Abu `Ukasyah

Abu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Abang, Happy Anniversary

Abang, Happy Anniversary


Kedai Mawaddah & Hafiz

Ummi ayah sentiasa merinduimu sayang..

Powered by Blogger.

June 8, 2010

Menyediakan Keperluan Little Mujahid Jr



Alhamdulillah, ummi sudah beransur-ansur membeli keperluan hero kedua ummi ayah ini. Walaupun banyak kelengkapan yang sudah diwarisi dari abang `Ukasyah, tapi tidak lupa juga menyediakan serba sedikit keperluan yang khusus buat cahayamata ini. Baik yang pertama mahupun kedua, kegembiraan dan keterujaannya tetap sama kan. Ummi bersyukur sangat sebab sudah mula membeli barang-barang little mujahid jr sedikit demi sedikit kerana bila kandungan sudah hendak masuk 7 bulan ini, ummi sudah tidak larat lagi untuk berjalan-jalan sangat. Apatahlagi bila ummi sudah sarat nanti.

Ayah sudah belikan baju little mujahid junior hampir 10 pasang rasanya. Sehelai rompers dibelikan Opah sewaktu awal ummi mengandungkan little mujahid jr lagi. Opah belikan dia baju raya katanya. Baju-baju yang ayah belikan untuk baby, semuanya saiz besar, 6 ke 12 bulan sbb abang `Ukasyah dulu sudah tak muat pakai baju newborn lagi bila umur sudah 3 bulan. Itu pun muat-muat badan je pakai baju 6 ke 12 bulan tu. Ayah juga ada belikan 3 pasang set booties dan mittens serta 2 leggings untuk little mujahid jr. Swaddle blanket dan bantal whales pun ayah ada belikan juga. Waktu ummi pregnant abang `Ukasyah dulu, ummi ada upload gambar-gambar barang keperluan `Ukasyah. Ummi ingat nanti ummi nak upload juga lah untuk little mujahid jr. Hanya sebagai kenangan je.

Breastpump,warmer, breastmilk storage bag, breastmilk storage bottle masih ada lagi. Breastmilk storage bottle ada 30 botol dan bag pula ada 50 keping lagi. Stroller dan car seat juga sudah ada. Bouncer yang atuk belikan untuk abang `Ukasyah pun masih ada lagi. Toiletries baby masih banyak lagi sebab ada yang orang hadiah dan abang `Ukasyah punya dulu. Mosquito net ada 2 , satu ayah beli, satu atuk belikan. Ummi rasa lengkap sudah barang-barang hero kedua ummi ini. Yelah, satu almari pun tidak cukup bila ummi hendak susun barang-barang little mujahid jr. Murah rezeki anak ummi ayah ini ye.

Cuma ummi dok pujuk ayah hendak belikan satu benda ini je lagi. Benda ini ummi tidak tahu sama ada ianya adalah keperluan atau kehendak. So, ayah KIV dulu. Pertamanya, benda ini tidak menjadi keperluan utama sebab ummi memang hendak fully breast si comel ini, jadi baby akan tidur dengan ummi ayah lah kan. Kedua, ummi rasa perlu sebab kucing dekat rumah opah ini ada 5 ekor . Aktif juga kucing-kucing ini. Kadang-kadang itu, melompat terus atas katil ummi ayah. Bahaya betul kalau little mujahid jr sudah lahir nanti. Ketiganya, berbaloi kalau beli sekarang sebab adik-adik nanti boleh guna sekali. Hehe. Keempat pula, ummi suka sangat sebab ada diaper changing table. Ayah baca tau proposal ummi ini. Kalau ayah tidak approve pun tidak mengapa. Tapi ayah pertimbangkan ye hasrat hati ummi yang murni ini (ayat macam memaksa je ni). Bak kata opah, belum lagi ayah dapat gaji pertama, ummi dah propose macam-macam pada ayah. hehe. Benda yang ummi propose ini ada jual di Gubibaby tau. Ummi sertakan sekali review benda tu ye. Benda itu adalah seperti di bawah:



