Abu `Ukasyah

Abu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Abang, Happy Anniversary

Abang, Happy Anniversary


Kedai Mawaddah & Hafiz

Ummi ayah sentiasa merinduimu sayang..

Powered by Blogger.

May 12, 2010

Berita Terkini


Assalamualaikum ,

Setelah lama mendiamkan diri, ummi ingin kembali menulis tentang kami sekeluarga kerna ramai yang bertanya di manakah ummi ayah? Sudah habis belajar atau belum? Bagaimana dengan little mujahid junior kami?

Khamis, 6 Mei 2010 @ Kuantan

Alhamdulillah, ummi ayah sudah berpindah keluar dari rumah sewa kami di IM2, Kuantan pada hari khamis minggu lepas setelah clinical posting ummi di ICU, HTAA telah tamat. Minggu lepas sememangnya minggu yang amat memenatkan buat ummi ayah. Ummi kena submit research book ummi pada hari khamis, di mana ummi masih on duty di ICU dan pada hari yang sama ummi ayah kena keluar rumah juga.

Ummi ayah terpaksa juga balik KL memandangkan kami terpaksa mengangkut barang-barang kami dan juga kucing belaan kami sewaktu tinggal di Kuantan. Pukul 1 pagi, kami sampai di KL. Ummi tidak tahu pun yang rumah opah sudah jadi guarded community dan hendak masuk kena ada sticker kereta. Jadi terpaksalah ummi dengan yakinnya menjawab soalan pak guard yang mungkin menyangka kami mencuri barang sebab kereta kami memang penuh dengan TV, kipas, buku-buku dan barang-barang lain termasuklah seekor kucing.

Jumaat, 7 Mei 2010 @ Kuala Lumpur

Pada hari jumaat pula, ummi ayah mengemas bilik kami di rumah opah sebab rumah opah sudah bersepah dengan barang-barang yang kami angkut dari Kuantan. Rumah opah sudah jadi gedung barang pula. Opah suruh ummi ayah rehat sebab tengah malam nanti hendak travel lagi, tapi kami tidak senang hati sangat hendak biarkan opah aki kemas bilik kami. Alhamdulillah, berjaya juga susun barang-barang yang banyak itu di dalam bilik kami.

Ummi ayah juga mengemas dan membuka storage box abang `Ukasyah buat pertama kalinya selepas abang `Ukasah pergi meninggalkan kami. Air mata ummi berjurai-jurai keluar. Tatkala melihat beg nursery `Ukasyah, ummi tidak dapat menahan sebak. Bau `Ukasyah masih ada lagi. Kenangan bersamanya bermain di fikiran ummi seperti bermainnya sebuah episod kehidupan. Ayah juga menahan sebak. Berkali-kali ummi katakan pada ayah, “Ummi tidak sangka kan ayah”, “Ukasyah anak soleh”, “Bertuah adik `Ukasyah, banyak sungguh barang-barang abang yang adik boleh gunakan nanti”.

Kami menyusun baju-baju little mujahid junior dan arwah abang `Ukasyah di dalam satu almari yang di beli oleh opah untuk `Ukasyah sewaktu ummi pindah rumah di Kuantan. Oh lupa pula, ummi memang shopping juga baju-baju untuk little mujahid junior. Drawer pertama penuh dengan baju-baju dan barang-barang yang ummi ayah belikan khas buat hero kedua kami ini. Drawer kedua pula dipenuhi dengan breastfeeding equipments seperti stroga and feeding bottle yang berjumlah lebih 30 botol, breastmilk storage bags, bresatpump, bottle warmer dan sebagainya. Drawer ketiga pula diisi dengan diaper bags dan toys manakala drawer terakhir dipenuhi dengan toiletries baby. Stroller dan car seat ummi letakkan kemas di sisi almari itu dan bakul rotan yang mengandungi baju-baju `Ukasyah pula, ayah letakkan di bawah meja study kami. Bath tub dan bouncer pula diletakkan di atas almari. Banyak kan barang-barang baby. Ummi rasa sudah lengkap kesemuanya.

Sabtu, 7 Mei 2010 @ Kelantan

Pada tengah malamnya pula, ummi ayah bangkit bangun seawal jam 2.30 pagi. Pukul 3 pagi, ummi, ayah, opah dan aki makan tengah malam di Restoran mamak sebelum ummi ayah memulakan perjalanan. Kami berhenti di Temerloh untuk solat subuh dan sampai di Kampus UIA Indera Mahkota lebih kurang jam 7 pagi. Ummi ayah cemas terlepas bas untuk ke Kelantan kerana kami menjangkakan bas bertolak pukul 8 pagi. Rupa-rupanya, kami tersilap.

