Abu `Ukasyah

Abu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Abang, Happy Anniversary

Abang, Happy Anniversary


Kedai Mawaddah & Hafiz

Ummi ayah sentiasa merinduimu sayang..

Powered by Blogger.

June 27, 2012

Along Uwais

Sekadar catatan buat anakanda Uwais. Sekembalinya sahabat-sahabat baik Uwais ke Yaman, anakanda Uwais sudah ada kemajuan dalam percakapannya. Mungkin asbab kesunyian membuatkan Uwais bercakap juga. Nampak sangat rindunya dia pada abang Mus'ab dan adik Tholhah.

Beberapa 'vocab' baru:

Cucun - susun
Mik - ambil
Ais (yang ni memang agak kelakar) - Uwais
Atik - adik
Ati - Aki
Pah - Opah

Anak lelaki nampaknya agak lambat sedikit bercakap berbanding anak perempuan sehingga menimbulkan kegusaran di hati Ummi. Ummi cakap dengan Ayah, Ummi risau jika anakanda Uwais jadi seorang yang pendiam. Semestinya Ummi mahu putera sulung ini membesar menjadi seorang daie yang berkeyakinan tinggi, mampu memberikan pengucapan awam dalam menyempurnakan kerja-kerja dakwah.

Adik-beradik Ummi juga, kesemuanya jenis yang banyak cakap dan boleh 'public speaking'. Ayah juga, walaupun dahulunya seorang pendiam, tapi lepas kahwin dengan Ummi, sudah semakin ramah. Mana tidaknya, keluarga besar Ummi sering berkumpul bersama. Bila bersama, banyak perbincangan dan komunikasi yang berlaku.

Televisyen memang jarang sekali ditonton di rumah Opah Aki ini asbab kami semua tidak biasa menonton TV. Bila berkumpul, TV langsung tidak dibuka atau sengaja dipadamkan kerana tiada yang menonton pun. ASTRO pun baru dipasang di rumah Opah Aki tika Ummi sendiri sudah berusia 26 tahun. Itu pun kerana cucu-cucu dan Opah Aki serta seluruh ahli keluarga suka dengan astro OASIS.

Ummi sendiri merasakan perlu ada batasan dalam membenarkan anak-anak menonton TV. Sewaktu kecil, Ummi dibesarkan tanpa TV. Mungkin sebab itu, Uwais juga kurang minat terhadap TV. Walaupun Ummi bagi tengok kartun, nampaknya anak kecil ini lebih suka kepada sesuatu yang lebih realistik berbanding fantasi.

Semoga Allah bantu Ummi dalam mentarbiyyah anak-anak ya..




- Posted using BlogPress from my iPad (www.ukidsmart.com)

June 15, 2012

Little Mujahidah @ 33 minggu

Alhamdulillah, puteri Ummi telah 33 minggu dan menghampiri 34 minggu. Be berapa minggu lagi hendak ketemu Mujahidah solehah ini. Serius, Ummi berdebar-debar bila memikirkan akan melalui lagi proses kelahiran ini. Rasa sakitnya, hanya Allah saja yang tahu. hehe. Walaupun ini kelahiran yang ketiga, tapi takut juga. Ummi doa agar Allah beri kekuatan pada Ummi nanti.

Ummi juga risaukan Uwais. Dok terfikir je, macam mana Uwais nanti waktu Ummi bersalin. Opah kata, Opah, Aki Dan Pak Cu bawa je Uwais tidur sekali kat hospital, sementara ayah menemani Ummi berjuang dalam LR.




Baby Ummi yang masih menyusu dengan Umminya. Alhamdulillah, walaupun banyak rintangan yang Ummi lalui, tapi Allah masih murahkan rezeki Uwais. Uwais sudah 21 bulan dan menyusu hanya dengan susu ibu. Lagi 3 bulan sahaja lagi perjalanan penyusuan. 7 Syawal akan berakhir tempoh menyusu dengan Ummi. Waa sedihnya. InsyaAllah sempat tandem nursing dengan adik nanti.

