Alhamdulillah, kandungan Ummi telah 37 minggu usianya. Menunggu masa sahaja untuk melahirkan. Debarannya mengalahkan bersalin anak sulung.😉. Kali ini persiapan kelahiran agak lewat dibuat kerana kami banyak travel. Persiapannya juga berbeza sebab bukan sahaja kena siapkan untuk Baby U, tapi juga untuk Along dan Kak Ya.
Assalamualaikum cinta hati Ummi,
Alhamdulillah, syukur ke hadrat allah kerana anak dara Ummi sudah genap setahun umurnya. Sungguh pantas masa berlalu, 4 bulan lagi, Kak Ya (gelaran manja Haniyya) nak jadi kakak dah. Membesarkan Kak Ya memang sangat mudah sekali. Asbab dah banyak pengalaman Ummi, atau sebelum ni dah rasa melahirkan 2 orang hero mungkin. Terima kasih Kak Ya, banyak memudahkan Ummi. Kak Ya baby yang cool, beralah dan sabar. Sungguhpun begitu, perempuan semestinya lebih sensitif, tapi Kak Ya selalu sorok perasaan tu.
Walaupun Kak Ya tak banyak ragam, tapi Ummi dan Kak Ya hebat diuji dalam perjalanan penyusuan susu ibu. Kak Ya anak ke-3, Ummi dah banyak pengalaman menyusukan abang-abangnya, tetapi dengan Kak Ya Allah beri ujian sedikit supaya Ummi tak terleka. Kak Ya adalah tounge-tied baby. Abang `Ukasyah juga begitu, walaupun lebih severe, tetapi hero mungkin semangat, Abang `Ukasyah elok je menyusu dengan badan yang sangat bam bam. Namun, dengan Kak Ya tidak begitu. Kak Ya mengalami masalah 'poor weight' di usianya 3 bulan sehingga dirujuk kepada Pakar Kanak-Kanak di HUKM. Ya Allah, memang Ummi Ayah sangat down masa tu. Sangat trauma dan takut. Pelbagai ujian darah dilakukan, ujian air kencing. Siap repeat tests lagi tu. Doktor Pakar pun tak boleh nak diagnose Kak Ya.
Ummi juga dirujuk kepada Lactational Counsellor sebab Doktor takut cara Ummi BF Kak YA salah. Ummi ada juga argue dengan Dr tentang short frenulum haniyya, tapi Dr tak nak buat frenulotomy unless affect speech je. InsyaAllah lah tak affect speech kan, sebab Ayah ok je. Geram pun ada waktu tu dan sangat kesal sebab Ummi Ayah tak lari ke private. Lepas tu bermula la episod Ummi jadi EP mom demi menaikkan berat badan Haniyya. Serius sedih sangat rasa hati ini sebab Ummi macam tak rela, tapi tak mahu pentingkan diri sendiri, asalkan Kak Ya dapat minum susu Ummi. Ummi pun beli Freestyle lepas tu. Alhamdulillah, tak de masalah production susu. Lepas tu memang Haniyya semakin tembam. Namun Kak Ya masih mengempeng hingga kini. Nak tidur, nangis, kena pujuk dengan 'best friend' dia. hehe. Kalau berjalan tu payah skit sebab Haniyya suka nak berbaring dengan 'best friend' dia. Kak Ya, nanti Ummi lahirkan adik, Kak Ya sambung BF dengan Ummi ye.
Kak Ya dah sihat sekarang, selera makan sangat tinggi. Suka makan, alhamdulillah.. Sangat tak memilih. membujur lalu melintang patah. hehe. Tembam sangat dah sekarang, dah lah framework kecik je, nampak montok.
Terima kasih Kak Ya hadir membahagiakan Ummi dan Ayah. Juga menjadi penyeri rumah Opah Aki memandangkan Kak Ya satu-satunya bunga dikalangan kumbang-kumbang. Ummi Ayah sayang sangat Kak Ya kerana Allah. Walaupun Kak Ya cepat beradik, tapi tak sikit pun perhatian kepada puteri Ummi Ayah ini akan berkurang. Ada hikmahnya Ummi tak bekerja kan sayang.
Ok Kak Ya sayang, cinta hati Ummi Ayah. Semoga membesar jadi anak yang solehah, muslehah, jadi daie, jadi seorang suri hati suami yang menenangkan dan mendamaikan seorang suami, jadi ibu yang yang penyayang.
Kini, kandungan Ummi telah berusia 19 minggu. Lagi seminggu nak masuk 5 bulan. Cepatnya masa berlalu. Rasa tak sempat melayan diri seperti orang mengandung dek kerana anak-anak tang sedang membesar.
Check-up waktu 16 minggu seperti biasa, di Poliklinik Barakah. Berat Ummi turun 2 kg dari sebelumnya. Ummi sengih kat Ayah sebab Ayah gelakkan Ummi. Mengandung sebelum ni Ummi tak pernah berat cecah 70kg walaupun dah sarat, tapi kali ni dah sampai pun 70kg. Hihi.😝 Tekanan darah rendah. Puas dah makan macam2, gitu la juga bacaannya.
Mujahid ke-4 Ummi, sihat alhamdulillah. Di minggu ke-16 beratnya dah 165 gm. Comel Ummi tengok dia menendang tak duduk diam. Gender tak nampak, macam Kak Ngah Ulya je gayanye. Kakau ikut Abang Ukasyah dan Along Uwais, mampak dah.
Semoga baby membesar sihat sempurna dalam perut Ummi. Bulan 9 ni last kita fly ye sebelum baby lahir 19 Nov. Ummi sayaaang dia.🌹
Assalamualaikum anak-anak yang ummi kasihi. Lama betul ummi menyepi diri dari blog yang ummi sayangi ni.
Bermula dengan ummi mengandung, berpindah rumah, adaptasi anak-anak di rumah baru dan percutian seminggu ke Tawau-Semporna. InsyaAllah, banyak entri bakal menyusul di blog ini. Kisah kita semua melakar cinta bersama. 😉
Assalamualaikum anak-anak yang Ummi kasihi... 'Ukasyah yang Ummi Ayah rindu selalu, kadang-kadang nangis juga sebab rindu dia. Uwais dan 'Ulya yang makin banyak pandainya. Serta Baby U yang sudah mula Ummi rasakan pergerakannya di usia 14 minggu. Hehe. Anak no 4 memang cepat quickening. Hampir saja sentiasa lupa diri Ummi ini membawa lagi satu nyawa dalam perut Ummi. Bila terlihat perut yang semakin membesar, terasa kasihan dengan Baby U yang kurang perhatian dari Ummi. Bila anak-anak dah tidur, baru Ummi dapat layan gerakan dia, bacakan Surah Luqman.
Hari ini pindah rumah, Ummi tak larat nak kemas. Apartment yang dibeli sudah ada pembeli. Ummi panggil maid untuk kemas barang-barang kat sana, tapi kat rumah Opah kena kemas sendiri.
Semalam Ummi hampir saja nak merajuk dengan Ayah sebab tak dapat cuti sebab minta saat akhir. Semalam balik dari kerja dok packing barang dengan Ummi sampai kul 3 pagi. Pagi ni pergi On-call untuk pesakit Methadone pula. Pastu balik, lori sampai angkut barang. Esok maid datang rumah untuk unpack barang.
Doa dipermudahkan segala urusan perpindahan, terutama emosi Uwais sebab dari sebelum lahir duk dengan Aki Opah. Setiap kali pindah rumah, mesti Ummi pregnant. Hihi.