Abu `Ukasyah

Abu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Abang, Happy Anniversary

Abang, Happy Anniversary


Kedai Mawaddah & Hafiz

Ummi ayah sentiasa merinduimu sayang..

Powered by Blogger.

June 8, 2010

Perlu Berubah….


Dua hari sebelum pemergian mujahid sulung ummi, `Ukasyah. Ummi ayah rindu dan sayangkan kamu, tapi kasih sayang Allah padamu membatasi kasih sayang ummi ayah. Ini langkah pertama ummi membuka album kenangan bersamamu sayang. Dengan sengaja ummi memilih gambar yang tidak berapa jelas untuk permulaan ini.



Salam sayang buat anak-anak ummi dan zauj tercinta…

Ummi sedang merancang untuk menukar layout blog ini, tetapi ada sesuatu yang membuatkan hati ummi terlalu gusar untuk mengubahnya. Layout blog yang ummi guna sekarang menyimpan banyak kenangan ummi, ayah dan `Ukasyah. Ummi masih ingat lagi, layout blog ini ummi tukar tanpa pengetahuan ayah selepas ummi habis berpantang `Ukasyah. Waktu itu, ummi pilih layout ini kerana kata-kata di header blog ini iaitu, “The love of a family makes life beautiful”. Lagi satu kerana warnanya. Ayah suka warna hijau, ummi pula suka warna pink, jadi ummi buat keputusan pilih layout ini memandangkan ummi juga tidak minta izin ayah. Bila buat begiru, kenalah pilih layout yang ayah suka juga kan.

Tapi ummi rasa ummi perlu tukar juga layout ini. Ummi kena hijrah sebab setiap kali ummi buka blog anak-anak ummi ini, hati ummi sangat sayu rasanya. Percaya atau tidak, ummi masih tidak kuat untuk menatap gambar `Ukasyah di sidebar blog ini. Setiap kali ummi scroll down, ummi akan pejam mata ummi. Ummi berpendapat, dengan menukar layout ini, ummi akan lebih kuat untuk hadapi segala-galanya tentang `Ukasyah. Ibarat hijrah.

Selepas `Ukasyah sudah tiada, ummi banyak ubah diri ummi, mahupun susunan barang-barang. Jalan yang ummi biasa ikut bila bersama `Ukasyah, tidak lagi ummi lalui. Terutamanya bila di Kuantan. Bila terpaksa ikut juga, ayah akan suruh ummi pejam mata dulu. Sebab itu, ummi tidak mahu kembali ke Kuantan lagi. Trauma sangat rasanya diri ini. Apatahlagi bila ummi clinical posting di HTAA, langsung ummi tidak mahu lalu depan bilik mayat, mahupun emergency department. Hanya ada satu jalan yang boleh ummi lalui iaitu melaui Kulliyyah of Nursing. Waktu di hospital Temerloh, ummi mengelak berjumpa dengan kakitangan hospital yang mengenali ummi. Ummi bukannya popular pun, tetapi ramai yang ingat ummi sebab ummi pernah posting waktu ummi masih dalam pantang lagi. Ibaratnya, kalau jalan ummi selalu laju-laju. Ummi tidak mahu bertembung dengan orang yang mengenali diri ini. Sedih sangat bila jadi macam ini. Isk isk (Tiba-tiba menitis pula air mata).

Buat pengetahuan kalian, ummi selalu mengelak untuk berada di khalayak ramai atau menghadiri majlis-majlis tertentu, cuma tidak setiap masa ummi boleh begitu. Kebanyakannya ummi kuat hati dan tabahkan diri menghadiri program-program dan walimah kawan-kawan. Pada zahirnya, ummi kelihatan gembira, tabah dan kuat, tetapi sebenarnya ummi selalu menangis dengan ayah sama-sama di waktu kami terlalu rindukan `Ukasyah. InsyaAllah, setakat ini kami saling ingat-mengingati, kuat menguatkan antara satu sama lain. Allah sayang pada ummi ayah serta `Ukasyah jua. Masih teringat lagi ummi pada kata-kata ayah sejurus doktor sahkan `Ukasyah telah tiada. Ayah peluk ummi yang menangis dan ummi berkata pada ayah, “Abang, sayang ada abang sorang je lagi”. Ayah terus membalas, “Sayang masih ada Allah. Abang juga adalah pinjaman dari Allah”.

InsyaAllah, ummi yakin suatu hari nanti ummi akan 100% kembali seperti sewaktu adanya `Ukasyah, malah ummi mengharapkan ummi akan jadi lebih baik dari dulu. Seperti yang ummi janjikan pada ayah bahawa ummi yakin, segala-galanya akan kembali normal bila Little Mujahid Jr sudah lahir nanti. InsyaAllah, doakan ummi ayah terus tabah dan kuat menghadapi ujian ini ye. Ummi ayah insan biasa yang masih perlu diproses hatinya. Rindu sangat padamu anakanda tercinta...

7 comments:

  1. Sedih dan sebak akak baca entry mawaddah ni..Akak doakan kalian berdua sabar dan tabah menghadapi ujian dan dugaan Allah ye..Buat Mawaddah, jaga kesihatan..jangan terlalu sedih sebab awak pregnant...Take care.

    ReplyDelete
  2. salam adik mawaddah,sewajarnya setiap hari kita kena berusaha berubah kepada yang lebih baik kan...salam ukhuwwah :)

    ReplyDelete
  3. Insya Allah, ada hikmah disebalik semua ni. semoga kak Mawaddah tabah menghadapinya.

    ReplyDelete
  4. to anis radzi:
    Jazakillah kak diatas doa akak...adatlah kak, ada masa perasaan ini turun naik...insyaAllah, mawaddah juga cuba mengawalnye bila mengingatkan si comel dalam perut ni...hehe...

    to kak hani:
    wslm akak...betul ckp akak, setiap hari perlu berubah kan akak...tp bab isolate kan diri dari public atau social gathering itu, mawaddah tak berjaya ubah lagi...mawaddah tak yakin pd diri sndri....doakan mawaddah ye akak...salam ukhuwwah kembali buat dirimu...

    to fana flora:
    InsyaAllah, hikmah itulah yang akak cuba kutip sebanyak yang mungkin...terima kasih kerana memberi semangat dan peringatan pada akak...

    ReplyDelete
  5. Salam mawaddah dan hafiz. Kami sentiasa mendoakan kalian berdua agar tabah selalu.hakikatnya, anda lebih mengetahui dan mendalami perkataan TABAH itu sendiri..insyaALLAH, pahala berganda untuk kesabaran anda.ameen..HIjrah, insyaALLAH kepda yang lebih baik

    ReplyDelete
  6. Salam mawaddah...Semoga kehadiran si comel mampu mengubah kehidupan Mawardah kepada yg lebih tabah & kuat

    ReplyDelete
  7. Salam ,

    sedih mmbace entry ni seakan terasa keperitan ummi tu ... tambah pula nama anak kita sama ...
    kalau sy lah , rasanya pun cm tu juga ... trauma..baru2 ni anak makcik suami meninggal , umur 11 tahun . tentu lebih byk kenangan bersama,kan?
    bila trkenangkan anak itu sudah berada di syurga..lega rasa hati...untung ummi ada anak tunggu di sana..tempat yg kekal abadi :)

    ReplyDelete