bayi mereka…Seronok main dengan baby…

Sekian sahaja entri pendek dari ummi (pendek ke?)…Ummi ingin merakamkan saat ini kerana research ini menyimpan seribu satu kenangan bersama anakanda `Ukasyah yang ummi rindui selalu…`Ukasyah pergi, sehari sebelum ummi present research proposal…Ummi sayang kamu…Tidak pernah ummi lupakan `Ukasyah tau…isk isk…sudah meleleh air mata ini…tidak dapat meneruskannya lagi…

Ummi dedikasikan research ini kepada anak-anak kesayangan ummi, `Ukasyah dan U_ _ _ _, suami tercinta, ummi, abah, mak, ayah serta adik- beradik yang lain…yang menyimpan seribu satu harapan agar ummi menamatkan pengajian setelah pemergian `Ukasyah…Di bawah adalah harapan dari kedua ibu bapaku tercinta yang dihantar ke status facebook ummi:

“Ummi doakan anak ummi ni pass exam with flying colours..tak lupe jugak doa buat menantu ummi tu..mat relax.nnti insyaAllah convo skali dgn along yg relax jugak..skali dgn baby U....ishish ..ni opah geram ni berjaga mlm jugak die...”

“Aki mendoakan semoga anak aki ni, berjaya....aki berdoa ke hadhrat Allah swt semoga cucu aki akan memiliki jiwa yg kuat seperti ummi, kental semangat dan mempunyai daya juang yang tinggi, insyaAllah. Aki amat menyayangi antum....”

Tanpa didikan kalian, angah tidak akan jadi seperti sekarang…Sayang semua…

Doakan kejayaan ummi ye pada esok hari….