Abang, Happy Anniversary

Abang, Happy Anniversary

Abang, Happy 24th Birthday...

Abang, Happy 24th Birthday...

Kedai Mawaddah & Hafiz

Ummi ayah sentiasa merinduimu sayang..

Abu `Ukasyah

Abu `Ukasyah

Hero Kedua, Uwais al-Qarni

Hero Kedua, Uwais al-Qarni

Ummu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Mujahid Sulung, `Ukasyah

Mujahid Sulung, `Ukasyah

Littlewhiz

Powered by Blogger.

Top 10 Members

June 24, 2010

Little Mujahid Jr @ Hospital Barakah


Pada hari Jumaat yang lepas, ummi dan ayah pergi ke Barakah untuk antenatal check-up. Sepatutnya check-up ummi pada hari Ahad, tapi Dr. Khairiah kata beliau tidak kisah kalau ummi hendak datang awal atau lambat sedikit. Ummi check baby awal sebab ummi ada Nursing Board Exam yang telah berakhir semalam.

Pagi-pagi buta lagi, ummi ayah telah bersiap hendak ke sana memandangkan hari tersebut adalah hari Jumaat. Kalau boleh, ummi ingin jadi pesakit terawal bertemu dengan Dr. Khairiah. Alhamdulillah, nampaknya, ummi memang orang pertama pada hari tersebut. Hati ummi dan ayah berdebar tidak terkata kerana check-up sebelum ini pun Dr. Khairiah telah mengesahkan bahawa Little Mujahid Junior ini agak besar dan berat untuk umurnya itu. Jadi setelah hampir 4 minggu tidak pergi Check-up, mestilah bertambah tembam baby ummi ini.

Seperti yang telah ummi ayah jangkakan, berat Little Mujahid Junior ummi ini memang bertambah. Bukan setakat bertambah, Dr. Khairiah pun cakap boleh tahan juga. Waktu check-up tu, Dr. Khairiah kata, patutnya berat baby 700-800 gram je, tapi berat baby ummi dah 1kg plus. Dr. Khairiah jangka baby lahir dalam 3 kg lebih nanti. Ummi ayah pun berpandangan. Kali ini tidak terkejut sangat sebab ummi cakap dengan ayah, rasanya Little Mujahid Junior ni lagi besar dari abang `Ukasyah. Macam rutin biasa, Dr. Khairiah akan check internal organs dan physical baby. Subhanallah, sempurna sungguh kejadian Allah.

Mula-mula Dr. Khairiah hendak tengok `gastric bubble`, tapi kurang jelas sebab baby tidak minum amniotic fluid lagi. Bila Dr. Khairiah cakap begitu, terus anak ummi ni minum. Comel betul tengok aksi si kecil ini. Hehe. Baby ummi pun buka mata hari tu. Matanya mirip mata ayah, sepet. Hidungnya mancung, tapi kembang sikit. Campuran ummi ayah juga si kecil ini. Pipinya, gebu macam opah. Yelah, berat badan pun dah berlebihan, pastilah pipinya pun gebu kan. Kedua tangannya yang digenggam itu diletakkan di kedua belah pipinya yang tembam. Comel sangat.

Kesihatan ummi baik, Alhamdulillah. Walaupun berat ummi seakan malu sahaja untuk bertambah, tapi baby ummi ni sihat. Bersyukur ummi pada Allah. Ummi pun, tidak kuat makan sangat. Macam biasa je selera makan ummi ini. Ramai orang cakap ummi makin kurus. Ummi tidak tahu betul ke tak. Mungkin betul lah kot sebab berat ummi mendatar, tapi berat baby bertambah. Ummi tidak kisah sangat, yang penting anak ummi sihat.

Buat Ayah yang sedang `camping` dengan Pak Long di Merapoh, ummi hendak ucapkan TAHNIAH pada ayah kerana dapat posting di KL. Semoga penempatan ini dapat memberi manfaat pada DNT hendaknya. Ummi dan baby gembira tidak terkata.