Ummi doakan agar anak-anak Ummi Ayah menjadi anak-anak yang soleh solehah, musleh muslehah. Kalian adalah dai'e yang harus Ummi Ayah tarbiyyah sebaik yang mungkin. Alangkah sedihnya Ummi Dan Ayah jika kalian tidak bersama Ummi Ayah atas jalan yang telah kita pilih ini.

Kebelakangan ini, sungguh banyak musibah menimpa keluarga kecil kita. Ummi yakin, pasti ada hikmahnya di atas segala yang berlaku. Mari kita kutip segala hikmah agar kita tak jadi orang-orang yang rugi. Allah uji Kerana kasihNya pada kita, agar kita dekat pada Dia.

Salam sayang dan kasih untuk Ayah, Uwais dan Little Mujahidah. Tidak pernah Ummi lupakan, 'Ukasyah yang berada di taman-taman syurga. Moga Allah redha dan berkati kehidupan kita. Semoga kita peroleh keberuntungan di akhirat. Ameen.

Posted using BlogPress from my iPad (www.ukidsmart.com)

June 6, 2012

Rumahku Syurga (Baiti Jannati)

Alhamdulillah, pencarian selama ini telah berakhir.  Puas sudah Ummi Ayah mencari rumah yang menepati keperluan sekeluarga dan bisnes Ummi , tapi harganya yang tak sesuai buat Ummi Ayah.  Akhirnya pencarian berakhir.  Allah ketemukan dengan rumah baru, belum berpenghuni dan beli terus dari developer.  Harganya sangat mampu dimiliki kerana ianya adalah lot bumiputera yang masih belum dijual walaupun tinggi di atas awan (yelah tu).  Hanyalah sebuah apartment kos sederhana untuk keluarga kecil ini.  Mula-mula Ummi masih ragu-ragu, tapi Ayah kata ni aset pertama kita, dari menyewa, lebih baik memilikinya terus.  Lagipun nak duduk setahun dua je.

Alhamdulillah, secara rasminya kami sekeluarga telah berpindah ke rumah baru itu.   Makbul doa Ummi.  Dulu selalu main-main cakap dengan Ayah, kalau apartment ni Ummi nak lah.  

Proses nak pindah juga bukan mudah rupanya, bukannya seperti masuk rumah sewa di Kuantan dahulu.   Semua perabot dan alatan elektrik kena beli baru sebab waktu pindah Kuantan-KL, Ummi Ayah telah dah jual kesemuanya.

Walaupun dah pindah ke sana, Ummi selalu di rumah Opah Aki yang hanya 500 meter jaraknya memandangkan Ayah sibuk selalu.

Semoga ada rezeki nanti, boleh beli rumah di Alam Damai, dekat dengan pusara anakanda sulung tercinta.  Ini cita-cita Ummi Ayah.



Persediaan Berpantang dan Beraya

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, Ummi telah hampir menyiapkan sepenuhnya persiapan berpantang dan beraya nanti kerana Ummi akan bersalin di bulan Ramadhan.  Kasihan pada anak bujang sorang tu nanti.  Bercakap tentang berpantang, kali ini memang Ummi bersungguh hendak memanjakan diri walaupun tahu akan berpantang di rumah sendiri nanti.  hehe.  Moga-moga ada kesempatan nanti nak manfaatkan segala yang telah dibeli dan dirancangkan.  Ayah awal-awal lagi dah gelakkan Ummi, katanya dia tengok berapa lama Ummi boleh bertahan nanti.  Maklum jelah, sebelum ini mana penah pantang macam orang lain sebab tengah study, jadi pakai jelah apa yang ada, boleh kata pantang seadanya.  Belum 20 hari dah keluar rumah, clinical posting dan konvokesyen.

Di kesempatan ini Ummi ingin kongsikan apa yang telah Ummi beli secara online (ayah sibuk on-call selalu,  jadi dah pesan awal-awal dengan Ummi suruh beli online je).  Moga ada manfaatnya untuk semua.  Mungkin ada yang tercari-cari maklumat tentang ini.