Graco Pack ‘n Play Playard

Feature

•The only playard designed to transition from newborn to infant to toddler
•Newborn Napper® station with beautifully-styled, soft fabrics cuddle baby
•Removable, full-size bassinet is perfect for napping
•Easily converts to a portable playard
•Diaper changing table for time-saving convenience
•Airy mesh on all sides for maximum ventilation
•Convenient carrying bag for no-fuss travel and storage
•Newborn Napper® station with the most luxurious fuzzy-wuzzy fabric
•Organizer with 3 cubbies to keep baby essentials close at hand
•Canopy on Newborn Napper® station shields baby from bright light
•Quilted mattress pad creates a comfortable nap space
•Enhanced electronics module with songs, soothing sounds and vibration
•Changer with cushioned rim for more comfortable diaper changing
•Unique curved frame gives it a contemporary look
Specifications

Overall Height: 33.3″
Width: 28.5
Depth: 40″

Recommended use

•Napper for use only for infants under 3 months of age and unable to roll over
•Bassinet for babies under 15 lbs
•Changing table for babies under 25 lbs
•Playard for children unable to climb out, under 35″ tall

Perlu Berubah….


Dua hari sebelum pemergian mujahid sulung ummi, `Ukasyah. Ummi ayah rindu dan sayangkan kamu, tapi kasih sayang Allah padamu membatasi kasih sayang ummi ayah. Ini langkah pertama ummi membuka album kenangan bersamamu sayang. Dengan sengaja ummi memilih gambar yang tidak berapa jelas untuk permulaan ini.



Salam sayang buat anak-anak ummi dan zauj tercinta…

Ummi sedang merancang untuk menukar layout blog ini, tetapi ada sesuatu yang membuatkan hati ummi terlalu gusar untuk mengubahnya. Layout blog yang ummi guna sekarang menyimpan banyak kenangan ummi, ayah dan `Ukasyah. Ummi masih ingat lagi, layout blog ini ummi tukar tanpa pengetahuan ayah selepas ummi habis berpantang `Ukasyah. Waktu itu, ummi pilih layout ini kerana kata-kata di header blog ini iaitu, “The love of a family makes life beautiful”. Lagi satu kerana warnanya. Ayah suka warna hijau, ummi pula suka warna pink, jadi ummi buat keputusan pilih layout ini memandangkan ummi juga tidak minta izin ayah. Bila buat begiru, kenalah pilih layout yang ayah suka juga kan.

Tapi ummi rasa ummi perlu tukar juga layout ini. Ummi kena hijrah sebab setiap kali ummi buka blog anak-anak ummi ini, hati ummi sangat sayu rasanya. Percaya atau tidak, ummi masih tidak kuat untuk menatap gambar `Ukasyah di sidebar blog ini. Setiap kali ummi scroll down, ummi akan pejam mata ummi. Ummi berpendapat, dengan menukar layout ini, ummi akan lebih kuat untuk hadapi segala-galanya tentang `Ukasyah. Ibarat hijrah.

Selepas `Ukasyah sudah tiada, ummi banyak ubah diri ummi, mahupun susunan barang-barang. Jalan yang ummi biasa ikut bila bersama `Ukasyah, tidak lagi ummi lalui. Terutamanya bila di Kuantan. Bila terpaksa ikut juga, ayah akan suruh ummi pejam mata dulu. Sebab itu, ummi tidak mahu kembali ke Kuantan lagi. Trauma sangat rasanya diri ini. Apatahlagi bila ummi clinical posting di HTAA, langsung ummi tidak mahu lalu depan bilik mayat, mahupun emergency department. Hanya ada satu jalan yang boleh ummi lalui iaitu melaui Kulliyyah of Nursing. Waktu di hospital Temerloh, ummi mengelak berjumpa dengan kakitangan hospital yang mengenali ummi. Ummi bukannya popular pun, tetapi ramai yang ingat ummi sebab ummi pernah posting waktu ummi masih dalam pantang lagi. Ibaratnya, kalau jalan ummi selalu laju-laju. Ummi tidak mahu bertembung dengan orang yang mengenali diri ini. Sedih sangat bila jadi macam ini. Isk isk (Tiba-tiba menitis pula air mata).