Buat Mujahid Kecil yang kedua, ummi ayah tidak sabar menunggu kelahiran kamu. Tidak sabar untuk mentarbiyyah kamu sayang. Hajat ummi ayah terhadap kamu sangat besar. Proses mendidik kamu juga telah bermula sayang. Alhamdulillah, telah nampak keberkesanannya pada dirimu itu. Perjalanan ini masih jauh, jadilah seorang murabbi nanti.

Buat Mujahid Sulung ummi yang berada dalam pemeliharaan Allah, sungguh Allah telah hadirkan kamu ke dalam hidup ummi ayah untuk menjadikan kami lebih baik dari sebelumnya. Menjadikan kami yakin bahawa segalanya adalah pinjaman dari Allah. Menjadikan kami membuat penyusunan yang terancang dalam mendidik adik-adikmu nanti. Ummi ayah tidak pernah lupa akan kenangan bersamamu yang pernah tercipta. Bak kata ayah, ummi jangan sedih sangat sebab `Ukasyah sudah bahagia di sana. Memang betul cakap ayah. Ummi redha, kamu anak yang soleh. Syurga adalah janji yang pasti buat kamu. Semoga kita akan bertemu di akhirat nanti. Seakan tidak sabar menanti saat itu.

June 17, 2010

Khabar dari Kami


Revision Week

Tinggal enam hari sahaja lagi ummi akan menduduki Nursing Board Exam. Ummi tidak pasti sama ada usaha yang diletakkan sudah mencukupi atau tidak. Pokoknya, ummi memang sedang berusaha.hehe. Dengan perut yang memboyot ini, agak sukar bagi ummi untuk menyelak helaian buku-buku rujukan ummi itu. Ummi sentiasa mengharapkan ayah untuk angkatkan buku-buku setiap kali ummi hendak study. Kesian juga pada ayah.

DIY Projects for Little Mujahid Junior

Dalam kesibukan mengulangkaji pelajaran, sempat juga ummi menjahit beberapa keperluan mujahid kecil ummi ini seperti nursing pillow, diaper clutch dan snuggler blanket. Entri tentangnya akan ummi update andai ada kelapangan nanti ye. Entahlah, minat ummi terhadap bidang jahitan ini semakin mendalam pula rasanya. Walaupun tidak pernah menghadiri kelas jahitan, tetapi boleh kata menjadi juga lah projek ummi kali ini.

Seingat ummi, minat ini ditanam sedari ummi kecil lagi sebab opah memang suka menjahit. Dan opah dan aki pernah menghadiahkan ummi sebuah mesin jahit mainan ketika hari lahir ummi . Bolehlah menjahit benda-benda kecil. Waktu itu, umur ummi dalam 10 tahun. Gembira bukan kepalang ummi. Ini pun ada senarai panjang projek DIY yang akan ummi laksanakan selepas exam 23 Jun ini.

Trimester Ketiga

Pejam celik, pejam celik, terasa kejap sangat masa berlalu. Rupanya, sudah 7 bulan usia kandungan ummi ini. Lagi dua bulan ummi bakal bertemu pengubat rindu ummi ini tau. Tidak sabar sangat dah ummi ayah. Sekarang ni, perut ummi ketara benar kebesarannya. Ramai yang ingat ummi tunggu masa je hendak bersalin. Hati ummi ini asyik berdebar setiap kali check-up. Entah berapa lah berat si kecil ini sekarang. Berat umminya yang tidak naik lagi. Macam statik je, sedangkan ummi memang tidak pernah kawal makan pun.

Ayah sekarang memang penat sikit sebab ummi dah tidak boleh bangun sendiri bila sudah baring atas katil. Selalunya memang kena jerit atau kejutkan ayah bila ummi hendak bangun. Kerja rumah serta bab kemas mengemas ini memang sudah serahkan pada ayah. Ummi hanya memasak je. Bab angkat benda-benda berat itu, memang ayah tidak bagi ummi buat sebab ummi sekarang asyik sakit badan je. Kadang-kadang tu, perut ni dok keras je. Risau juga kami.