1) Minyak Herbanika & Krim Barut Nona Roguy

Ummi tidak beli set bersalin sebab untuk dalaman, Ummi hanya amalkan madu yaman, habbatus sawda` dan semua makanan sunnah.  Oleh sebab itu, melalui reviews dan pengalaman mak saudara yang telah menggunakan minyak herbanika dari Nona Roguy, maka Ummi juga teringin mencubanya.  Ummi telah survey secara online sekian lamanya untuk dapat best price sebab minyak herbanika 260ml ini harganya RM110 kalau tak silap.  Tapi jika ada pembaca ingin dapatkan harga murah, Ummi ada caranya, email puteri_iman07@yahoo.co.uk ye, tak boleh cerita kat sini. hehe.  Ummi tak jual tau benda ini, Ummi cuma tahu cara nak dapat murah untuk pakai sendiri je.

kredit to google images

kredit to google images
2) Herba Mandian dari Sentuhan Kasih Ibu

Ummi beli 2 pek, ada 12 uncang dan paling mudah digunakan.  Hanya tinggal tambah air panas  sahaja, supaya dapat memudahkan kerja Ayah nanti.  Harga 1 pek (6 uncang), RM30 .  Beli 2 pek, RM55.


3) Minyak Burung Unta dari Big Bird Shoppe

Minyak burung unta ini bukan untuk Ummi, tapi untuk little mujahidah.  Ummi sudah menggunakannya dari waktu `Ukasyah lagi.   Bau dan kepanasannya sangat sesuai untuk bayi.  Uwais yang dah besar pun masih gunakan minyak burung unta ini.  Ummi diperkenalkan dengan minyak ini oleh Staff Nurse tempat Ummi bersalin, waktu `Ukasyah admit jaundice.  Ummi nampak dia sapu minyak ni pada `Ukasyah, itu yang Ummi terus beli dan tak guna minyak yu yi cap limau dah.  Ummi beli 12 botol terus, dapat 30% less dan free shipping.


4) My Brest Friend : Feeding Pillow dari Littlewhiz


Walaupun Ummi telah memiliki sebuah nursing pillow hasil jahitan Ummi sendiri, tapi Ummi fikir nursing pillow yang ada tak praktikal untuk Ummi nanti.  Perbincangan yang lama dengan Ayah tentang  perkara ini.  Seperti biasa Ummi membentangkan segala rasional untuk memilikinya.  Salah satu alasan yang kukuh, "Nanti sayang banyak kena handle baby sorang sebab abang uruskan Uwais.  Nursing pillow yang lama tu beratlah abang".  Akhirnya, ayah approved.  Harga RM169.20.  Telan air liur kejap. hehe. Harga kat Mothercare, RM188.  Kiranya sangatlah berbaloi sebab campur shipping cost, masih lagi murah.  Tak perlu ayah mengejar Uwais kat Mothercare tu dan Ummi pun pening kepala.


5)  Tungku Moden


Tungku moden ini tidaklah sebaik tungku batu sungai.  Tapi, amat membantu dan memudahkan kerja.  Ummi beli di GM Klang.  Sangat murah harganya.


6)  Baju-baju Little Mujahidah


Baju-baju Little Mujahidah banyak dibeli ketika biz trip hari itu.  Waktu tu belum tahu gender lagi, tapi Ummi beli semua design girls.  Untuk baju newborn dan discharge nanti, Ummi hanya tambah 5 pasang sahaja baju-baju newborn yang nampak ciri-ciri keperempuanan.   Baju-baju newborn  `Ukasyah dan Uwais masih banyak yang boleh dipakai.  Ummi beli sepasang baju kurung  warna purple (tema raya tahun ini) untuk Little Mujahidah di Baju Kurung Bayi Hannan (RM50) dan Opah ada belikan dress Truddy Teddy di SOGO.  Sebelum terlupa, ada juga terbeli 3 tudung comel dari Ucuk Mama.

InsyaAllah, setakat ini sahaja dulu ya.  Sebagai `online shopper` yang tegar, review sangat membantu Ummi.  Moga, ianya bermanfaat buat kalian.