Buat pengetahuan kalian, ummi selalu mengelak untuk berada di khalayak ramai atau menghadiri majlis-majlis tertentu, cuma tidak setiap masa ummi boleh begitu. Kebanyakannya ummi kuat hati dan tabahkan diri menghadiri program-program dan walimah kawan-kawan. Pada zahirnya, ummi kelihatan gembira, tabah dan kuat, tetapi sebenarnya ummi selalu menangis dengan ayah sama-sama di waktu kami terlalu rindukan `Ukasyah. InsyaAllah, setakat ini kami saling ingat-mengingati, kuat menguatkan antara satu sama lain. Allah sayang pada ummi ayah serta `Ukasyah jua. Masih teringat lagi ummi pada kata-kata ayah sejurus doktor sahkan `Ukasyah telah tiada. Ayah peluk ummi yang menangis dan ummi berkata pada ayah, “Abang, sayang ada abang sorang je lagi”. Ayah terus membalas, “Sayang masih ada Allah. Abang juga adalah pinjaman dari Allah”.

InsyaAllah, ummi yakin suatu hari nanti ummi akan 100% kembali seperti sewaktu adanya `Ukasyah, malah ummi mengharapkan ummi akan jadi lebih baik dari dulu. Seperti yang ummi janjikan pada ayah bahawa ummi yakin, segala-galanya akan kembali normal bila Little Mujahid Jr sudah lahir nanti. InsyaAllah, doakan ummi ayah terus tabah dan kuat menghadapi ujian ini ye. Ummi ayah insan biasa yang masih perlu diproses hatinya. Rindu sangat padamu anakanda tercinta...

June 1, 2010

Untukmu Jiwa dan Darah Kami

Untukmu jiwa-jiwa kami

Untukmu darah kami

Untukmu jiwa dan darah kami

Wahai Al-Aqsa tercinta

Inilah ikrar mereka yang berjuang dalam misi menerobos tembok kematian Gaza, Lifeline4Gaza. Dan inilah juga ikrar ayah dan ummi untuk membebaskan palestin yang sedang dijajah Israel Zionis. Cemburunya ayah terhadap mereka yang syahid diserang tentera zionis yang kejam. Syuhada yang sedang berterbangan di sisi Tuhannya bak burung-burang yang terbang bebas. Ya Allah masukkanlah aku dikalangan syuhadaMu.

Ketika ini dilaporkan sekurang-kurangnya 16 orang telah syahid dari serangan zionis terhadap kapal induk Lifeline4Gaza, Mavi Marmara. Dan beratus-ratus lagi telah cedera dan ditawan oleh zionis laknatullah. Semoga Allah memberikan mereka keselamatan dan kemenangan dalam perjuangan ini. InsyaAllah.

Buat anak-anak ayah, `Ukasyah dan Little Mujahid Jr. yang disayangi, sesungguhnya ayah selalu berharap kamu akan menjadi sekuat dan setabah mujahid-mujahid yang telah mengorbankan diri dan harta mereka di jalan Allah. Dan ummi ayah selalu mendoakan anak-anak kami menjadi seorang yang soleh, musleh dan terutama sekali mujahid agar Islam tertegak di bumi ini. Hanya dengan Islam sahaja kita akan mulia dan berbahagia. Bukan dengan sosialis. Bukan dengan komunis. Bahkan bukan dengan apa sahaja selain Islam. Hanya Islam dan Islam sahaja.

Walaupun `Ukasyah telah pergi menuju ke syurga Ilahi tanpa sempat berjuang bersama mujahid-mujahid di Palestin sana, tetapi `Ukasyah telah berjaya memperoleh syurga yang kekal abadi yang merupakan cita-cita ayah buat anak-anak ayah. Semoga ummi ayah dan adik-adikmu yang lain berjaya memperoleh nikmat yang kamu perolehi sayangku.

Apa yang boleh kita lakukan sekarang ialah berdoa dan melakukan solat hajat buat mereka yang sanggup bergadai nyawa dalam misi Lifeline4Gaza ini. Kita juga boleh sedaya upaya memboikot barangan buatan Zionis Israel yang telah terbukti memberikan impak terhadap ekonomi mereka. Dan bagi mereka yang belum melakukannya, bolehlah melakukan sedikit sumbangan terhadap misi Lifeline4Gaza ini.

Tabung Palestin HALUAN
Maybank 5-644-902-085-28

Sesungguhnya Allah menilai terhadap segala apa yang kita kerjakan di dunia ini hatta yang sedikit sekali pun.