Little Mujahid Junior

Mujahid kecil ini memang teramat aktif sekarang. Menendang ummi, bukan sikit-sikit. Kalau tendangannya, memang boleh rasa lah tumit kakinya yang kecil itu. Sama juga dengan tumbukannya itu. Perut ummi ini sudah jadi macam padang bola dah gamaknya. Seronok melayan mujahid kecil ini sampai terbonjol-bonjol perut ummi bila ummi ayah bersembang dengan dia. Kalau ummi solat atau baca Quran, anak ummi ini sangat responsive. Kalau dia tidak berhenti menendang, ummi akan panggil ayah suruh pegang dia. Dan yang terkejutnya, terus senyap.

Ayah kata, little mujahid junior ni pemalu bila dengan ayah. Mula-mula rasa macam tidak percaya juga, tapi setiap kali ayah pegang bila dia tengah dok aktif, tetap sama responnnya. Subhanallah, dia dah kenal mana ummi atau ayah ye. Ummi cakap dengan ayah, nadi kat tangan ayah tu kan tidak sama dengan nadi ummi. Nadi ummi lebih laju dari ayah. Bila ayah rasa nadi ummi, ayah sendiri mengakuinya. Hebat sungguh kan.

Sekarang, anak ummi ini sudah develop rutin sehariannya. Setiap hari tetap sama. Tidur pukul 12 malam. Kalau ummi stay-up pun, dia tidak teman ummi. Bangun pagi pukul 4-5 pagi. Kalau ummi tidak bangun, si kecil ini tidak berhenti menendang tilam. Hehe. Anak ummi tarbiyyah ummi suruh tahajjud ye. Jazakallah sayang. Siang tidak tidur mahupun berehat kecuali pada pukul 12-1 petang, maksudnya aktiflah dia menendang ummi. Petang, memang si kecil ini tidak berehat. Beriadhah gamaknya. Ummi doakan agar rutinnya ini sama bila dia lahir nanti. Berjaya juga ummi ayah regulate rutin dia dari dalam perut lagi. Ini hasil dari pengalaman mengandungkan abang `Ukasyah tahun lepas. Alhamdulillah.

Pegawai Farmasi

Tahniah ummi ucapkan pada ayah yang sudah menerima surat lantikan sebagai pegawai farmasi. Tempat masih belum diketahui lagi. Doakan yang terbaik untuk DnT terutamanya. Jadi sekarang, ayah tengah tunggu placement je. Tadi, baru je ummi paksa ayah pergi shopping beli kemeja, tali leher dan seluar. Rupanya bukan mudah mencari saiz baju ayah ni. Bila berkenan di hati, mesti tiada saiz. Sayang je rasanya, tetapi memang bukan rezeki. Kalau kecil pun susah juga mencari saiz rupanya. Ayah ni pakai saiz S atau M. Bila tengah sales, memang limited saiz bajunya. Kami shopping di Jusco Cheras Selatan tadi, tapi tiada satu pun barang si kecil.isk isk. Ayah kata, asyik shopping barang baby je, barang ayah tiada pun. Tidak mengapa, hari ini ummi dan si kecil raikan ayah pula ye.




June 8, 2010

Menyediakan Keperluan Little Mujahid Jr



Alhamdulillah, ummi sudah beransur-ansur membeli keperluan hero kedua ummi ayah ini. Walaupun banyak kelengkapan yang sudah diwarisi dari abang `Ukasyah, tapi tidak lupa juga menyediakan serba sedikit keperluan yang khusus buat cahayamata ini. Baik yang pertama mahupun kedua, kegembiraan dan keterujaannya tetap sama kan. Ummi bersyukur sangat sebab sudah mula membeli barang-barang little mujahid jr sedikit demi sedikit kerana bila kandungan sudah hendak masuk 7 bulan ini, ummi sudah tidak larat lagi untuk berjalan-jalan sangat. Apatahlagi bila ummi sudah sarat nanti.