Alhamdulillah, selamat tiba di Kelantan setelah mengharungi perjalanan yang jauh. Buat pengetahuan semua, ummi sedang melakukan clinical posting di Paediatric Oncology Ward, Hospital Universiti Sains Malaysia. Clinical posting ini perlu ummi penuhi untuk menduduki Nursing Board Exam nanti. Kiranya ummi sudah habis belajar sebenarnya. Result final exam telah ummi perolehi dan research ummi has been completed too. Ummi akan stay lagi seminggu di Kelantan.

Selepas seminggu di Kelantan, ummi ayah akan kembali ke Kuantan untuk ambil kereta yang diletak di UIA dan pulang ke KL untuk check-up little mujahid junior. Selepas itu ummi akan pulang semula ke Temerloh pula untuk menyambung clinical posting yang masih berbaki 2 minggu di Paediatric Ward dan NICU.

Setelah selesai clinical posting ummi, ummi ada masa 2 minggu yang masih tidak lagi ummi rasakan sebagai cuti kerana ummi perlu study dan bersedia untuk Nursing Board Exam pula. 23 Jun 2010, barulah ummi akan cuti yang sebenar-benarnya dan menjadi suri rumah sementara menunggu kelahiran hero kedua kami.

Perkembangan Little Mujahid Junior

Little mujahid junior sudah pandai menendang ummi dengan kuatnya. Tendangan pertama little mujahid junior untuk ayah telah dilakukan pada 5 Mei yang lepas. Sekarang ini kalau little mujahid junior menendang, memang nampak perut ummi bergerak-gerak. Kalau ummi atau ayah letakkan tangan, lagilah beliau aktif berkung fu. Alhamdulillah, anak ummi sangat aktif sekarang ini. Ayah juga sangat rajin melayan si kecil ini. Entah apa yang disembangkannya dengan little mujahid junior ye. Bila ummi baca Quran, little mujahid junior sangat suka. Kaki kecilnya itu memberi respon terhadap sentuhan tangan ummi. Bila ummi lapar, little mujahid junior akan menjadi aktif. Kalau ummi menangis rindukan `Ukasyah, automatic little mujahid junior akan berhenti menendang ummi, seakan-akan tahu kondisi ummi. Soleh betul anak ummi ayah ini ye.

Sekian sahaja coretan panjang dari Ummi yang sangat kesuntukan masa…Sekian sahaja dari ummi ye…Doakan kesihatan dan kesejahteraan kami sekeluarga…



11 comments:

  1. Assalam,

    baca your entry pun me penat, yang mengalami pindah, punggah, kemas sure lagi penat...

    HuHuuHuuu...
    still nasihat sama... "Jaga diri"

    ReplyDelete
  2. Rindu nak dengar cerita tentan mawardah

    ReplyDelete
  3. doaku moga kalian berbahagia sentiasa..

    :)

    ReplyDelete
  4. salam..

    selalu baca blog ini tapi baru kali pertama jejak.. masih dekat kelantan yer sekarang... teringin akak nak jumpa kalaina berdua.. please email kan akak yer.. nie email akak
    azie_6873@yahoo.com

    ReplyDelete
  5. ternanti-nati juga perkembagan dari mawaddah

    ReplyDelete
  6. salam kenal mawaddah....macam2 perasaan yg ada bila baca blog kamu ini..Apapun akak doakan semoga mawaddah dan suami sentiasa kekal bahagia....semoga kita boleh berukhwah...!!!!iLalliqaa'.....

    ReplyDelete
  7. salam kenal mawaddah...pelbagai perasaan yg dtg bila akak baca coretan d blog kamu ini...Apapon,be strong ya dik...semoga Tuhan sentiasa bersama2 kamu...Semoga kita boleh saling berukhwah yer......(Kak Ieda)

    ReplyDelete
  8. salam mawaddah.Lama tunggu update blog die.. =p Erm, moga sihat selalu ye..tak sabar nak jumpa baby mawaddah juga.. =) jaga diri!
    p/s: terkilan sikit sebab tak sempat jumpa time kat Kuantan =(

    ReplyDelete
  9. salam
    lama benar tiada khabar berita
    yg terbaiklah utk kalian berdua

    :)

    ReplyDelete
  10. Salam ziarah...salam kenal

    InsyaAllah...moga kalian sukses selalu di dunia dan di akhirat. Akak dan abang juga merupakan ex-UIA dan kami berkahwin pada tahun pertama lagi ketika di Gombak. Tiada yang mustahil.

    Silalah berkunjung ke http://www.ibunoor.com

    ReplyDelete