Ayah sudah belikan baju little mujahid junior hampir 10 pasang rasanya. Sehelai rompers dibelikan Opah sewaktu awal ummi mengandungkan little mujahid jr lagi. Opah belikan dia baju raya katanya. Baju-baju yang ayah belikan untuk baby, semuanya saiz besar, 6 ke 12 bulan sbb abang `Ukasyah dulu sudah tak muat pakai baju newborn lagi bila umur sudah 3 bulan. Itu pun muat-muat badan je pakai baju 6 ke 12 bulan tu. Ayah juga ada belikan 3 pasang set booties dan mittens serta 2 leggings untuk little mujahid jr. Swaddle blanket dan bantal whales pun ayah ada belikan juga. Waktu ummi pregnant abang `Ukasyah dulu, ummi ada upload gambar-gambar barang keperluan `Ukasyah. Ummi ingat nanti ummi nak upload juga lah untuk little mujahid jr. Hanya sebagai kenangan je.

Breastpump,warmer, breastmilk storage bag, breastmilk storage bottle masih ada lagi. Breastmilk storage bottle ada 30 botol dan bag pula ada 50 keping lagi. Stroller dan car seat juga sudah ada. Bouncer yang atuk belikan untuk abang `Ukasyah pun masih ada lagi. Toiletries baby masih banyak lagi sebab ada yang orang hadiah dan abang `Ukasyah punya dulu. Mosquito net ada 2 , satu ayah beli, satu atuk belikan. Ummi rasa lengkap sudah barang-barang hero kedua ummi ini. Yelah, satu almari pun tidak cukup bila ummi hendak susun barang-barang little mujahid jr. Murah rezeki anak ummi ayah ini ye.

Cuma ummi dok pujuk ayah hendak belikan satu benda ini je lagi. Benda ini ummi tidak tahu sama ada ianya adalah keperluan atau kehendak. So, ayah KIV dulu. Pertamanya, benda ini tidak menjadi keperluan utama sebab ummi memang hendak fully breast si comel ini, jadi baby akan tidur dengan ummi ayah lah kan. Kedua, ummi rasa perlu sebab kucing dekat rumah opah ini ada 5 ekor . Aktif juga kucing-kucing ini. Kadang-kadang itu, melompat terus atas katil ummi ayah. Bahaya betul kalau little mujahid jr sudah lahir nanti. Ketiganya, berbaloi kalau beli sekarang sebab adik-adik nanti boleh guna sekali. Hehe. Keempat pula, ummi suka sangat sebab ada diaper changing table. Ayah baca tau proposal ummi ini. Kalau ayah tidak approve pun tidak mengapa. Tapi ayah pertimbangkan ye hasrat hati ummi yang murni ini (ayat macam memaksa je ni). Bak kata opah, belum lagi ayah dapat gaji pertama, ummi dah propose macam-macam pada ayah. hehe. Benda yang ummi propose ini ada jual di Gubibaby tau. Ummi sertakan sekali review benda tu ye. Benda itu adalah seperti di bawah:



Graco Pack ‘n Play Playard

Feature

•The only playard designed to transition from newborn to infant to toddler
•Newborn Napper® station with beautifully-styled, soft fabrics cuddle baby
•Removable, full-size bassinet is perfect for napping
•Easily converts to a portable playard
•Diaper changing table for time-saving convenience
•Airy mesh on all sides for maximum ventilation
•Convenient carrying bag for no-fuss travel and storage
•Newborn Napper® station with the most luxurious fuzzy-wuzzy fabric
•Organizer with 3 cubbies to keep baby essentials close at hand
•Canopy on Newborn Napper® station shields baby from bright light
•Quilted mattress pad creates a comfortable nap space
•Enhanced electronics module with songs, soothing sounds and vibration
•Changer with cushioned rim for more comfortable diaper changing
•Unique curved frame gives it a contemporary look
Specifications

Overall Height: 33.3″
Width: 28.5
Depth: 40″

Recommended use

•Napper for use only for infants under 3 months of age and unable to roll over
•Bassinet for babies under 15 lbs
•Changing table for babies under 25 lbs
•Playard for children unable to climb out, under 35″ tall